top of page

AN NAS /الناس

Surah in diturunkan di Madinah, mengandungi 6 ayat. Dinamakan surah 'An-Nas' (Manusia), kerana pada awal surah ini, junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. diperintahkan memohon perlindungan kepada Allah Ta'ala Pemelihara dan Pentadbir sekalian manusia.

Intisari kandungannya: Sebagaiman surah 'Al Falaq' yang lalu, mengajar kita memohon perlindungan kepada Allah Ta'ala dari segala bahaya yang zahir, maka surah ini mengajar kita memohon perlindungan dari bahaya-bahaya yang batin, iaitu dari bahaya perasaan ragu-ragu dan ingatan buruk yang datangnya dari angkara makhluk yang tidak kelihatan kepada kita - (syaitan atau jin) dan dari tipu daya makhluk yang berupa manusia; perasaan dan ingatan buruk yang tersebut adalah menjadi penyakit besar yang menyebabkan rosaknya i'tiqad kepercayaan, amal ibadat dan segala bawaan hidup.

bottom of page