MUKADDIMAH
Assalamualaikum wbt.
Peraturan-peraturan adat ini ditulis semula bagi melengkapkan perkara yang tidak dibincangkan dalam peratuan yang telah disediakan pada tahun tahun 2013 ketika Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diterbitkan apabila dikehendaki Pertubuhan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan. Oleh kerana di dalam dokumen tersebut menyebut perkara adat khususnya dalam Fasal 27-30, maka pihak berkenaan telah meminta supaya dokumen Peraturan Kecil Adat turut disediakan bagi melengkapkan dokumen-dokumen dalam menguruskan Pertubuhan sebagai sebuah badan yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan.
Peraturan Kecil Adat yang disediakan adalah bersifat sebagai panduan kasar dengan hanya bermatlamatkan untuk mendapat kelulusan pendaftaran. Justeru penulisan hal adat yang dimuatkan tidak bersifat komprehensif dan terpeinci, dan dengan demikian terdapat perkara yang dimuatkan tidak konsisten dengan pemahaman dan terjemahan adat sebenar seperti yang diasaskan dalam susur galur sejarah pengajaran dan pewarisannya yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman Hashim.
Namun begitu penulisan Peraturan ini belummlagi dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak untuk mendapat pandangan dan seterusnya pengiktirafan. Sebagai asas rujukan, penulisan ini boleh memberi panduan kepada perkara-perkara asas adat kerana sebahagian besar dari kandungan perbincangan adalah dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa, Cuma dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dengan ditokok tambah butirannya.
Sekian. Terima kasih
YAYASAN
KEBAJIKAN
GAYONG MALAYSIA
CARTA GANT PROJEK TAIPING
KETETAPAN MESYUARAT PERTAMA
JK MEMBAIK PULIH RUMAH DAN TANAH PUSAKA ADMAR (Projek Taiping)
KETETAPAN MESYUARAT PERTAMA MAJLIS WARIS KERABAT BERKAITAN DENGAN PROJEK TAIPING
8 Feb 2020
Bilik Tun Teja, Hotel Riverside Tun Fatimah, Melaka
Jam 2:00 petang
Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid (Pengerusi)
Ahli Lembaga Waris Amanah
-
Bersetuju dengan cadangan pembangunan pusat latihan tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia di tanah pusaka Dato’ Meor Abdul Rahman di Ayer Kuning, Taiping. Pembangunan Fasa 1 ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif:
-
mengemas dan menaik taraf rumah Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman
-
menaikkan pagar keselamatan kawasan dan papan tanda
-
membina sebuah dewan (gelanggang) untuk menjalankan kegiatan latihan dan acara silat
-
melengkapkan kemudahan tempat latihan dengan stor, tandas, surau dan pentas
-
melengkapkan tempat latihan dengan peralatan latihan (lantai getah, alatan latihan sasaran seperti punching bag, arm target, dan hand target dll)
-
-
Rumah Allahyarham akan dibaikpulih dengan mengekalkan struktur dan rupa bentuknya bagi mengekalkan sejarah dan nostalgia Dato’ Meor. Baikpulih ini termasuklah kerja-kerja mengecat mengganti bahan binaan yang usang (atap, dinding, tiang, sistem letrik, paip air dll). Urusan ini termasuk ruang tamu, bilik, stor, dapur, tangga, tandas, perigi dan lain-lain kemudahan yang membawa kepada konsep facelift serta mesra tetamu kepada rumah tersebut.
-
Keseluruhan tanah dipagar bagi memberi keselamatan serta exclusivity. Namun begitu disarankan supaya diadakan ruang yang mencukupi untuk meletak kenderaan kepada tetamu serta peserta kegiatan dan acara yang akan diianjurkan. Sebuah papan kenyataan dinaikkan bagi memberi maklum kepada masyarakat umum serta komuniti Silat Seni Gayong akan kewujudan premis tersebut.
