top of page

MAJLIS WARIS KERABAT DILANCAR RASMI

10 Feb 2020



Waris kerabat yang diketuai oleh Hajah Siti Fadzillah Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengambil langkah untuk menubuhkan secara rasmi Majlis Waris Kerabat. Tujuan menubuhkan badan ini ialah untuk menjaga kepentingan dan hak intelektual karya ciptaan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman. Ini termasuklah adat-istiadat, pelajaran, logo, sejarah, bendera, dan lain-lain yang berkaitan.


Dalam urusan ini Waris kerabat berhasrat untuk mengangkat peranan badan ini kepada peringkat sebagai badan berdaftar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memastikan badan tersebut dikendalikan dengan berdasarkan kepada akta dan undang-undang yang diperuntukan. Mesyuarat yang telah diadakan pada 8 Feb 2020 di Melaka telah menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja untuk menguruskan pendaftaran badan tersebut.


Waris kerabat telah menetapkan bahawa ahli kepada Majlis ialah ahli keluarga, anak-anak angkat Dato’ Meor dan Ahli Kehormat, iaitu terdiri dari orang perseorangan yang ditunjuk oleh Hajah Siti Fadzillah dan disokong oleh keluarganya.

コメント


bottom of page