top of page

KEWANGAN

DASAR PENGURUSAN DANA ADAT

Pengenalan

 

  1. Dana adat adalah dana  yang bersumberkan daripada kegiatan-kegiatan yang berlandaskan daripada aktiviti-aktiviti adat seperti yuran acara Perlimau Tapak dan Perlimau Seni, Khatam Keris, Khatam Lembing, yuran perolehan sijil-sijil adat yang berdasarkan aktiviti adat (sijil penyertaan dan sijil penghargaan – kursus adat, perlimau dll).  Ramai yang berandaikan bahawa dasar ini sedang dilaksanakan dan mengandaikan ianya terkumpul dalam akaun Pertubuhan (PSSGM).
     

  2. Ironinya perkara yang dinyatakan tidak berlaku, iaitu bukan dari aspek pengaliran peruntukan ke dalam akaun Pertubuhan, memang setakat pada hari ini sememang semua peruntukan diserahkan kepada SUA untuk disalurkan kepada akaun berkaitan, tetapi yang tidak berlaku ialah dari aspek kelemahan kecekapan pengurusan kutipan dan serahan. Isunya juga termasuk juga dari aspekl pengumpulan duit adat dan yuran pentadbiran (keahlian).  Ia berlaku antaranya atas sebab-sebab berikut:
     

    1. penyerahan dan penerimaan yuran tidak berlaku dengan cekap

    2. terdapat kepelbagaian penterjemahan dasar kutipan dan penyerahan yuran

    3. timbulnya perasaan sangi dan kejujuran pengendalian yuran terkumpul

    4. kelemahan pengurusan pusat memberi maklumbalas dan perkhidmatan 

 

Kelemahan Pengurusan

 

  1. Kebanyakan gurulatih pada peringkat gelanggang menjalankan semua urusan  pengumpulan yuran baik yang berkaitan dengan yuran latihan mahupun yuran-yuran  adat dan pentadbiran. Setelah mengumpul yuran dari murid-murid masing-masing lazimnya dana tersebut diserahkan kepada pentadbiran setelah ditolak pembahagian yang diperuntukan kepada gelanggang atau gurulatih berkaitan.
     

  2. Pada peringkat ini, didapati ketirisan atau penyerahan tidak berlaku kepada peringkat agensi pusat (SUA  atau Bendahari Agong) atas pelbagai sebab termasuklah atas sebab yang disenaraikan di perkara 3 (i-iv). Ini telah menyebabkan kesempitan perbelanjaan pada peringkat pusat sehinggakan adakalanya pimpinan terpaksa membiayai aktiviti yang dianjurkan demi untuk memastikan aktiviti pentadbiran dan pembangunan dapat dilaksanakan.
     

  3. Panduan kutipan dan penyerahan yuran acara perlimau (tapak dan seni telah telah ditetapkan.  Ia mematuhi kehendak seperti asalnya, iaitu dari aspek kadar yang ditetapkan dan agihan kepada warisnya (hak Mahaguru atau waris keluarganya).  Telah diedarkan panduan seperti berikut sepertimana kehendak Majlis Perlimau Kebangsaan di mesyuarat pada 29 April 2017 dan 4 Ogos 2018:

Kadar kutipan yuran untuk penyertaan acara Perlimau Tapak dan Perlimau Seni kekal pada kadar yang ditetapkan sebelum ini.  Kadar yang ditetapkan ialah:
 

  • Perlimau Tapak (L) - RM 11.50 + RM 5.00 (sijil)

  • Perlimau Seni (L) - RM 21.50 + RM 5.00 (sijil)

  • Perlimau Seni (W) - RM 11.50 + RM 5.00 (sijil)

 

Dari  kadar yang dinyatakan  ini ditetapkan bahawa RM 5.50 dari perkara i dan iii, dan perkara ii sebanyak RM 7.50 diserahkan kepada Waris Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahaman iaitu Hajah Siti Fadhilah Dato’ Meor Abdul Rahman.  Baki dari kutipan ini hendaklah diagihkan pula atas budibicara Lembaga Beradat Negeri (LBN). Agihan kutipan ini boleh diagihkan untuk keperluan pengurusan Wakli Perlimau Tapak/Seni, Gelanggang, Gurulatih, Kapit Jinjang dan lain-lain yang difikirkan perlu oleh pengurusan LBN masing-masing.

Agihan yang diperuntukan kepada Waris Dato’ Meor Abdul Rahman boleh diserahkan secara terus (dengan tangan) oleh Wakil Perlimau Tapak/Seni atau dimasukkan ke dalam akaun Bendahari Agong PSSGM, manakala baki kutipan seterusnya diserahkan kepada penerima-penerima pada kadar yang ditetapkan oleh pengurusan LBN.

