MUKADDIMAH
Assalamualaikum wbt.
Peraturan-peraturan adat ini ditulis semula bagi melengkapkan perkara yang tidak dibincangkan dalam peratuan yang telah disediakan pada tahun tahun 2013 ketika Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diterbitkan apabila dikehendaki Pertubuhan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan. Oleh kerana di dalam dokumen tersebut menyebut perkara adat khususnya dalam Fasal 27-30, maka pihak berkenaan telah meminta supaya dokumen Peraturan Kecil Adat turut disediakan bagi melengkapkan dokumen-dokumen dalam menguruskan Pertubuhan sebagai sebuah badan yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan.
Peraturan Kecil Adat yang disediakan adalah bersifat sebagai panduan kasar dengan hanya bermatlamatkan untuk mendapat kelulusan pendaftaran. Justeru penulisan hal adat yang dimuatkan tidak bersifat komprehensif dan terpeinci, dan dengan demikian terdapat perkara yang dimuatkan tidak konsisten dengan pemahaman dan terjemahan adat sebenar seperti yang diasaskan dalam susur galur sejarah pengajaran dan pewarisannya yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman Hashim.
Namun begitu penulisan Peraturan ini belummlagi dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak untuk mendapat pandangan dan seterusnya pengiktirafan. Sebagai asas rujukan, penulisan ini boleh memberi panduan kepada perkara-perkara asas adat kerana sebahagian besar dari kandungan perbincangan adalah dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa, Cuma dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dengan ditokok tambah butirannya.
Sekian. Terima kasih
ARTIKEL PILIHAN PENGARAH PENYELIDIKAN MELCENS KUIM :
MENGAPA ORANG MELAYU MISKIN DAN ORANG CINA LEBIH KAYA?
ADAKAH ORANG CINA LEBIH RAJIN DARI ORANG MELAYU?
APAKAH BENAR TUDUHAN MELAYU PEMALAS...?
Penulis : Puan Zaharah Sulaiman
Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu
Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Lokasi : ISTAC Kuala Lumpur
Kita terlewat 10 tahun Merdeka kemerdekaan berbanding dengan negara Indonesia disebabkan pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu, malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya. Gagal bukan kerana tak pandai berunding, tapi kerana Inggeris menipu dalam perundingan.
Kegagalan ini menyebabkan terbentuknya apa yang dinamakan "kontrak sosial" yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campurtangan empat orang asing tanpa hadirnya seorang pun Melayu di dalamnya. Umumnya, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak redha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan "kontrak sosial" itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.
Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil "kontrak sosial" dengan kaum pribumi Tanah Melayu. Tanah yang mereka perolehi adalah tanah yg bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa melayu hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang bernilai amat rendah.
British telah membela kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Modal kaum Cina yang besar itu dibantu oleh Bank OCBC dan Hong Kong Bank. Bangsa Cina tidak berjaya melalui kerajinan pun, tetapi kerana besarnya modal mereka tersebut, dan mereka terus menguasai kekayaan itu sehingga kini. Pada hakikatnya, pada awal lagi bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat rajin menoreh getah waktu awal pagi turut bersawah, waktu petang menganyam. Malangnya, modal mereka terlalu sedikit dan pekerjaan mereka di kampung itu tidak membawa kekayaan seperti orang Cina.
Orang Melayu bijak sebenarnya namun tersekat dari kemajuan kerana tiada bantuan modal. Sekarang di Malaysia 60 peratus dari keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing.
Tanah Rizab Melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur hanya tinggal 1 peratus. Sebelum ini, penulis pernah menulis surat berkenaan perkara ini kepada Kerajaan namunnya hasilnya mengecewakan. Tun Abdul Razak sedar tentang perkara ini dan atas nasihat Tun Sufian tentang kebanjiran bangsa Cina yang sangat ramai ke Malaysia ketika itu, maka Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak ada cadangan lain.
Cadangannya ialah, bagi mengimbangi kebanjiran pendatang, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak telah membawa orang-orang rumpun Melayu yang antaranya dari Filipina, Jawa, Sumatera dan seumpamanya berhijrah ke Malaysia. Hasil penyelidikan penulis, bangsa Melayu adalah bangsa kedua tertua selepas bangsa Arab iaitu Bani Jawi daripada keturunan Keturah. Nabi Ibrahim (as) pergi ke Timur dan berkahwin dengan Keturah. Bangsa Melayu sangat ramai bilangannya di seluruh dunia.
