MUKADDIMAH
Assalamualaikum wbt.
Peraturan-peraturan adat ini ditulis semula bagi melengkapkan perkara yang tidak dibincangkan dalam peratuan yang telah disediakan pada tahun tahun 2013 ketika Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diterbitkan apabila dikehendaki Pertubuhan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan. Oleh kerana di dalam dokumen tersebut menyebut perkara adat khususnya dalam Fasal 27-30, maka pihak berkenaan telah meminta supaya dokumen Peraturan Kecil Adat turut disediakan bagi melengkapkan dokumen-dokumen dalam menguruskan Pertubuhan sebagai sebuah badan yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan.
Peraturan Kecil Adat yang disediakan adalah bersifat sebagai panduan kasar dengan hanya bermatlamatkan untuk mendapat kelulusan pendaftaran. Justeru penulisan hal adat yang dimuatkan tidak bersifat komprehensif dan terpeinci, dan dengan demikian terdapat perkara yang dimuatkan tidak konsisten dengan pemahaman dan terjemahan adat sebenar seperti yang diasaskan dalam susur galur sejarah pengajaran dan pewarisannya yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman Hashim.
Namun begitu penulisan Peraturan ini belummlagi dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak untuk mendapat pandangan dan seterusnya pengiktirafan. Sebagai asas rujukan, penulisan ini boleh memberi panduan kepada perkara-perkara asas adat kerana sebahagian besar dari kandungan perbincangan adalah dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa, Cuma dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dengan ditokok tambah butirannya.
Sekian. Terima kasih
MEOR ABDUL RAHMAN & MEOR ABDUL AZIZ

Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia dan keseluruhan ahli-ahli Pertubuhan, mengakui bahawa Silat Seni Gayong ini adalah ciptaan Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Daing Uda Mohd Hashim dan bukan di tiru daripada silat silat atau seni beladiri yang lain.

Keluarga besar Dato' Meor Abdul Rahman 1979 (PD)
FAKTA
Mahaguru Meor Abdul Rahman telah mencipta Silat Seni Gayong dengan terperinci dan lengkap merangkumi, sistem pelajaran ilmu Silat Seni Gayong, sistem adat Istiadat dan pengurusan Lembaga adat serta sistem pengurusan pentadbiran Pertubuhan.
Darjah serta ilmu tertinggi Silat Seni Gayong dilambangkan pada Tingkatan Talipinggang guru guru Silat Seni Gayong yang telah diturunkan dan diperakui sendiri oleh Mahaguru...
Datuk Mahaguru telah menurunkan pelajaran Silat Seni Gayong, Pecahan Matapelajaran, ilmu Seni senjata dan tahap menguasai ilmu "Seni Tapak Harimau" (Harimau Pelangi Cula Sakti - Tingkatan I hingga VII) kepada semua murid-murid nya yang terdahulu dan seterusnya diturunkan kepada generasi murid Gayong dimasa depan melalui sistem unik adat Istiadat Mandi Gayong Perlimau menerima murid iaitu " Akad menerima ilmu dari wakil-wakil Mahaguru (pegawai adat Wakil mandi Perlimau) yang seterusnya menyambung belajar pelajaran Silat Seni Gayong lalu berkembang biak hingga kehari ini.
Maka, perlambangan kuasa dan ilmu Tertinggi dizahirkan pada Talipinggang yang dipakai oleh Mahaguru Meor Rahman adalah Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh.
Talipinggang ini adalah milik peribadi Mahaguru yang digelar namanya dengan panggilan "HARIMAU PELANGI AGONG MAHKOTA SAKTI". ..... Melambangkan hirraki tertinggi Ilmu pelajaran dan kuasa Mahaguru untuk melantik, memberi penarafan dan menarik pemberian...
Ianya juga lambang punca kuasa dan pemilikan keatas kuasa....
Maka tiada sesiapa dari kalangan mana-mana murid Gayong yang boleh memakai Talipinggang peribadi Mahaguru ini...
Dan tidak boleh diturunkan kepada mana-mana murid Silat Seni Gayong....
Talipinggang ini ( HARIMAU PELANGI AGONG MAHKOTA SAKTI ) hanya diturunkan kepada ZURIAT MAHAGURU sendiri - Amanah Mahaguru.
# Rujukan Dokumen berdaftar Perlembagaan & peraturan PSSGM 361 (Johore Bahru)
# Rujukan Kedua; (Surat Pewarisan 8.9.89)
Merujuk kepada Surat Pewarisan bertarikh 8/9/1989, muka surat 2 perengan 4, menyatakan bahawa Mahaguru Meor Rahman telah melantik dua orang pewaris perjuangan Silat Seni Gayung dimasa depan iaitu Puan Rokiah Bte Naning@ Meor Rahman bagi Bahagian wanita dan bahagian Lelaki kepada Hj Ahmad bin Lazim.
" Begitu juga tahap mereka berdua ini yang saya telah perturunkan segala ilmu di tangga Tali pinggang Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan 6 dan saya sendiri memegang Tingkatan 7, tidak ada yang lebih daripadanya."
Maka, ini menjelaskan bahawa Mahaguru Meor Abdul Rahman telah meletakan Zuriat beliau SEBAGAI penyandang Talipinggang Hitam Harimau Pelangi Agong Mahkota Sakti dan penyambung Kuasa penarafan ilmu, penerus punca kuasa yang akan mengawasi memayungi serta memandu perjalanan Silat Seni Gayong seterusnya dimasa depan.....
# Jurai Zuriat Mahaguru sebagai penerus Gayong Meor Abdul Rahman dimasa depan..... Insyaallah
TOKOH LEGENDA GAYONG

