MUKADDIMAH
Assalamualaikum wbt.
Peraturan-peraturan adat ini ditulis semula bagi melengkapkan perkara yang tidak dibincangkan dalam peratuan yang telah disediakan pada tahun tahun 2013 ketika Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diterbitkan apabila dikehendaki Pertubuhan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan. Oleh kerana di dalam dokumen tersebut menyebut perkara adat khususnya dalam Fasal 27-30, maka pihak berkenaan telah meminta supaya dokumen Peraturan Kecil Adat turut disediakan bagi melengkapkan dokumen-dokumen dalam menguruskan Pertubuhan sebagai sebuah badan yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan.
Peraturan Kecil Adat yang disediakan adalah bersifat sebagai panduan kasar dengan hanya bermatlamatkan untuk mendapat kelulusan pendaftaran. Justeru penulisan hal adat yang dimuatkan tidak bersifat komprehensif dan terpeinci, dan dengan demikian terdapat perkara yang dimuatkan tidak konsisten dengan pemahaman dan terjemahan adat sebenar seperti yang diasaskan dalam susur galur sejarah pengajaran dan pewarisannya yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman Hashim.
Namun begitu penulisan Peraturan ini belummlagi dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak untuk mendapat pandangan dan seterusnya pengiktirafan. Sebagai asas rujukan, penulisan ini boleh memberi panduan kepada perkara-perkara asas adat kerana sebahagian besar dari kandungan perbincangan adalah dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa, Cuma dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dengan ditokok tambah butirannya.
Sekian. Terima kasih
AL FATIHAH /الْفَاتِحَة
Surah ini dinamakan 'al-Fatihah' (pembuka atau yang mula-mula). Ia juga dinamakan 'Ummu'l-Quran' (Ibu Al-Quran) dan 'Ummul Kita' (Ibu Kitab Suci) kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang keranannya Al-Quran diturunkan untuk menerangkan satu-persatu, iaitu:
1. Menetapkan wujudnya Allah 'Azza wa Jalla yang mencipta seluruh alam, sebagaimana yang tersebut di
dalam firmanNya yang bermaksud: "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam".
2. Menyebutkan kesimpulan sifat-sifat Al-Jalaal (Ke-besaran) dan sifat-sifat Al-Kamaal (Kesempurnaan),
sebagaimana yang terkandung dalam firmanNya yang bermaksud: "Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani".
3. Menyatakan kepada manusia akan hari kiamat yang padanya kelak ia akan menerima balasan amalnya,
sebagaimana yang tersebut dalam firmanNYa yang bermaksud: "Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari Akhirat)", supaya seseorang itu tidak menumpukan usahanya kepada mencari nikmat
hidup dunia dan kelazatannya semata-mata.
4. Menerangkan n tugas yang kerananya manusia diciptakan oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang tersebut
dalam firmanNya yang bermaksud: "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah". Sebab ibadat itu
dengan segala jenisnya tak dapat tidak diperlukan oleh manusia kerana ia menghidupkan iman,
menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak dan menyucikan jiwa.
5. Memperkatakan tentang kelemahan manusia, bahawa ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun
melainkan dengan pertolongan Allah Ta'ala dan izinNya, sebagaimana yang tersebut di dalam
firmanNya yang bermaksud: "dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
6. Menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan dipohonkan daripada Allah Ta'ala ialah
memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang membawa kebahagiaan dan cara melaluinya,
sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya yang bermaksud: "Tunjukilah kami jalan yang lurus".
Kerana telah sedia ada berbagai jalan yang akan ditempuh dan cara-cara melaluinya pula banyak,
berbilang-bilang, berlain-lain, disebabkan berlain-lainnya tabi'at, adat dan hawa nafsu yang beraneka
ragam.
7. Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah-kisah umat-umat manusia yang telah
lalu dal hal ehwalnya, supaya ia memilih akan apa yang menyebabkan kebahagiaan mereka dan
berjaga-jaga serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka, sehingga dapatlah
ia hidup di dunia ini dalam keadaan yang selamat dan merbjaya mendapat nikmat yang kekal pada hari
akhirat kelak dalam syurga "Daru's-Salam".
Surah ini juga dinamakan "As-Sab'u'l-Mathaani" (Tujuh ayat yang diulang-ulang) bacaannya dalam sembahyang yang berbilang-bilang rakaat, atau (tujuh dasar yang diulang0ulang) huraiannya di dalam Al-Quran.
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan kelebihan urah ini dengan sabdanya yang bermakna: "Tidak ada di dalam Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti Ummu'l-Quran".
Demikianlah kelebihan surah Al-Fatihah yang diwajibkan kepada orang yang mengerjakan sembahyang membacanya. Sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam jika ia tidak musafir.
HIKMAH DAN KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
1. Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran
2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
3. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur, Al Quran, suhuf idris As.
dan suhuf Ibrahim As. sebanyak 7 kali.
4. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah olah ia telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.
5. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu ‘ dan ditiupkan pada air
lalu diminum selama tujuh hari. Insya Allah akan mudah memperoleh ilmu pengetahuan, di samping itu
dapat membersihkan hati dari fikiran yang rosak.
6. Sesiapa membaca Al-Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan
istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada
hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak
maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
7. Amalkan membaca Al-Fatihah saat hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq
dan Surah An – Nas , insya – Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan setan.
8. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah
SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa
yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan
baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan
dan sebagainya.
9. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala
kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali saat makan sahur malam. Insya Allah akan
dimakbulkan Allah s.w.t.
10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan
solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.
11. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan
‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan
terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan,
kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.