top of page

AL IKHLAS /الْإِخْلَاص

Surah in diturunkan di Mekah, mengandungi 4 ayat. Dinamakan surah 'Al Ikhlas' (Tauhid yang Sebersih-bersihnya), kerana dalam keseluruhannya surah ini, Allah Ta'ala perintahkan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. supaya menegaskan kepada umum: Bahawa Allah Ta'ala Maha Esa - dan tidak ada bandinganNya.

Intisari kandungan surah ini: memberi kesedaran kepada hati kecil manusia tentang i'tiqad tauhid yang sebersih-bersihnya, untuk dijadikan asas bagi ibadatnya dan bawaannya dalam alam kehidupan.

Dengan yang demikian, ia tidak akan memperhambakan diri melainkan kepada Allah semata-mata, dan tidak tertumpu pada masa senang dan susah melainkan kepada Allah sahaja, dan juga tidak menjadikan kata pemutus dalam segala urusan hidupnya melainkan hukum Allah - yang menjadi punca bagi segala keadaan, kekuasaan dan ketetapan.

Ketika memulakan kerja


Biiznillah, dengan bacaan akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum masuk ke rumah


Bacaan surah sebanyak 3 kali dengan kaki kanan didahulukan semasa melangkah masuk beserta dengan bacaan Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

 

"Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga."

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Ganjaran menyerupai khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.


Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

 

"Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka : 


"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."


Sabda Rasulullah SAW lagi :

 

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 
اللَّهُ الصَّمَدُ

itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

itu tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

itu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

bottom of page