Hasil penyelidikan menunjukkan, ada 99 peratus DNA bangsa Melayu boleh dikesan pada orang asli New Zealand, Hawaii, Djibouti, Burma, Cambodia, Laos, Siam dan sebagainya. Orang Utara (Cina) turun ke bawah dan pada tahun 1972 seramai 2 juta orang Melayu di Cambodia dibunuh oleh Regim Pol Pot dalam satu tragedi penghapusan etnik. Sekarang Melayu Kemboja cuma tinggal 100 ribu orang sahaja.
Bangsa Vietnam itu adalah satu asimilasi dengan bangsa Cina, Vietnam ni berasal dari bangsa Melayu juga. Kalau lihat pada paras rupa mereka lebih mirip bangsa Cina. Orang Kedah pula ramai yang mati dibunuh oleh bangsa Tai (sekarang Thailand) (orang Utara), ramai yang berasal daripada Patani dibunuh dgn kejam. Orang Kedah telah pupus, kemudiannya ramai yang datang daripada Selangor, Perak dan lain-lain negeri.
Orang Melayu sangat tinggi ketamadunannya. Semasa Portugis mendarat, mereka terkejut melihat Istana Raja Melayu 3 tingkat dan beranda yg luas namun diperbuat daripada kayu Cengal bercampur bahan binaan bersimen. Melaka juga mempunyai kubu tembok batu. Orang Melayu turut terkenal dengan kepandaian dalam bidang maritim. Mereka suka mengembara dengan kapal laut. Kapal laut orang Melayu sangat besar mengalahkan saiz kapal Portugis beberapa kali ganda.
Dicatatkan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka. Ketika itu, Melaka terkenal satu dunia sebagai pembina kapal dan meriam besar. Sebenarnya Laut Cina Selatan sekarang nama asalnya ialah Lautan Malaya atau Malayan Sea yang menandakan betapa besarnya Kerajaan Melayu yang menguasai lautan ketika itu, malangnya sejarah itu dilenyapkan oleh penjajah British dengan menukar namanya menjadi Laut Cina Selatan.
Di kala itu Melaka ada istana, Masjid yang elok, sebuah Masjid yang besar berwarna putih. British telah menghapuskan tapak-tapak bersejarah ini dengan menggunakan jumlah wang yg besar. Peninggalan sejarah ini banyak dilenyapkan kerana mahu menjaga keharmonian tapi para penyelidik bersetuju mengungkitnya semula selepas kes Kulasegaran mempertikaikan bangsa Melayu bukan penduduk asal.
Para penyelidik mahukan orang Melayu kenal sejarah yang disembunyikan dan memperbaiki bangsa Melayu agar kembali bangkit untuk bersatu agar kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu yang dahulu tidak berulang lagi. Lenyapnya Pulau Batu Putih ke tangan ultra kiasu amat mengaibkan kerana sudah ada perjanjian terdahulu yang dipersetujui bersama, kini kita kehilangan sebuah pulau yang bernilai dari segi lokasi dan strategiknya.
Keadaan yang membarah dalam kontrak sosial ditambah lagi apabila British hanya memajukan kawasan penempatan Cina sahaja iaitu di kawasan bandar dengan menggunakan dana 100 juta Pound Sterling yang bersamaan dengan 1 Billion sekarang. Waktu itu bermulalah Sekolah Cina, Sekolah Inggeris, jalanraya, lampu dan sebagainya.
Melayu masih dikekalkan berada di kampung kampung sedangkan kemajuan dilaksanakan hanya di bandar dengan rancaknya.
Di waktu kemerdekaan, Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya, malangnya mereka mengkhianat lagi pada orang Melayu. British mengkhianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kpd Kerajaan Kedah tetapi diserahkan kepada orang-orang Cina. Keadaan orang Melayu bertambah buruk apabila orang-orang Cina diberikan tanah itu, mereka mencagarnya di Bank OCBC dan Hong Kong Bank.
Maka, orang-orang Cina pun menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat, melalui duit Bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli, maka "money makes money". Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya.
Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.
#TANAHMELAYU
#NGO GSTM (G.Selamatkan Tanah Melayu)
SEJARAH MELAYU YANG TIDAK DICATATKAN OLEH PENJAJAH!