 

Semua pesilat (murid) yang melalui acara Perlimau Tapak/Seni dikehendaki menerima Sijil Adat Perlimau.  Sijil ini boleh diperolehi dari SUA PSSGM dengan bayaran RM 5.00. Dokumen tersebut adalah rujukan rasmi pesilat telah  diperlimaukan (layak mempelajari ilmu Silat Seni Gayong). Urusan untuk mendapat sijil ini hendaklah diselaraskan oleh Gurulatih gelanggang yang terlibat.  Bayaran sijil hendaklah disalurkan kepada Akaun Bendahari Agong PSSGM.

 

LBN diberi kebenaran untuk menambah kadar kutipan pada jumlah yang munasabah jika terdapat keperluan yang jelas.  Jumlah kutipan hendaklah diputuskan oleh LBN. dan hendaklah memastikan semua rekod kutipan dan agihan dibentang dan disahterima dalam mesyuarat pengurusan LBN masing-masing.   Tatacara menyimpan kira-kira kewangan ini hendaklah mengikut piawaian standard yang diperakui.

  1. Walaupun dasar berhubung dengan kadar, dasar agihan dan kuasa LBN diberi untuk menambah kepada kadar yang dikenakan kepada murid namun penyerahan kepada tabung pusat tidak berlaku atas alasan seperti yang dinyatakan.  Terdapat pula pandangan yang menyangkal akan hak Mahaguru dengan menyatakan bahawa apabila ketiadaan Mahaguru maka haknya hendaklah diserahkan kepada pentadbiran untuk tujuan melaksanakan pembangunan dan pengembangan Silat Seni Gayong.  Dalam masa yang sama ada pula berpendapat bahawa hak Mahaguru itu hendaklah diserahkan kepada 7 masjid.
     

  2. Pandangan-pandangan yang dinyatakan di atas gagal mentafsirkan bahawa Hak Mahaguru adalah hak kepada pencipta Silat Seni Gayong.  Ini termasuk juga juga pengunaan adat, pelajaran, logo, gambar, reka bentuk dan nama sandang, nama langkah dan gerak, dan lain-lain yang berkaitan.  Dalam hubungan ini apabila jika penciptanya meninggal dunia maka hak intelektual (royalty) ini harus diserah kepada waris keluarganya. Samada pihak waris nak menyerahkan peruntukan itu kepada pentadbiran atau 7 masjid, itu adalah atas budibicara waris yang berkenaan  mempertingkannya, bukan hak orang lain yang menentukannya. Perekara ini tidak boleh diambil ringan kerana perkara ini berkait dengan syariat yang ditentukan oleh hokum agama.
     

  3. Sehingga  ke hari ini dimaklumkan bahawa Pegawai Perlimau menyerah sendiri kutipan yuran perlimau kepada Waris Mutlak (Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman).  Ramai yang berpendapat sekiranya tiada akaun yang khusus untuk mengumpulkan dana ini, maka penyerahan dibuat secara terus kepada Waris Mutlak. 

 

Strategi Penambahbaikan
 

Bagi meningkatkan pengurusan dana PSSGM terutamanya dana Adat,  Lembaga Beradat Kebangsaan menyarankan perkara-perkara berikut:

 

  1. Pengendalian dana adat hendaklah berasingan dari dana Pentadbiran PSSGM.  Akaun secara berasingan dibuka secara berasingan. Cadangan ini telah diluluskan oleh AMJA 4 tahun yang lalu tetapi masih tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab pengurusan dan keperluan teknikal.  Dengan sebab itu LBK memutuskan untuk membuka akaun simpanan (sementara) atas nama Penolong Bendahari.  Akaun akan dibuka dicawangan Maybak dan beroperasi bermula dari 1 Nov 2019.
     

  2. Sumber dana Adat (Tabung Adat) diperluaskan  dengan aktiviti-aktiviti berikut:
     

    1. Penyerahan yuran acara perlimau secara berpusat

    2. Percetakan Sijil Perlimau Tapak, Seni dan acara Khatam

    3. Percetakan Sijil Penyertaan dan Penghargaan aktiviti-aktiviti adat

    4. Percetakan Sijil Sandang

    5. Percetakan Sijil Aku Janji
       

  3. ​Menganjurkan pelaksanakan kutipan sumbangan dana melalui pendekatan Crowd Funding.  Gurulatih dan semua peringkat pengurusan adat digalakkan membuat kutipan sumbangan melalui pendekatan crowd funding dengan menyediakan bekas kutipan di meja-meja pendaftaran di majlis acara perlimau, penyampaian bengkung, penyampaian sandang dan lain-lain yang bersesuaian.
     

