top of page
Meor-Rahman_Silhouette-3.png

GAYONG ADAT

Sash-1.png

HALAMAN RASMI

Maskhead-1.png

Jumlah pelawat terdahulu:

KATA ALUAN
WhatsApp-Image-2019-09-23-at-13.15_edite

HAJAH SITI FADZILAH DATO’ MEOR RAHMAN

Waris Mutlak

Bismillahirrahmanirrahim.

Bersyukur kita terhadap Allah sbt kerana dengan  limpah dan kurniaNya kita masih berupaya untuk meneruskan amanah

...

WhatsApp-Image-2019-11-05-at-01.09_edite

DATO’ HAJI MOHD HANIFF HAJI KOSLAN

Timbalan Imam Khalifah Agong

Assalamualaikum wbt.

Jelas bahawa mengikut fakta sejarah perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia adalah seni budaya

orang Melayu yang

...

WhatsApp-Image-2019-10-28-at-21_edited.j

HAJI MOHD ANUAR HAJI ABDUL HAMID

Ahli Lembaga Waris Amanah

Assalamualaikum wbt.

Sesungguhnya usaha terus dilakukan untuk meningkatkan pengurusan bidang adat oleh pihak Lembaga Beradat Kebangsaan

...

Updated_Logo_Silhouette_Negative.png

FALSAFAH

VISI & MISI

BERITA

TERKINI

28 Apr 2023

AL FATIHAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Ckg Norazman bin Abdul Aziz dari Tanjong Malim telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari ini bersamaan Jumaat, 8 Syawal 1444H. Mohon semua gurulatih bersama mendoakan agar arwah bersama di kalangan orang-orang yang beriman.

Image 2023-04-28.jpeg

KEMASUKAN TERDAHULU

Lembaga 2

LEMBAGA  

WARIS

AMANAH

Bendera-Gayong.jpg

PRINSIP PENGURUSAN DAN PIMPINAN SILAT SENI GAYONG

PENGENALAN

Dato’ Meor Abdul Rahman mengguna istilah KHALIFAH dalam jawatan-jawatan pimpinan dan pentadbiran Silat Seni Gayong.  Hal-hal berkaitan dengan ini dirujuk secara simplicity sebagai adat yang melibatkan perkara  pelajaran (silibus dan kegurulatihan), adat-istiadat pentadbiran dan  kewangan.

  

Mengikut pandangan para ulamak bidangkuasa khalifah dalam siyasah syar`ieyyah, diistilahkan sebagai tanggungjawab wilayah al-Ammah, ianya merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat. Kerahmatan, kedamaian dan kenteraman hidup individu, keluarga dan masyarakat dan  keadilan hak dan tanggungjawab sesama manusia merupakan amanah Allah kepada manusia yang dilantik Allah menjadi khalifah-Nya di dunia ini.

 

Keselamatan hidup di akhirat hanya tercapai sekirannya manusia beriman kepada Allah dan melaksanakan seluruh tanggungjawab yang ditaklifkan kepada mereka. Begitu juga kedamaian hidup di dunia dan keadilan sesama manusia tidak akan tercapai melainkan dengan melaksanakan segala perintah Allah kepada manusia.

 

Oleh itu bidang pelaksanaan siyasah syar`ieyyah merangkumi keseluruhan tuntutan Islam yang syamil dan kamil; bermula daripada membentuk masyarakat dengan acuan Islam, mendidik keluarga-keluarga Islam dengan akhlak dan adab-adab Islam, menyusun dasar dan sistem kemasyarakatan dengan sistem-sistem Islam, membentuk dasar-dasar negara dan sistemnya dalam pelbagai bidang; sistem pemerintahan, dasar pendidikan, dasar ekonomi, dasar kebudayaan, sistem kehakiman, dasar luar negara dan sebagainya dengan asas-asas Islam. Iaitu asas-asas yang membentuk budaya pengabdian diri kepada Allah dan mengharapkan akhirat dikalangan pemerintah dan rakyat. Seterusnya memimpin pegawai-pegawai dan masyarakat agar merealisasikannya dalam kehidupan.

Bidang-bidang ini bolehlah di simpulkan sebagai:

1.    Esekutif dan pentadbiran.

2.    Kehakiman

3.    Kewangan

4.    Dakwah dan Jihad.

5.    Pendidikan dan Kekeluargaan.

6.    Memelihara Keamanan.

7.    Pembangunan dan  Kebajikan Awam.

TANGGUNGJAWAB KHALIFAH

Dalam erti kata lain pengurusan dan pentadbiran Silat Seni Gayong berlandaskan dan menggunapakai sistem Khalifah iaitu yang dianjurkan oleh Rasulallah SAW.  Seorang Khalifah bertanggungjawab kepada semua urusan merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat.  Dalam konsteks silat, seorang Khalifah bertanggungjawab kepada semua urusan merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan  kelangsungan Silat Seni Gayong, iaitu pelajaran, adat-istiadat, pentadbiran dan  kewangan.

 

Perbezaan bidangkuasa di antara satu dengan lain jawatan-jawatan khalifah adalah bergantung kepada hairarki jawatan berkaitan mengikut aturan berikut:

Khalifah.jpg

Bersesuaian dengan prinsip ini, maka Waris Amanah juga tertakluk kepada bidang yang diuruskan oleh Khalifah, iaitu menyeluruh kepada semua perkara yang berkaitan.  Waris Amanah menentukan halatuju setiap bidang supaya memenuhi kehendak dan pencapaian visi dan misi organisasi.  Ketetapan dan pengesahan (endorsement) sesuatu dasar adalah haknya sebagai pemilik Silat Seni Gayong atas dasar pewaris bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota.

 

Penubuhan Lembaga Waris Amanah adalah kuasa yang diberi dalam surat Warisan Dato’ Meor Abdul Rahman 8 Sep 1989 yang menyatakan bahawa Waris Amanah boleh membentuk sebuah Lembaga yang dianggotai oleh 7 orang gurulatih yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pelajaran adat-istiadat, pelajaran dan pentadbiran untuk menasihatinya.

STRUKTUR ORGANISASI

Struktur-Organisasi_Main.jpg

STRUKTUR FUNGSI

Struktur-Fungsi_Main.jpg

Maklumat Bahagian Kewangan

Tel/WA               :  +60 19 206 7671

E-mel                 :  anuar_hamid@yahoo.com

Bank                  :  CIMB Bank Berhad

No Akaun           :  8604260157

Nama Akaun       :  Pertubuhan Silat Seni

                            Gayong Malaysia (Bahagian Adat)

073c82ca8424ec43733d48fbcd8ed116_XL.jpg
bottom of page