Dato’ Harun Idris adalah tokoh legenda Gayong yang banyak berjasa dalam perkembangan Gayong dalam Negara. Antara jasa beliau ada kaitan dengan program pengajian DIPLOMA EKSEKUTIF GAYONG adalah beliau yang membuka JALAN pada GAYONG masuk dalam UNIVERSITI AWAM ( IPTA ). Universiti Malaya adalah Universiti Perintis yang bersetuju melaksanakan aktiviti Kelab/Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti
INSTITUTE SENI GAYONG ATAU SENI GAYONG SCHOOL
Sebagai Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Pertama di Tanah Melayu. Pada awal tahun 1957, Mahaguru Meor Abdul Rahman mengisytiharkan rumah kediamannya sebagai Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong. Susulan daripada itu juga, sebuah Institusi Pendidikan Gayong yang dinamakan Sekolah Seni Gayong Woodlands didaftarkan untuk menjalankan aktiviti Silat Seni Gayong secara sah. Alamat rasmi sekolah ini ialah NO. 13-A Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.
Institut ini melatih para peserta kursus mengikut kategori tertentu. Lulusan daripada Institut ini dianugerahkan Sijil dan Diploma dalam Silat Seni Gayong. Pengarah institut ini ialah Mahaguru Meor Abdul Rahman sendiri. Ia ditadbir oleh sebuah jawatankuasa dan mempunyai guru-guru khas.
Antara guru yang ditugaskan mengajar di institut ini ialah :
1. Mahaguru sendiri
2. Cikgu Nordin bin Abdul Rahman ( berasal dari Perlis ),
3. Cikgu Abdul Majid bin Omar,
4. Cikgu Sidek bin Shamsuddin
5. Cikgu Ramli ( ketiga-tiganya berasal dari Perak )
6. Cikgu Atan bin Osman ( berasal dari Melaka )
7. dan Siti Nur Aisyah bt Meor Abdul Rahman ( anak Mahaguru ).
Penuntut di institut ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk Singapura malah dari Semenanjung Tanah Melayu. Antara guru kanan Silat Seni Gayong terkenal yang mendapat latihan di institut akademi ini ialah :
1. Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa,
2. Cikgu Ramli bin Ibrahim,
3. Cikgu Ramli bin Mat Aroff,
4. Cikgu Khamsiah bt Abdul Rashid,
5. Cikgu Awang bin Daud,
6. Cikgu Siti Kalsom
7. dan Cikgu Ahmad Lazim.
Latihan Silat Seni Gayong di Pusat Latihan Tertinggi diadakan pada tiap-tiap malam. Bagaimanapun, guru yang bertugas di situ hanya datang dua kali seminggu. Murid Gayong atau guru yang mengikuti program latihan di Pusat Latihan Tertinggi kebiasaannya datang dari Singapura dan Johor. Pada malam yang tiada guru bertugas, latihan Silat Seni Gayong kebiasaannya dihadiri oleh murid sekitar Woodlands dan Bukit Timah atas bimbingan murid yang lebih senior.
Semasa di Pusat Latihan Tertinggi ini barulah pelajaran senjata seperti simbat, parang, lembing dan cendai diperturunkan di Singapura. Bagaimanapun, pelajaran lembing dan cendai hanya diajar kepada sebilangan guru yang bertugas di Pusat Latihan Tertinggi sahaja.
Sebelumnya, Mahaguru Meor Abdul Rahman lebih menumpukan pelajaran Tapak Gayong dan Seni Keris.
Unit Penyelidikan dan Kajian ISG
PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG TELAH TERSEBAR KE PELUSOK DUNIA BERMULA PADA ERA 50-AN LAGI.
Siapa tidak mengenali seorang tokoh persilatan Melayu yang bertaraf negarawan iaitu Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman ( ADMAR ), Mahaguru dan Pengasas Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.
Jasa dan bakti beliau kepada agama, bangsa dan Tanah Air tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Beliau mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi. Di zaman beliau semua sultan di Tanah Melayu mengenali beliau sebagai pejuang Tanah Air.
Seni Gayong merupakan salah satu Warisan Khazanah Negara yang perlu dipertahankan dan dilestarikan agar ianya terus relevan mengikut peredaran zaman dan kebolehpasaran oleh masyarakat dan kerajaan.
Jika kita mendalami perjuangan yang diusahakan oleh ADMAR banyak perkara-perkara yang dimodenkan oleh beliau. Pemikiran dan keilmuan beliau pada seni warisan telah meletakkan silat Melayu pada tahap yang tinggi di mata dunia.
Tidak hairanlah kenapa beliau dikenali sebagai Mahaguru Legenda Melayu di abad yang ke 20. Beliau menjadikan silat mempunyai tempat di dalam agensi kerajaan seperti dalam latihan ARM dan PDRM sekitar awal tahun 70_an.
Mengenang jasa dan bakti beliau pada agama, bangsa dan Tanah Air amat layaklah beliau diberi penghormatan yang lebih tinggi dari kerajaan kerana jasa dan bakti beliau hampir 5 juta rakyat Malaysia dapat mempelajari Ilmu Kepahlawanan yang diasaskan dan dimodenkan oleh beliau.
Kredit gambar : Ridzuan Zain
Unit Penerangan Institut Silat Seni Gayong ( ISG )
KELUARGA HJH SITI FADZILLAH DATO' MEOR ABDUL RAHMAN



