top of page

FALSAFAH

BENGKUNG

Tan Sri Dato’ Hj Abdul Mubin Sheppard  dalam penulisannya Malay Arts and Craft (1980an: copy date 2011) menyatakan bahawa Silat Seni Gayong merupakan di antara silat Melayu yang mewujukan sistem pemakaian bengkung bagi memberi nilai kepada kemahiran dan kecekapan menguasai pelajaran muridnya.

 

Semenjak sistem ini diperkenalkan, terdapat 5 tahap bengkung berwana yang digunapakai.  Warna-warna bengkung ini bermula dari Hitam, Putih, Hijau, Merah dan Kuning.  Setiap warna ini menunjukkan tahap pelajaran yang kuasai oleh murid silat.  Bengkung-bengkung ini disebut  sebagai Hitam, Awan Putih, Pelangi Hijau, Pelangi Merah dan Pelangi Kuning. Jika diatur mengikut pelajaran sepenuhnya, tahap bengkung mengikut warna diatur bermula dari Hitam (mulus), Awan Putih, Pelangi Hijau, Pelangi Merah, Pelangi Kuning dan Hitam (Harimau Pelangi Cula Sakti) 

 

Namun begitu terdapat 3 warna bengkung ditandakan pula  dengan cula bagi menjelaskan perincian pelajaran yang dikuasai pada peringkat bengkung-bengkung berkaitan.  Cula ini hanya wujud pada bengkung Pelangi Merah (3 cula), Pelangi Kuning (5 cula) dan Harimau Pelangi Cula Sakti (7 cula).

 

Merujuk kepada susunan sistem pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia di negeri Selangor, pada peringkat bengkung Pelangi Merah Cula 3 seseorang murid itu sudah menguasai semua pelajaran tangan kosong asas,  manakala pemilik bengkung Pelangi Kuning Cula 5 pula menandakan bahawa seorang murid itu telah menguasai permainan senjata asas (pisau, parang, tongkat panjang, lembing dan keris).  

 

Apabila seseorang murid itu memiliki bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Cula IV, bererti murid berkaitan telah menguasai pelajaran tangan kosong peringkat tinggi (gerak dan pukulan yoi, berlian, tembi dan seligi), dan permainan senjata sundang lipas serta cindai.  Penguasaan pelajaran Harimau Pelangi Cula Sakti V dan VI ialah guru kanan tertinggi (rujukan).  Murid pada peringkat berkemamapuan untuk bersilat di luar dari susunan pelajaran baik tangan kosong mahupun senjata.

 

Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti VII (Harimau Pelangi Agong Mahkota), iaitu kuasa tertinggi Silat Seni Gayong.  Bengkung ini milik pengasas dan pencipta Silat Seni Gayong Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman dan keturunan darahnya.  Pengurusan Silat Seni Gayong akan mengikut pengurusan dan pentadbiran sistem Khalifah.  Keseluruhan halatuju (adat-istiadat pelajaran dan pentadbiran) dipimpin dan diterajui oleh Khalifah.

6854981191_2f4d2f8633_b.jpg

ATURAN TAFSIRAN

Bengkung.jpg
Hitam.png

Hitam Mulus

Awan-Putih.png

Awan Putih

Pelangi-Hijau.png

Pelangi Hijau

Pelangi-Merah.png

Pelangi Merah Cula I - III

Pelangi-Kuning.png

Pelangi Kuning Cula I - V

Harimau-Pelangi-Cula-Sakti.png

Harimau Pelangi Cula Sakti I - VI

Harimau-Pelangi-Mahkota-Agong.png

Harimau Pelangi Mahkota Agong

bottom of page