THE UNTOLD BRITISH COLONIAL POLICY TO WEAKEN THE MALAYS / MUSLIMS
Recently 70 years old declassified colonial documents described by Zaharah Sulaiman of ISTAC on how the British spent 100 million ringgit (somewhere 1 billion now) around 1951–1953 to build infrastructures for the 1 million brought here immigrants while the Malay and the natives left out of any development. Mind you those money belongs to the Malay and the natives from the wealth of the land. Malaya was the most wealthy land under British that support her WW2 campaigns. Some of the records also remark how British granted vast amount of lands to these immigrants including tin and other valuable mineral mines. The Malay lost around 500 mines taken by the British. Ships belongs to the Malays to transport and trade tins, golds and iron ores, like their forefathers did for hundred of years were burned down. Ship docks and repair destroyed. Then the British said if the Malays cannot manage those mines within a year then they will be taken even though those mines were never theirs to begin with. It were all then taken and given to the immigrants. Some details were left out to cut this short. Those wars between secret societies of Hai San and Ghee Hin around Lukut were all about acquiring these mines. That is how British treated the Malays, a race that is not easily submit. They left us a million immigrants to create instability in the future. They left Pattani and few other Malay states to the Thais. They left Kashmir to the Indian. They left Zionist to the Arabs.
While lands of the Malays are not allowed to be modernized and must be kept agricultural. The son of Tan Cheng Lock (MCA), Tan Siew Sin led and handled the land approval in Malacca and granted all 1430 applications. (referred from EXCO papers (18–2–1953) Reference CO.1022/24 Applications For Land From The Inhabitants of New Villages). 1 million approved applications until the State Government at that time openly said that pressure on the land Offices was too great to deal with. In Kuala Terengganu, immigrant named Tan Gak Hwee given 2470 hectares of land. Ah Boon 1850 hectares. Yong Hwa 1235 hectares. Convert it to meters you will get millions. You cannot not see the other end of the land that huge. Land given to the Malays were very few, cannot be commercialized, only can be used as paddy field and only in rural area. High prospect lands is out of reach of the Malay. Those immigrants who were granted lands then mortgaged it to OCBC bank and some became straightaway millionaires. Then they started their businesses. States and Settlements issued lease hold title for periods of years varying from 10 to 99 years. Supposedly end by 2035. Their sad and humble beginning only for few years back in their origin country and during shipment. Yet DAP was fighting for permanent lease hold like we are seeing in Perak during their 22 months in power. It was really the right question when ex PM Najib Razak asked `Apa lagi Cina mahu?’ (What else the Chinese want?).
In Kuala Lumpur now, land titled Malay Reserved is only 1% left and Penang 0%! Only Kelantan & Trengganu obey the rules to never touch the Malay Reserve lands and they even added more lands. You can always check this facts.
The saddest moment in 1953 was when the Malays begged the Chinese taicoons for fund to build training centers for the Malays. 500,000 ringgit given, even though it is agreed as not the limit. The Chinese also mentioned that the Malays should not blame them for the economic plight but instead to blame the British. It was true back then. But it is no longer now.
Now we know where the wealth gap start. Wealth gap never end good. The Malays were sacrificed that gave a better life to the immigrants. It should be remembered and respected accordingly. DEB and Bumis rights are there for a reason. The blacks in America also protected by law acts because they did not start equal. And there is no country in the world ever live peacefully ruled by minority. It is not the race that we reject, but the ideology.
MELAYU ISLAM
3 TEORI ASAL USUL BANGSA MELAYU
(PERSPEKTIF BARAT)
Teori yang paling mendekati ketepatan bukti adalah dari kajian Stephen Openheimer yang menggunakan bukti arkeologi dan DNA penduduk di Tanah Melayu. Rumusnya, Stephen Oppenheimer mengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal yang tertua di benua sunda (Nusantara) dan tidak berasal dari wilayah Yunnan atau Taiwan.
Berapa lamakah usia bangsa Melayu di tanah Melayu? Tiada jarak masa yang tepat untuk ditentukan.. Yang pastinya sejak ribuan tahun lalu sehingga zaman sebelum masihi (B.C) dan ini dibuktikan dengan kewujudan tamadun sungai batu. Agama asal penduduk di Nusantara bukanlah agama Buddha mahpun Hindu.. Kedua agama ini datang kemudian setelah berlakunya perdagangan dan sebagainya.
