top of page

BERITA

12 Dis 2019


ree

Sehingga ke hari ini Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengatur beberapa langkah bagi meningkatkan kualiti pengurusan acara Perlimau pada peringkat gelanggang dan pengurusan pada peringkat pusat. Tujuan langkah ini diambil ialah bagi menentukan supaya tiada lagi kejadian murid Silat Gayong tidak menjalani acara tersebut. Semua ahli komuniti Silat Gayong maklum bahawa acara Perlimau melibatkan perkara dasar dalam menyemai jati diri mereka yang berminat mempelajari silat ini. Perkara asas yang menjadi amalan dalam acara ini ialah:

  1. Akad - perakuan penerimaan guru-murid

  2. Doa - mendoakan keselamatan murid

  3. Ikrar - perakuan taat setia murid

  4. Mandi - membersihkan diri untuk menerima ilmu

Langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan ialah dengan:

  1. Melatih dan melantik Pergawai Perlimau berdasarkan keperluan

  2. Mewujudkan dasar lantikan bertempuh kepada setiap pegawai yang dilantik

  3. Pengeluaran watikah bertempuh kepada pegawai yang dilantik

  4. Menyediakan panduan secara bertulis bagi mengendali acara

  5. Mengeluarkan sijil pengesahan perlimau kepada murid yang menjalani acara

  6. Mewujudkan sistem kutipan yuran dan saluran penyerahan mudah

  7. Menyediakan laman (page) khas dalam web (gayongadat.com) bagi semakan semua pihak yang memerlukan maklumat - senarai Pegawai Perlimau, penyerahan kutipan yuran, panduan acara perlimau dan senarai pengeluaran sijil

11 Dis 2019


ree

Pada 7 Dis 2019 yang lalu Briged Gayong UMK telah menyampaikan sandang kehormat Gayong kepada YBhg. Prof Dato’ Ts Noor Azizi, Naib Canselor UMK sebagai menghargai sokongan berterusan Prof Dato’ terhadap pelaksanaan briged. Di majlis itu juga disampaikan sandang khas kepada kadet-kadet yang cemerlang mengikut kriteria yang ditentukan oleh pihak pengurusan briged.


Turut hadir di majlis ialah Ahli Lembaga Waris Amanah Gayong Malaysia En Sazali Salleh @ Dato’ Meor Rahman dan Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid di samping pegawai-pegawai adat Gayong Malaysia Kelantan dan Gayong Pusaka Kelantan. Kesempatan berada di Kota Bharu, Hj Anuar telah mengadakan perbincangan pada 8 Dis 2019 dengan pimpinan Briged Gayong berkaitan dengan aktiviti pembangunan briged, dan pada hari yang sama juga telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Imam Khalifah Negeri Kelantan bagi mendapat gambaran berhubung dengan pengurusan adat negeri.

10 Dis 2019

Bagi tujuan menyelaras serta mengawal acara perlimau samada Perlimau Tapak atau Perlimau Seni, Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengenakan syarat bahawa semua pegawai perelimau perlu mempunyai watikah bagi melayakkan pegawai berkenaan menjalankan acara tersebut. Watikah ini menyatakan kelayakan serta kuasa kebenaran seseorang pegawai itu mengendalikan acara perlimau bagi tempoh 3 (tiga tahun). Apabila tamat tempoh maka pegawai berkaitan boleh memohon untuk mendapatkan watikah bagi tempoh perkhidmatan 3 tahun seterusnya.

Tidak digalakkan seseorang pegawai perlimau menjalankan acara tanpa memiliki watikah yang sah, walaupun mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan. Sistem kawalan ini diwujudkan untuk mengelakkan wujudnya pegawai perlimau berstatus free lance. Mereka yang berstatus sebegini mengundang berbangkitnya isu dan konflik, dan terdedah kepada perbuatan mengenakan yuran untuk penggunaan peribadi. Ini akan merugikan pembangunan organisasi dan menidakkan hak kutipan tersebut kepada pihak-pihak yang sepatutnya menerima agihan kutipan yuran yang terkumpul.

Watikah Perlimau dikeluarkan oleh LBK dan penyerahannya dilakukan secara adab bersaksi dengan bayaran pada kadar RM 50.00. Semua gurulatih dan murid boleh menyemak senarai pegawai perlimau yang mempunyai watikah sah dalam laman (page) Majlis Perlimau Kebangsaan di website gayongadat.com

Headline 1
bottom of page