top of page

AUTONOMI PENGURUSAN BIDANG ADAT SILAT SENI GAYONG

6 Okt 2020


Persidangan Ahli Lembaga Waris Amanah pada 19 Sep 2020 di Pusat Sains Negara telah turut dihadiri oleh YBhg Datuk Haji Mohd Haniff Hj Koslan, Timbalan Imam Khalifah Agung, dan Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahaman, Waris Zuriat Silat Seni Gayong Malaysia. Persidangan telah mengambil maklum dan menimbangkan keperluan pengurusan bidang adat dilaksanakan secara autonomi oleh Badan Adat sendiri.


Walaupun pindaan telah dibuat untuk mengasingkan bidang adat dari pengurusan pentadbiran Pertubuhan, namun masih terdapat perkara-perkara yang signifikan yang masih memberi kesan kepada salah tanggapan dan salah faham ahli. Ini termasuklah Perkara-perkara Lembaga Adat Istiadat (Fasal 27 ms 28:2019), Majlis Gurulatih (Fasal 28 ms 29: 2019), Waris Amanah Silat Seni Gayong (Fasal 29 ms 30: 2019) dan Kuasa Lembaga Waris Amanah (Fasal 30 ms 30: 2019).


Dalam masa yang sama juga Perlembagaan Pertubuhan turut melibatkan bidang adat dalam pengurusan Pertubuhan. Ini dapat terdapat pada Fasa 4(8)(c) ms 3:2019 dan Fasa 5(3) ms 5:2019. Fasa 4(8)(c) menjelaskan bahawa keahlian digantung jika melanggar peraturan dan adat istiadat. Manakala Fasa 5(3) menjelaskan jika ahli gagal membayar hutang (yuran) maka dilarang menyertai aktiviti silat.


Pernyataan bidangkuasa yang bercampur aduk ini di dalam dokumen pentadbiran (Perlembagaan) telah menimbulkan kekeliruan. Umpamanya ada pendapat bahawa semua aktiviti Silat Seni Gayong hendaklah dibentang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbiran. Memburukkan keadaan lagi ada pentadbir negeri yang tidak mahu menghadiri majlis-majlis anjuran badan adat negeri atas alasan majlis tersebut tidak mendapat kelulusan jawatankuasanya.


Kertas yang dibentang dalam persidangan menuntut kepada perkara-perkara berikut:

  1. Memisahkan perkara pengurusan dan pentadbiran adat dari urusan Pertubuhan

  2. Meminda dan mengiktiraf organisasi adat dan jawatan utama adat dalam Perlembagaan Pertubuhan

  3. Perlantikan jawatan adat hanya ditentukan dalam Buku Peraturan Adat oleh pengurusan badan adat.

  4. Mengiktiraf dan memperaku bahawa Buku Peraturan-Peraturan Kecil Adat sebagai rujukan bidangkuasa, fungsi dan struktur jawatan kuasa adat

bottom of page