Agama asal penduduk di Nusantara dikenali sebagai agama Kapitayan. Satu-satunya agama monotheisme di Nusantara sebelum kedatangan Islam. Di dalam kitab suci orang yahudi (Torah/Taurat) juga ada menyebutkan kewujudan satu kawasan yang dikenali sebagai "Ophir" yang mana penduduk "Ophir" menghantar ufti berupa emas, rempah ratus, burung merak, monyet dsb setiap 3 tahun kepada raja Sulaiman (Nabi Sulaiman/King Solomon)
Dan kesemua bahan ufti ini boleh dijumpai di kawasan nusantara dan paling menarik, daerah nusantara dikenali sebagai semenanjung emas (tanah melayu) dan beberapa kawasan di nusantara (Filipina) yang memiliki jumlah "reserve" emas terbaik dunia sebelum zaman kolonialism.
Semua yang ditulis di atas adalah fakta yang boleh dijumpai di dalam kitab perjanjian lama dan kertas kerja Stephen Openheimer.
Petikan dari:
ML Studios
PEMANTAPAN JATI DIRI BERMULA DARI SIKAP
MAKA INILAH WASIAT BETA
(petikan dari saluran YouTube SKODENG VIRAL!)
MELAYU KAUM PENDATANG DI TANAH MELAYU?
Petikan dari www.malaysiakini.com
Diterbitkan 27 Jul 2018, 1:36 tengahari | Dikemaskini 27 Jul 2018, 1:42 tengahari
ULASAN | Malaysia lahir dari negeri-negeri Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957. Ia kemudiannya menjadi Malaysia setelah penyatuan bersama Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 (Singapura menyertai Persekutuan tetapi dikeluarkan pada tahun 1965).
Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu di Malaysia, yang merupakan kaum bumiputera di negara ini, akan dilindungi sewajarnya. Terdapat segolongan kecil rakyat Malaysia yang memperkatakan bahawa orang-orang Melayu bukanlah orang asal di negara ini tetapi adalah pendatang dari Indonesia. Ini dinyatakan secara jelas dalam artikel terbitan Free Malaysia Today (FMT) berjudul “The Sungai Kandis question: Do Malays want to be Malaysian”. Malah, seorang tokoh politik DAP, Chong Eng, juga pernah mengatakan pada tahun 2011 bahawa masyarakat Melayu di Malaysia adalah pendatang dari Indonesia. Apakah benar orang-orang Melayu pendatang di Tanah Melayu?
Kepulauan Melayu/ Nusantara
Bangsa Melayu pernah menjadi pelaut yang hebat. Bangsa ini telah melebarkan pengaruh mereka ke wilayah kepulauan di Asia Tenggara, yang lebih dikenali sebagai Nusantara, menerusi beberapa empayar maritim. Kerajaan Melayu terawal yang pernah wujud di Nusantara adalah Langkasuka, yang muncul kira-kira pada kurun ketiga Masihi, suatu manifestasi bahawa Nusantara bukanlah terra nullius – tanah tidak berpenghuni.
Nusantara adalah rantau yang luas meliputi wilayah negara-negara Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, selatan Thailand, selatan Filipina dan Timor Leste. Menjelang kurun ketujuh Masihi, Langkasuka dijadikan jajahan takluk Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu-Buddha berpangkalan di Pulau Sumatera, yang menguasai Nusantara lebih daripada 400 tahun. Srivijaya bukanlah kerajaan India tapi kerajaan Melayu yang dipengaruhi adat budaya India. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Brunei dipengaruhi nama Arab, iaitu ‘Darussalam’, ia tetap kerajaan Melayu dan bukannya Arab.
Kekayaan Srivijaya dijana menerusi hubungan diplomatik dan perdagangan yang dijalin dengan China, India dan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah. Pusat kekuasaan ekonomi dan politik di Nusantara berpindah dari Sumatera ke Jawa pada hujung abad kedua belas, apabila Majapahit mengambil alih tampuk kepemimpinan kepulauan Melayu daripada Srivijaya. Jajahan takluk empayar ini sangat luas, mencakupi wilayah yang berdirinya Malaysia pada hari ini. Apabila Majapahit melemah pada kurun keempat belas, kesultanan Melaka pula melebarkan pengaruhnya ke seluruh Nusantara, menjadi sebuah kerajaan Melayu yang dihormati dan disegani.
