top of page

BERITA

26 Sep 2022


Majlis Perlimau Kebangsaan dengan kerjasama ALWA (Tadbir) akan menganjurkan persidangan buat julung kalinya pada 12 Nov 2022 di Pusat Sains Negara. Tujuan persidangan ialah untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran pengurusan adat Perlimau pada peringkat negeri dan kebangsaan. Majlis akan dihadiri oleh Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Zuriat Silat Seni Gayong. Seramai 31 orang Wakil Perlimau yang dikenalpasti telah dijemput untuk menyertai persidangan.

24 Sept 2022


Pada Majlis Qurban ADMAR 12 Julai 2022, pihak Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia menggerakkan semula mengumpul dana bagi membaikpulih rumah peninggalan ADMAR. Kutipan sehingga hari ini semenjak dilancarkan inisiatif tersebut, ialah RM 3,500.00. Amaun ini jauh dari mencukupi, dan ia memerlukan komtimen semua murid Silat Seni Gayong. Insya Allah rumah ini akan dijadikan galeri ADMAR jika semua perancangan dapat dikendalikan dengan mendapat sokongan dari semua pihak termasuk organisasi dan orang perseorangan perniagaan, badan NGO dan badan kerajaan.

15 Sep 2022



Setelah tamat latihan Silat Gayong sebagai sebahagian dari sesi Force Integration Training (FIT), pasukan MALBATT 850—10 yang akan berangkat bertugas di luar negara telah mengadakan jamuan makan malam bagi merai dan menghargai tenaga pengajar yang terlibat. Majlis ini telah diadakan pada 1 Sep 2022 jam 8.40 malam di MALBATT Village, Port Dickson.


Turut hadir dimajlis ialah Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Zuriat Silat Seni Gayong, bersama-sama dengan Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom dan Datin Hartini Osman, Ahli Kehormat Waris Kerabat.


Tahniah Cgu Dr Mior Badrul Hisham Kamaruzaman dan pasukan gurulatih PSSGM Port Dickson. Supaya Silat Gayong akan terus menabur bakti kepada negara. Amiin.


Headline 1
bottom of page