top of page

BADAN
WARIS

TERMA RUJUKAN BADAN WARIS-WARIS

NAMA

1.  Terma  Badan Waris-Waris Silat Seni Gayong adalah berkaitan dengan pengurusan:

  • Waris Zuriat

  • Waris Mutlak

  • Waris Amanah

  • Ahli Lembaga Waris Amanah

  • Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR

  • Lembaga Penasihat Waris Mutlak

TEMPAT URUSAN

2.  Tempat adalah ditentukan oleh badan-badan Waris bagi mengendalikan urusan masing-masing

TUJUAN / MATLAMAT

3. Badan Waris-Waris diwujud bagi memastikan supaya penerusan ilmu dan adat-istiadat Silat Seni Gayong kekal sepertimana asal yang diatur dan dicipta oleh Allahyarham Dato’ Abdul Rahman (ADMAR).

KEAHLIAN

4. Ahli-ahli Badan Waris ditentukan seperti berikut:

 

  1. Waris Zuriat
    Seorang Waris Zuriat hendaklah waris darah ADMAR
     

  2. Waris Mutlak
    i. Seorang Waris Zuriat
    ii. Seorang yang dipilih dan ditentukan oleh Waris-Waris Zuriat ADMAR
     

  3. Waris Amanah
    i. Seorang murid Silat Seni Gayong yang dipilih dan ditentukan oleh Waris Mutlak
    ii. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu, adat-istiadat dan perjuangan Silat Seni Gayong
    iii. Pemegang tali pinggang Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan VI
     

  4. Ahli Lembaga Waris Amanah
    i. Seorang murid Silat Seni Gayong yang dipilih dan ditentukan oleh Waris Amanah
    ii. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu, adat-istiadat dan perjuangan Silat Seni Gayong
    iii. Pemegang tali pinggang Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan VI.
     

  5. Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR
    i. Seorang murid Silat Seni Gayong yang dipilih dan ditentukan oleh calon dan dilantik oleh Pertububuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia
    ii. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu, adat-istiadat dan perjuangan Silat Seni Gayong
    ​​

  6. Lembaga Penasihat Waris Zuriat
    i. Seorang murid Silat Seni Gayong yang dipilih dan ditentukan oleh tunjuk dan dilantk oleh Waris Mutlak
    ii. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu, adat-istiadat dan perjuangan Silat Seni Gayong

STRUKTUR PENTADBIRAN

BADAN-WARIS_Struktur-Pentadbiran.jpg

PERBERHENTIAN AHLI

5.  Perberhentian seorang ahli mana-mana Badan Waris umumnya adalah atas perlanggaran ikrar kesetiaan yang dilafaz dalam upacara perlimau.

6. Lantikan terbatal dan kuasa gugur sekiranya pemegang atau penyandang:

  • meletak jawatan atau;

  • uzur dan tidak mampu menjalankan tugas;

  • disabitkan salahlaku jenayah oleh mahkamah atau

  • meninggal dunia

7. Penerimaan perletakan jawatan Waris Mutlak adalah atas pertimbangan Waris-Waris Zuriat, manakala yang lain-lainnya dipertimbang dan diputuskan seperti berikut:

  • Jawatan Waris Amanah oleh Waris Mutlak

  • Jawatan Ahli Lembaga Waris Amanah oleh Waris Amanah

8. Waris Mutlak melantik dan menyerahkan pelaksanaan pelajaran dan adat-istiadat  kepada Waris Amanah sesebuah badan gabungan Silat Seni Gayong.  Bagi membantu Waris Amanah untuk melaksanakan tugas, maka Lembaga Waris Amanah dibentuk untuk memberi nasihat terutamanya dalam menimbang dasar-dasar melaksana dan mengawal pelajaran dan adat-istiadat silat.

 

9. Badan-badan pengurusan kebangsaan menerima arahan langsung dari Waris Amanah dan kemudiaannya dipanjangkan kepada badan-badan pengurusan negeri melalui badan kebangsaan.

KUASA LANTIK

10. Waris Mutlak, sebagai pemilik pelajaran dan adat-istiadat mempunyai kuasa sepenuhnya menunjuk dan melantik seorang atau beberapa orang Waris Amanah sesebuah badan gabungan Silat Seni Gayong dalam negara dan luar negara.