  4. Menguatkuasa penyerahan sebarang bayaran dilakukan terus dari gurulatih kepada akaun (Tabung Adat).  Gurulatih dikehendaki untuk menyerahkan kutipan yuran aktiviti adat terus kepada Tabung Adat. Jumlah penyerahan hendaklah merupakan amaun bersih dengan disertakan resit (slip bank) sebagai bukti jika dilakukan melalui ATM.
     

  5. Meningkatkan kecekapan maklumbalas (perakuan) terima bayaran.  Pihak pengurusan kewangan (Penolong Bendahari Adat) diminta untuk memaklumkan pengesahan menerima bayaran melalui whatsapp atau emel dalam tempuh 3 hari sebaik mendapat pengesahan (bank slip).
     

  6. Meningkatkan kecekapan menyerahkan kerja cetakan (sijil).  Pihak pengurusan LBK akan menyerahkan kerja cetak dengan lengkap (nama penerima, nama acara dan no kawalan sijil) melalui pos dalam tempoh 14 hari dari tarikh menyerahkan tempahan dengan syarat tempahan dibuat mengikut syarat yang ditentukan.
     

  7. Mempamirkan prestasi penyerahan yuran dan sumbangan dalam laman web (www.gayongadat.com) bagi membolehkan murid dan ahli yang terlibat memantau bagi pihak dirinya akan keterlibat gelanggang atau organisasinya dengan peringkat kebangsaan.  Dalam masa yang sama juga akan meningkatkan rasa keyakinan masyarakat kepada gurulatih yang terlibat khususnya dan kepada pihak pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia secara amnya.

Aliran Dana 2020.jpg

ANGGARAN BELANJAWAN 2020

Bil.

Perkara

Kos per Unit

(RM)

Bil peserta

& jemputan

Kekerapan

Anggaran Kos (RM)

Persidangan Lembaga Waris Amanah (ahli, jemputan & urus setia)

1.

20.00

12

2

480.00

Mesyuarat LBK

2.

20.00

20

3

1,200.00

Mesyuarat exco LBK

3.

20.00

15

4

1,200.00

Mesyuarat Biro-biro (bantuan)

4.

60.00

5

4

1,200.00

Cetakan mesyuarat (fotostat)

5.

-

-

-

200.00

Cetakan sijil

6.

-

-

-

1,500.00

Penyelenggaraan web (yuran domain & web hosting)

7.

-

-

-

371.00

Pakej (seminar/acara sandang)

8.

4,000.00

-

2

8,000.00

Jumlah Kecil

-

-

-

-

14,151.00

ALIRAN DANA 2019

Bil.

Perkara

Terima (RM)

Belanja (RM)

Baki (RM)

Sumbangan sijil Seminar Adat KL

1.

142.50

-

-

Sumbangan Kursus Pegawai Adat LBK

2.

65.22

-

-

Jualan Buku Panduan Adat Istiadat

3.

20.00

-

-

Peruntukan Acara Watikah Sanad Selangor dari LBN

4.

2,755.00

-

-

Serahan dana kepada Hjh Fadzilah

5.

-

1,430.00

-

Pengurusan Acara Watikah Sanad Selangor

6.

-

1,325.00

-

Sumbangan & yuran Pelancaran Web

7.

341.00

-

-

Jumlah Kecil

-

3,323.72

2,755.00

568.72

Nota

Perbelanjaan pengurusan (Pengerusi) LBK

Bil.

Perkara

Terima (RM)

Belanja (RM)

Baki (RM)

Pakej hotel Tenera & KLIH (2)

1.

-

5,281.00

-

Fotostat (minit dan kertas kerja)

2.

-

167.65

-

Pengurusan web

3.

-

370.31

-

Cetak sijil

4.

-

1,497.00

-

Jumlah Kecil

-

-

7,315.96

-

JUMLAH BESAR

-

3,323.72

10,070.96

- 6,747.24

Maklumat Bahagian Kewangan

Tel/WA               :  +60 19 206 7671

E-mel                 :  anuar_hamid@yahoo.com

Bank                  :  CIMB Bank Berhad

No Akaun           :  8604260157

Nama Akaun       :  Pertubuhan Silat Seni

                            Gayong Malaysia (Bahagian Adat)

073c82ca8424ec43733d48fbcd8ed116_XL.jpg
bottom of page