Kepulauan Melayu juga pernah menyaksikan jatuh bangunnya kerajaan-kerajaan rumpun Melayu lain yang tidak kurang hebatnya seperti Johor-Riau di Tanah Melayu, Palembang di Sumatera, Brunei di Borneo, Yogyakarta di Jawa dan Gowa di Makassar. Fakta-fakta sejarah ini jelas membuktikan bahawa orang-orang Melayu sangat berpengaruh di Nusantara, sehinggakan seorang sarjana British pada kurun kesembilan belas, Alfred Wallace, menamakan Nusantara sebagai ‘Kepulauan Melayu’.
Kesultanan-kesultanan di Tanah Melayu
Penjajahan Barat bermula di Kepulauan Melayu apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Bagaimanapun, kebanyakan kawasan-kawasan di Kepulauan Melayu pada ketika itu masih lagi merdeka dan bangsa rumpun Melayu masih lagi bergerak secara bebas meneroka kawasan-kawasan dalam wilayah Nusantara tanpa sebarang halangan. Orang-orang Melayu adalah kaum terbesar di Tanah Melayu dan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama. Kategori pertama ialah anak jati - orang-orang Melayu yang memang berasal dari Tanah Melayu dan telah mengasaskan kerajaan-kerajaan di sini.
Kesultanan-kesultanan Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor dan Pahang adalah contoh kerajaan-kerajaan yang telah ditubuhkan oleh golongan Melayu anak jati ini. Kategori kedua ialah anak dagang – orang-orang dari bangsa rumpun Melayu yang datang dari kawasan Kepulauan Melayu, di luar Tanah Melayu, dengan hasrat untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Kebanyakan mereka berketurunan Aceh, Batak, Bugis, Minang, Riau, Rawa dan Jawa. Mereka berhijrah secara sukarela dan tidak dibawa masuk ke Tanah Melayu.
Bersama-sama Melayu anak jati, Melayu anak dagang telah memberi sumbangan yang besar dalam mencorakkan struktur politik prapenjajahan Tanah Melayu. Sebagai contoh, pengasas kesultanan Melaka pada tahun 1400, Parameswara adalah seorang Melayu dari Sumatera. Selain itu, kesultanan Selangor yang wujud di Malaysia pada hari ini telah ditubuhkan oleh orang-orang Bugis dari Makassar pada tahun 1756 dan orang-orang Minang dari Sumatera Barat menerajui kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1773.
Sewaktu kesultanan Aceh mencapai puncak kegemilangannya pada kurun keenam belas, jajahan takluknya amat luas melebar dari Sumatera ke Tanah Melayu mencakupi negeri-negeri Kedah, Pahang dan Johor. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa sebelum negara-negara moden seperti Malaysia dan Indonesia diwujudkan di Nusantara, orang-orang Melayu bebas untuk mengembara dan meneroka bukan sekadar daerah di dalam Tanah Melayu, malah kawasan di luar Tanah Melayu. Ini kerana keseluruhan Kepulauan Melayu dianggap sebagai wilayah bagi orang-orang rumpun bangsa Melayu.
Era Penjajahan
Garis pembahagian Kepulauan Melayu yang pertama telah dilukis oleh pihak British dan Belanda menerusi Perjanjian British-Belanda 1824, yang dimaterai di London, secara langsung mengasingkan Tanah Melayu dengan Pulau Sumatera dan Pulau Jawa.
Perjanjian ini meletakkan Tanah Melayu dan Singapura bawah pengaruh British. Walaupun begitu, British tidak menjadikan kesultanan-kesultanan yang wujud di Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya tetapi diberikan taraf negeri naungan, tanpa melucutkan sepenuhnya kedaulatan sultan-sultan yang bertakhta di negeri-negeri ini. Memang benar terdapat sedikit golongan dari komuniti Cina, iaitu golongan Baba Nyonya, yang telah menganggap Tanah Melayu sebagai tanah airnya.
Namun begitu, perpindahan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu berlaku pada kurun kesembilan belas apabila mereka dibawa masuk oleh British dari provinsi selatan China, rantau yang sememangnya terletak di luar Kepulauan Melayu, untuk bekerja sebagai kuli dan buruh kasar di lombong-lombong bijih timah yang kebanyakannya terletak di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pendatang-pendatang ini masuk ke Tanah Melayu dengan satu tujuan – peluang pekerjaan – tanpa niat untuk menetap selama-lamanya di Tanah Melayu. Orang-orang India juga dibawa masuk ke Tanah Melayu dari jajahan takluk British di India dan Ceylon sebagai buruh dan kuli.
