top of page

PENTADBIRAN

PUNCAKUASA

 

Dalam usaha untuk mempertingkatkan dan melicinkan pelaksanaan adat Silat Seni Gayong Lembaga Beradat Kebangsaan bersetuju pada 12 Oktober 2019 melaksanakan dasar bahawa setiap pemegang jawatan adat dikehendaki untuk menanda tangan sijil Aku Janji.  Sijil ini adalah dokumen perakuan akan penerimaan tanggungjawab bersempena dengan penerimaan jawatan yang dilantik.

 

TUJUAN

 

Dokumen ini mengandungi kenyataan bidang tanggungjawab, nama penerima jawatan, tanda tangan pemegang jawatan, nama jawatan, tanda tangan dan nama ketua organisasi.  Dengan wujudnya dokumen ini, maka dijangka penerima-penerima jawatan akan lebih bersungguh dan kominted dalam menerima tanggungjawab bersabit dengan perlantikannya. Dalam masa yang sama memudah dan melicinkan urusan untuk menamatkan perlantikan pemegang jawatan jika disabitkan dengan perkara perlanggaran tanggungjawap yang disenaraikan.

 

PELAKSANAAN

 

Pengeluaran sijil ini dikawal oleh Lembaga Beradat Kebangsaan.  Kawalan dokuemn termsuklah hal bekalan dan daftar nombor cetakannya.  Bagi jawatan pada peringkat pusat dan juga jawatan yang ditunjuk dari peringkat pusat dikendalikan oleh LBK.  Sijil ini akan ditanda tangani oleh Waris Mutlak/Ahli Waris Amanah/Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan/Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan (diruang Ketua Organisasi) bersesuaian dengan jawatannya untuk jawatan-jawatan seperti berikut:
 

  1. Ahli Lembaga Waris Amanah

  2. Imam Khalifah Agong

  3. Timbalan Imam Khalifah Agong

  4. Kipas Emas Kebangsaan

  5. Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan (dan ahli jawatankuasa)

  6. Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan (dan ahli jawatankuasa)

  7. Imam Khalifah Negeri

  8. Timbalan Imam Khalifah Negeri

  9. Kipas Emas Negeri

  10. Khalifah Besar

  11. Pengerusi Lembaga Beradat Negeri

  12. Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri

 

Manakala bagi jawatan pada peringkat negeri sijil berkenaan hendaklah ditanda tangani oleh Imam Khalifah Negeri/Khalifah Besar/Pengerusi Lembaga Beradat Negeri/Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri (di ruang Ketua Organisai bersesuaian dengan jawatannya untuk jawatan-jawatan seperti berikut:
 

  1. Jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri

  2. Jawatankuasa Majlis Gurulatih Negeri

  3. Pemegang-pemegang sandang berjawatan

Sijil-Aku-Janji.jpg

PEROLEHAN DOKUMEN

 

Permohonan untuk mendapatkan sijil Aku Janji hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang pesanan kepada Lembaga Beradat Kebangsaan dengan bayaran yang dikenakan pada kadar RM 5.00/sijil.  Bayaran yang dikenakan ialah untuk membiayai kos cetakan bagi melengkapkan maklumat (nama penerima, nama Ketua Organisasi dan nama jawatan) dan penghantaran melalui pos kepada pemohon.

SELARASKAN SURAT LANTIKAN JAWATAN-JAWATAN ADAT

 

Berikutan dengan dasar pengenalan tempuh perkhidmatan jawatan-jawatan adat dan juga pengeluaran Sijil Aku Janji maka pengurusan Lembaga Beradat Kebangsaan dan Lembaga Beradat Negeri diminta untuk mempunyai rekod-rekod perlantikan jawatan yang mempunyai maklumat-maklumat berikut:

  1. nama pemegang jawatan

  2. tarikh jawatan berkuatkuasa

  3. tarikh tamat tempoh jawatan
     

Maklumat-maklumat ini akan memudahkan urusan penyeliaan (monitoring) penamatan dan perlantikan seterusnya dan juga pengeluaran Sijil Aku Janji bagi pengesahan calon menerima jawatan. Bagi jawatan-jawatan utama adat yang berada di negeri (Imam Khalifah, Timbalan Imam Khalifah, Kipas Emas dan Khalifah Besar), pihak LBN hendaklah memaklumkan sebarang perlantikan atau penamatan jawatan kepada pengurusan LBK untuk tindakan perkara-perkara yang dinyatakan. Surat lantikan hendaklah mengikut format dan kandungan berikut:

Berita-6-Dis.jpg
Status-Tindakan-LWA_89.2%.jpg
bottom of page