top of page

AL MASAD /المسد‎

Surah in diturunkan di Mekah, mengandungi 5 ayat. Dinamakan surah 'Al Masad' (Tali yang Dipintal) kerana dalam keseluruhan surah ini, Allah Ta'ala menegaskan perihal Abu Lahab - yang telah memusuhi dan melakukan berbagai angkara kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. akan menerima balasan yang seburuk-buruknya di dalam neraka yang marak menjulang.

Demikian juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api akan diseksa bersama.

Selain dari itu, isterinya dipakaikan dilehernya sejenis tali dari 'tali-tali yang dipintal' untuk menambahkan kehinaannya.

Intisari kandungan surah ini: Memberi pengajaran kepada sesiapa yang memusuhi apa yang telah diturunkan oleh Allah Ta'ala kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana menurut hawa nafsunya dan mengutamakan kepercayaan, adat istiadat dan perbuatan-perbuatan (yang salah) yang biasa dilakukan turun temurun; dan juga kerana terpedayanya dengan harta benda dan kuatkuasa serta pengaruh yang ada padanya, padahal semuanya itu tidak akan memberi sebarang faedah kepadanya pada hari akhirat, bahkan ia akan menderita azab sengsara.

bottom of page