Kebanyakan imigran ini adalah lelaki dewasa bujang yang memang tidak berniat untuk menetap di Tanah Melayu kerana mereka mempunyai keluarga yang menunggu di India dan Sri Lanka. Imigrasi secara besar-besaran ini, tidak seperti penghijrahan orang-orang Melayu anak dagang, tidak dilakukan secara sukarela kerana mereka dibawa masuk oleh pemerintah British untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah dan perkebunan getah di Tanah Melayu.
Imigran-imigran ini sudah tentunya mempunyai bahasa, adat, agama dan budaya yang berbeza dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu pada ketika itu. Kedudukan orang-orang Cina dan India di zaman tersebut tidak ubah seperti pekerja-pekerja migran yang dibawa masuk dari Indonesia dan Bangladesh di Malaysia pada hari ini kerana mereka tidak dianggap rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan mahupun rakyat negeri-negeri Tanah Melayu.
Apakah orang-orang Melayu juga pendatang?
Malaysia adalah negara pewaris bagi British Tanah Melayu dan Indonesia pula mewarisi wilayah-wilayah yang pernah menjadi sebahagian daripada Hindia Timur Belanda. Keadaan kini tidak sama lagi seperti di waktu zaman penjajahan. Kewujudan sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Indonesia beerti orang-orang Melayu atau bangsa rumpun Melayu tidak lagi boleh berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain di dalam Kepulauan Melayu tanpa halangan.
Sebelum kemerdekaan Hindia Timur Belanda pada tahun 1945 dan British Tanah Melayu pada tahun 1957, sempadan antarabangsa yang memisahkan kedua-dua wilayah ini masih belum wujud. Pada ketika itu, seluruh Kepulauan Melayu dianggap sebagai wilayah bagi bangsa rumpun Melayu. Oleh itu, bagaimanakah orang Melayu boleh disebut sebagai imigran di dalam wilayahnya sendiri? Terdapat orang-orang Melayu Malaysia yang berketurunan Indonesia. Namun begitu, adalah tidak tepat untuk melabel mereka sebagai ‘pendatang Indonesia’ kerana leluhur mereka pada waktu itu cuma berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain dalam Kepulauan Melayu. Indonesia masih lagi belum wujud. Mereka sememangya orang-orang Kepulauan Melayu.
Lagi pula, tidak terdapat kawalan imigresen ataupun kastam secara rasmi yang dikuatkuasakan oleh pihak British, Belanda mahupun kerajaan-kerajaan Melayu pada waktu itu.
Kesimpulan
Orang-orang Melayu Malaysia tidak wajar dilabelkan sebagai pendatang walaupun terdapat sebahagian daripada mereka yang berasal dari Indonesia. Berbeza dengan imigran Cina dan India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu, orang-orang Melayu berhijrah secara sukarela dengan niat untuk bermastautin di Tanah Melayu sebelum sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Indonesia terwujud.
Tanah Melayu juga sememangnya terletak secara geografi, di Semenanjung Melayu dalam rantau Kepulauan Melayu. Mana mungkin sesuatu kaum itu wajar digelar pendatang di wilayahnya sendiri. Menjelang kemerdekaan, orang-orang Melayu menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, dengan syarat hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu sebagai bumiputera dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh komuniti bukan bumiputera.
Ini adalah pendekatan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin pada ketika itu yang sehingga kini menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia. Walaupun orang-orang Cina dan India di Malaysia pernah menjadi imigran pada zaman penjajahan, orang-orang Melayu kini perlu menerima yang kaum bukan bumiputera juga adalah teman senegara. Tidak wajar bagi orang-orang Melayu untuk menganggap mereka pendatang secara berterusan kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Sementara itu, kaum bukan bumiputera perlu menghormati hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.
Mereka juga harus menghormati Rukun Negara dengan mempelajari dan menghormati Bahasa Melayu, bahasa yang diikitiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Adalah amat menyedihkan sehingga kini ada rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu. Malah, ada wakil rakyat sendiri yang kurang fasih berbahasa Melayu seolah-olah mereka tidak lahir dan dibesarkan di Malaysia. Rakyat Malaysia perlu senantiasa menghormati antara satu sama lain agar kegemilangan Srivijaya, Majapahit ataupun Melaka dapat dikembalikan di zaman moden ini menerusi negara kita yang tercinta, Malaysia.
Bak kata-kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim:
“Generasi muda di negara ini perlu sedar yang mereka milik sebuah negara bangsa dan dengan itu perlu menghormati sejarahnya. “