 

11. Waris Amanah setelah dilantik, jika perlu (ikut budibicara) membentuk sebuah lembaga yang disebut sebagai Lembaga Waris Amanah, dan mempunyai kuasa sepenuhnya melantik ahli-ahli Lembaga ini.  Bilangan ahli adalah mengikut keperluan, dan hendaklah tidak melebehi 7 orang.

 

12. Waris Amanah dalam hal mengoperasikan pelaksanaan dasar-dasar pelajaran dan adat-istiadat, hendaklah melantik atas kuasa tunjuknya Pengerusi Lembaga Adat-Istiadat, Pengerusi Majlis Gurulatih dan Kipas Emas pada peringkat Kebangsaan dan negeri.

13. Waris Amanah seterusnya juga bertanggungjawab menunjuk dan melantik pemegang jawatan kanan adat pada peringkat negeri seperti berikut:
 

  • Imam Khalifah

  • Timbalan Imam Khalifah

  • Kipas Emas

  • Khalifah Besar

 

14. Tiada tempoh tamat pemegang jawatan bagi Waris Mutlak dan Waris Amanah kecuali bersebabkan kepada Perkara 6.  Manakala jawatan berikut adalah bertempuh:
 

  • Ahli Lembaga Waris Amanah    -           5 tahun

  • Lain-lain Jawatan Adat             -           3 tahun
    (kebangsaan dan negeri)

 

15. Mereka yang dilantik hendaklah disempurnakan dengan:
 

  • Pengeluaran surat lantikan

  • Penyampaian watikah

  • Dimajliskan penyampaian watikah dan sandang dengan bersaksi

MESYUARAT

16. Badan Waris-Waris hendaklah mengadakan mesyuarat pengurusan bagi tujuan mengawal dan menyelia pelaksanaan dasar pelajaran dan adat-istiadat sepertimana asalnya.  Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya:

BADAN-WARIS_Mesyuarat.jpg

17. Segala isu dapatan dari mesyuarat hendaklah diturunkan arahan dan panduan  kepada pengurusan pelaksanaan, dan seterusnya diselia status tindakan pada  mesyuarat berikutnya.  Hendaklah ditentukan pelaksanaan mesyuarat perlu ada agenda Pembentangan Laporan dan Perkara Berbangikit.

PINDAAN KANDUNGAN TERMA

18. Sebarang pindaan terma rujukan ini hendaklah dirujuk dan diluluskan oleh Waris Mutlak.  Cadangan-cadangan disalurkan terlebih dahulu kepada Lembaga Penasihat Waris Mutlak untuk mendapat pandangan sebelum mendapat persetujuan dan pengesahan Waris Mutlak

RUJUKAN

  1. Perlembagaan PSSGM 361

  2. Surat Warisan 8 September 1989

  3. Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR

  4. Lembaga Penasihat Waris Zuriat

Disediakan oleh

Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia

3 Sep 2023

LAMPIRAN

Tafsiran dan Puncakuasa

 

Waris Mutlak

 

1. Kedua-dua gelaran jawatan ini adalah bersumber dari Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).  Perkara ini dinyatakan di surat warisan bertajuk  Pewarisan Mengekalkan Kesambungan Silat Seni Gayung Malaysia dan Serantau, bertarikh 8 September 1989 yang ditandatangani oleh ADMAR sendiri.  Kenyataan berkaitan adalah di perenggan-perenggan berikut:

Perenggan 1

Adalah dengan ini saya dengan penuh pemikiran yang cukup waras sayamenulis dan menurunkan tandatangan di bawah ini dengan penuh tanggung jawab melafazkan Silat Seni Gayung termasuk Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia adala hak ciptaan saya sendiri.Tidak ada sesiapa di dalam dunia ini yang boleh perakui dan diperakui yang menyatakan ciptaan mereka

 

Perenggan 2

Saya sebagai pewaris kepada datok saya menurunkan segala ilmu kepada saya segala ilmu Silat Seni Gayung yang telah saya warisi sejak semasa saya kecil lagi sehingga kini saya menyedari yang saya perlu mewariskan untuk menyambung segala ilmu Pelajaran Silat Seni Gayung bagi masa depan. Masa depan supaya dapat Pertubuhan Silat Seni Gayung meneruskan menerima mengikut protokol yang sah
 

2. Kedua-dua perenggan dalam surat ini mengesahkan ADMAR adalah pemilik ilmu Silat Gayong. Justeru ADMAR adalah Waris Mutlak ilmu ini. Dalam masa yang sama pula datuknya, Said Zainal Abidin Al Atas tidak mengkhamkan ilmu pelajaran Silat Seni Gayung ADMAR, tetapi hanya pada kadar mengajar sahaja.  Pengkhataman ilmu pelajarannya berlaku dalam peristiwa mimpi (alam ghaib) di atas Batu Hitam oleh Tuah.  Maka ilmu Silat Seni Gayung yang ada pada hari ini ialh milik ADMAR.