-
Sebuah dewan dibangunkan dengan menyediakan kemudahan ruang kegiatan, stor, tandas dan surau. Semua kemudahan dan peralatan yang disediakan adalah bertujuan untuk menjalankan kegiatan latihan dan acara-acara silat. Peralatan teknikal latihan seperti alas lantai (mattress) dan latihan sasaran seperti punching bag, hand target, arm target dll disediakan
-
Bagi mengendali usaha pembangunan ini, mesyuarat menerima pandangan supaya langkah-langkah yang diambil adalah mengikut dasar pengurusan berikut:
-
Berasaskan status tanah dan tujuan yang dinyatakan, maka pembangunan pusat latihan adalah sesuai berkonsepkan pembangunan bersifat renovation (menaiktaraf) dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM 300,000-400,000. Langkah ini akan mengurangkan kesulitan dan kerenah baik dalam isu menentukan pemilik tanah mahupun mendapat atau mengumpul modal pembangunan.
-
Pada peringkat awal tindakan yang perlu diambil ialah membaiki rumah Dato’ Meor yang sedia ada dan dalam masa yang sama menutup kawasan dengan pagar yang melindungkannya dari pandangan masyarakat ramai dalam tempoh kerja-kerja pembangunan dilaksanakan. Sebuah notis makluman dinaikkan (work in progress) di samping sebuah papan tanda maklumat sebagai mercu tanda.
-
Bagi membolehkan cadangan-cadangan pembangunan yang dinyatakan dapat dirancang dan seterusnya memulakan kutipan sumbangan (crowd funding), lakaran sempadan tanah (geran) dan cadangan struktur perlu disediakan bagi menambah yakin kepada potential funders untuk menghulur sumbangan mereka. Sebagi permulaan pengumpulan dana akan bermula dari murid Silat Gayong di seluruh negara, dan kemudiannya dipertingkatkan kepada bekas murid dan masyarakat yang menyokong gerakan Silat Seni Gayong (korporat dan orang perseorangan)
-
Seorang arkitek (murid Gayong) dilantik membantu menyediakan lakaran yang diperlukan, berdasarkan kepada maklumat-maklumat perihal tanah (sempadan tanah dan struktur yang sedia ada). Tuan Sheikh Syamsul Sheikh Salim dilantik untuk membantu urusan ini berdasarkan kepada pengalaman luasnya dalam projek pembangunan. Yayasan Kebajikan Gayong dilibatkan sepenuhnya dalam menguruskan kutipan/ pengendalian kewangan serta memantau pembangunan projek.
-
Sebuah jawatankuasa perlu dibentuk bagi mengendalikan urusan ini secara khusus dan berfokus dalam perkara-perkara berikut. Jawatankuasa ini hendaklah bebas dalam melaksanakan tugasnya Jawatankuasa akan melapor kepada Yayasan KebajikanGayong sebagai badan pemantau dan pengawal dan projek:
-
Perolehan dan hak penggunaan tanah
-
Pengurusan kewangan
-
Pengendalian projek
-
-
-
Bagi mengusahakan pembangunan pusat latihan ini, perlu terlebih dahulu ditentukan nama-nama yang didaftarkan sebagai pemilik tanah untuk mengelak kesulitan melancar dan melicinkan cadangan pembangunan yang disarankan. Pihak pemilik tanah juga diminta untuk menyerahkan kuasa membangunkan tanah serta premis yang ada kepada badan yang dilantik. Dalam urusan ini Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dipersetujui supaya menjadi peneraju kepada projek pembangunan tersebut.
-
Yayasan Kebajikan Gayong memberi perakuan dan jaminan kepada Majlis Waris Kerabat bahawa kesanggupan dan komitmennya untuk mengambil tanggungjawab ini adalah atas agenda semata-mata untuk menentukan bahawa usaha menjadikan tanah pusaka ini sebagai pusat latihan dan mercu tanda Silat Seni Gayong tercapai.