top of page

BERITA

22 Dis 2023



Bermulanya talian hubungan antara seseorang pesilat dengan gurunya, Dato’ Meor Abdul Rahman bergelar sebagai murid Silat Seni Gayong, ialah apabila pesilat itu diperlimaukan.  Ketika di majlis upacara ini berlakunya episod akad berguru dan ikrar taat setia. Wakil Perlimau adalah perantara, mewakili Dato’ Meor dengan pesilat yang berhajat dan bernekad untuk mempelajari pelajaran dan adt-istiadat Silat Seni Gayong.

 

Dato’ Meor telah menetapkan lafaz ikrar kepada semua muridnya di acara ini dengan lafaz berikut:

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Bahawasanya aku mengaku taat setia untuk menjadi murid dan ahli Silat Seni Gayong.

Bahawasanya aku mengaku taat setia kepada Allah.

Bahawasanya aku mengaku taat setia kepada Baginda Rasullullah.

 

Aku mengaku taat setia kepada ibu dan ayahku.

Aku mengaku taat setia kepada guru-guruku.

Aku mengaku taat setia kepada saudara segayong denganku.

 

Bahawasanya aku berikrar dan mengaku taat setia kepada ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong serta ke bawah DYMM Sultan-sultan yang memerintah Tanah Melayu dan seluruh kerajaanya.

 

Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan yang benar dan jauhkan aku jalan yang salah.

Ya Allah Ya Tuhanku, murahkanlah rezekiku, panjangkanlah umurku dan umur kedua ibu bapaku, kau tetapkanlah imanku, kau lindungkanlah aku daripada malapetaka jin dan iblis dan juga manusia yang berniat khianat atas diriku dan negaraku.

 

Inilah ikrar taat setia diriku kepada negaraku.

 

Aaminn, Aaminn, Aaminn, Ya Rabbal A’alaminn.

 

Demi kesatuan murid-murid Silat Seni Gayong sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi semua pertubuhan kebangsaan di dalam negara dan di luar negara, maka semua penganjur dan pentadbir ilmu aliran ADMAR ini diminta supaya tidak mengubah pernyataan lafaz atas nama pertubuhan masing-masing.

 

Pengubahan ayat lafaz ini dijangka memberi kesan kepada bibit-bibit dan penyemaian perpecahan murid-murid dan gurulatih mengikut pertubuhan masing-masing dari awal penglibatan mereka sebagai pengamal ilmu pelajaran dan adat-istiadat Silat Seni Gayong.

23 Okt 2023



Alhamdulillah selesai Majlis Khatam Surah Al-Ikhlas 70 Ribu kali Peringkat Negeri Selangor. Majlis ini telah disertai dari beberapa aliran ADMAR yang hadir dari beberapa buah negeri dan bersama menjadi saksi adalah 2 Khalifah Besar PSSGM Negeri Selangor. Majlis ini dimulai dengan bacaan Tahlil beramai-ramai selepas selesai solat Zohor Berjamaah. Dalam majlis ini juga, telah berjaya mengkhatamkan seramai 43 orang peserta yang terdiri dari pelbagai pemegang bengkong, dan Alhamdulillah 12 orang dari Pemegang Bengkong Hitam telah ditauliahkan untuk menjadi wakil khatam surah Al-Ihklas. InsyaAllah program seperti ini akan terus dilaksanakan supaya ianya dapat diamalkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Headline 1
bottom of page