Waris Amanah

3. Merujuk kepada surat yang sama, di perenggan-perenggan berkaitan menjelaskan perlantikan Waris Amanah dan syarat-syaratnya:

 

Perenggan 4

Selaku saya sebagai Mahaguru Silat Seni Gayung Serantau dan seterusnya seluruh pelusuk dunia, setelah saya meneliti semua murid-murid saya dari segala segi yang cukup mahir dan faham di atas segalaadat-istiadat, pelajaran dan memahami perjuangan Silat Seni Gayung.Begitu juga pertubuhan ini, saya mengaku bahawa saya perturunkan Amanah sebagai pewaris ilmu Silat Seni Gayung Malaysia kepada anakanda saya iaitu Pn Rokiah bt Naning @ Meor Abd. Rahman bagi bahagian Wanita dan bahagan lelaki kepada Hj. Ahmad b Lazim.Kepada kedua mereka inilah saya amanahkan sebagai pewaris zuriat perjuangan Silat Seni Gayung yang akan datang. Begitu juga pada tahap mereka berdua ini saya telah perturunkan segala ilmu di tangga Tali Pinggang Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan 6 dan saya sendiri memegang Tingkatan 7, tidak ada yang lebih tinggi darinya.

Perenggan 5

Dengan ini saya perakui dengan sepenuh-penuhnya bahawa mereka berdua inilah yang saya amanahkan hak mutlak perjuangan saya dari segi Pelajaran, adat-istiadat dan mentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayung sehingga dapat mencantumkan seluruh murid-murid saya di Malaysia dan seluruh dunia.Kepada mereka berdua saya amanahkan membentuk satu Badan Majlis Amanah Tertinggi seramai 7 orang bagi mentadbir dan Menyusun segala perkembangan Pertubuhan Silat Gayung di masa depan.Mereka berdualah saya amanahkan saya dapat menyatu-padukan bangsa Melayu, Ugama Islam melalui perhubungan perjalanan Pertubuhan Silat Seni Gayung.Diharap semua murid saya patuh dengan amanah in.

4. ADMAR menjelaskan juga dalam kenyataan dalam Perlembagaan PSSGM 361 di Peraturan 35:3(g) bahawa pewaris Silat Seni Gayong ialah hanya zuriatnya.  Kenyataan ini berkait langsung dengan surat warisan Perenggan 4.

 

Harimau Cula Sakti Tingkatan Tujuh – tujuh garisan di hujung (Tali Pinggang ini di-pakai oleh Mahaguru.Tali pinggang peribadi Mahaguru, Tali Pinggang Harimau Pelangi Agong Mahkota Sakti, tali pinggang peribadi Mahaguru, tali pnggang ini juga di pakai oleh Mahaguru dan tidak boleh di-turunkan kepada murid-murid, tali pinggang ini hanya di-turunkan kepada zuriat Mahaguru sendiri – Amanah Mahaguru).

 

​Perlambangan

 

5. Perlambangan kuasa Waris Mutlak, Waris Amanah dan Ahli Lembaga Waris Amanah ialah pada pemaiakaian dan rupa warna sandang.  Sandang dipakai dengan baju adat (Baju Melayu Hitam Bertanjak dan Keris – lelaki.  Baju kurung atau kebaya labuh  dan bertudung hitam – Wanita).  Sandang dipasangkan di bahu kiri menyilang ke kanan.  Syarat ini adalah berasaskan keturunan darah raja (Bugis) ADMAR. Warna sandang ialah bertanahkan hitam dan ditindankan dengan jalur warna kuning dan perak.

 

Walaupun begitu, jika majlis disertai oleh Kerabat dari Istana, maka sandang hendaklah dipakai dibahu kanan dan menyilang ke kiri.

bottom of page