top of page

PERSIDANGAN KE 7 LEMBAGA WARIS AMANAH (LWA)

16 Jan 2021


Dijadualkan Persidangan LWA pada 2021 ialah pada bulan Mac dan September. Urus setia mengesyorkan persidangan yang terdekat diadakan pada 27 Mac 2021. Buat masa ini, dengan kemudahan kerjasama yang terjalin di antara pengurusan LWA Silat Seni Gayong dengan pengurusan Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur, sidang kali ini diadakan di premis tersebut.


Sepertimana biasa agenda peridangan akan menumpu kepada mendapat laporan tindakan oleh badan-badan dibawah pengurusannya ke atas ketetapan persidangan yang lalu dan juga memberi pandangan kepada cadangan dasar-dasar baru yang diusulkan. Pada persidangan yang lalu sebanyak 7 kertas pemakluman dan 8 kertas usul dasar baru telah dikemukakan.


Kali ini ALWA (Tadbir), jawatan yang diwujudkan oleh Waris Amanah untuk menentukan supaya LWA dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih berfokus dan relevan dalam mengemudi perkembangan Silat Seni Gayong mencapai visi dan misinya, akan menyelaras pelaksanaan persidangan. Dengan permulaan langkah yang diambil pada persidangan yang lepas, dimana semua pelaporan dan cadangan usul hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen yang jelas, maka persidangan kali ini akan dilaksanakan mengikut format yang sama. Format untuk menyediakan dokumen ini telah dimuatnaik ke dalam lamanweb gayongadat.com di laman Majlis Setiausaha (rujuk tajuk yang berkaitan).


Memo ALWA (T) bertarikh 13 Jan 2021 pemakluman persidangan telah diedarkan kepada semua ahli Majlis Setiausaha dan salinan kepada Waris Amanah, Timbalan Imam Khalifah Agung dan ALWA.


Kommentare


bottom of page