top of page

MISI

VISI

Mendukung dan meneruskan wadah membawa rahmat kepada alam.

Melahirkan manusia berakhlak mulia.

Visi & Misi

Wawasan (Visi) Silat Seni Gayong telah dirakamkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman dalam logo yang melambangkan gerakan silat yang dicipta dan dipimpinnya. Setiap figura yang diwujudkan di dalam logo itu membawa penceritaan dan terjemahan yang lebih mendalam kepada mereka yang dapat menyelami maksud setiap satunya.


Penceritaan logo atau lambang Silat Seni Gayong bermula dari nama yang ditera bersekali dengannya, iaitu Silat Seni Gayong (jawi). Kewujudan silat ini adalah sebagai sebuah ilmu seni bela diri yang digerakkan masyarakat oleh penciptanya. Perkembangan dan perluasan silat ini menyusup dalam masyarakat melalui pendekatan guru-murid. Guru itu adalah segala-galanya, dan murid hanya patuh mengikut ajaran dan arahan guru. Guru mengajar, memimpin dan mentadbir, maka murid mengikut arahannya. Pada peringkat ini kuasa mutlak hanyalah pada guru.


Bagi menyebar dan meluaskan pengajaran Silat Seni Gayong kepada masyarakat setempat dan serantau (seluruh dunia), ciri utamanya ilmu tersebut perlulah lengkap dan tidak dapat ditandingi. Ukuran bagi mereka yang mempunyai tahap pelajaran ini dilambangkan oleh bengkung berwarna hitam bercula tujuh (7), yang disebut sebagai Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh (HPCS VII). Kuasa yang dibawa oleh bengkung ini ialah kuasa Harimau Pelangi Agong Mahkota. Pemegang bengkung ini ialah empunya silat, Mahaguru atau zuriat keturunan darahnya sahaja, dan berkuasalah dia untuk mentadbir silat ini mengikut kehendaknya.

Rasional Logo
Logo_OG.png

RASIONAL LOGO

Updated_Logo_Silhouette_Bengkung.png

BENGKUNG CULA 7

Pelajaran dan kemahiran tertinggi.

Updated_Logo_Silhouette_Naga.png

FIGURA NAGA

Kehebatan Melayu menguasai ilmu laut.

Updated_Logo_Silhouette_Harimau.png

FIGURA HARIMAU

Kesasaan langkah perajurit.

Logo_Silhouette_Pedang.png

PEDANG ZULFIKAR

Adab dan adat langkah panglima Islam.

Logo_Silhouette_Keris.png

KERIS BERSILANG

Taat setia dan berani kerana benar.

Semangat Tuah dan Jebat.

Logo_Silhouette_Globe.png

BUMI

Menyebar pengajaran di seluruh dunia.

Logo_Silhouette_Bulan-Bintang.png

BULAN & BINTANG

Wadah perjuangan berpaksikan ajaran agama Islam.

WARNA RASMI

Warna Rasmi

Menurut teori D. Brewster (1913), warna primer adalah warna dasar, contohnya biru, kuning, merah. Warna bukan hanya menciptakan keindahan tetapi juga mempengaruhi suasana teduh dan damai.  Dengan warna juga dapat mambangkitkan rasa runsing dan kacau-bilau. Dalam konteks  konsep psikologi warna, ia menjelaskan hubungan antara manusia dan cara mereka menterjemahkan warna dipersekitaran.

 

Banyak kajian dan penelitian telah dilakukan untuk melihat korelasi warna dengan manusia, terutama dalam segi karakter dan psikologi. Warna banyak dijadikan simbol penting dalam perlambangan pertubuhan,  persatuan dan perniagaan bagi mendokong semangat perjuangan dan pegangan prinsip kumpulan. Dalam hubungan ini Silat Seni Gayong sebagai sebuah organisasi yang berasaskan semangat keperwiraan telah menetapkan warnanya untuk tujuan tersebut.  Warna rasminya ialah Hitam, Putih, Kuning dan Merah.

PUTIH

Warna putih melambangkan suci dan bersih.  Warna ini membawa pengertian keterbukaan dan kebebasan.  Perjuangan Silat Seni Gayong amat berpegang kepada sikap keikhlasan dalam apa jua perbuatan bagi menimbul dan membugarkan semangat kesetiaan.

HITAM

Warna hitam adalah warna bayang-bayang.  Semua sifat makhluk yang tidak boleh ditembusi cahaya mempunyai bayang berwarna hitam.  Dalam erti kata lain, setiap individu ketika menuntut ilmu Silat Seni Gayong akan diberi hak yang sama ke atas pelajaran-pelajaran yang diberi.  Perbezaan nya adalah bergantung kepada kecekapan penguasaan pelajaran  bagi membolehkan seseorangitu  untuk melanjut atau menambah pelajaran nya.

 

Warna hitam untk melambangkan  kekuatan, yakin diri, mistik  malahan dalam banyak keadaan: melambangkan kehebatan kekuatan.

MERAH

Warna merah umumnya membawa konotasi warna api, darah, maupun matahari.  Warna merah kerap menggambarkan  kekuatan, adrenalin, gairah dan bersemangat tinggi. Dunia psikologi sering kali mengaitkan arti warna merah dengan energi, gairah, kekuatan, kegembiraan, cinta, energatik, kemewahan dan amaran. Selain itu, warna merah juga dikaitakan dengan kekerasan, kecemasan, bahkan agresif.

 

Dalam konteks gerakan Silat Seni Gayong, ia dikaitakan dengan semangat keberanian.  Panglima-panglimanya tidak mudah berputus asas dan takut dengan sebarang cabaran.

KUNING

Secara umumnya warna kuning, membawa pengertian ceria, bahagia, energetik, komited, konsisten, rasa yakin dan cerdik. Gerakan Silat Seni Gayong walau bagaimanapun mengaitkan warna ini sebagai lambang hubungan silat dengan istana.  Di negara ini, warna kuning dikaitkan dengan warna di Raja.  Justeru warna tersebut membawa pengertian istana dan silat berpisah tiada.  Silat akan sentiasa menjadi benteng dan perisai keselamatan dan kelangsungan sistem beraja di Malaysia.

bottom of page