top of page

BERITA

11 Nov 2024


Buat pertama kalinya muzakarah ini diadakan pada 2 Nov 2024 yang lalu di PSN KL.  Tindakan ini diambil atas usaha untuk mewujudkan forum bagi membolehkan pertemuan guru-guru kanan dari pelbagai pertubuhan Silat Seni Gayong bagi membina kesepakatan dasar perkara-perkara pelajaran dan adat-istiadat.  Inisiatif ini diambil atas pandangan yang dikemudakan dalam Persidangan Badan Waris Amanah pada 6 Julai 2024 yang lalu.

 

Agenda muzakarah kali ini ialah untuk mendapat persetujuan mengenalpasti dan melantik Guru-guru Kanan Silat Seni Gayong.  Mereka yang dikenalpasti akan bertanggungjawab untuk melatih dan mengijzahkan gurulatih untuk mengajar ilmu yang diturunkan kepada murid-murid. 

 

Guru-guru Kanan yang dilantik ini boleh datangnya dari mana-mana pertubuhan Silat Seni Gayong yang memenuhi syarat dalam ilmu silat dan adat-istiadat terutama dalam bidang-bidang yang terbatas pengajarannya seperti khatam keris, perlimau, sundang, cindai, yoi, berlian, buah kunci dan pelbagai lagi.  Mana-mana pertubuhan boleh merujuk kepada mereka untuk mendapat bimbingan dan pengijazahan dalam bidang atau bidang-bidang kepakaran guru tersebut.

 

Guru-guru Kanan yang berguru langsung kepada ADMAR, ramai yang telah meninggal dunia. Kekhuatiran hari ini ialah, mereka ini tidak diganti, justeru menimbulkan persoalan keaslian ilmu silat dan adat-istiadat yang diturunkan oleh gurulatih-gurulatih pada hari ini.     

 

Sebagai langkah awal, usaha hendaklah diambil untuk mencari Guru-guru Kanan yang berkelayakan untuk mengganti kepada mereka yang telah pergi. Di muazakarah ini telah bersetuju supaya kritieria Guru Kanan yang dilantik hendaklah mempunyai syarat-syarat berikut:

 

i.             Tempuh aktif pesilat dan sebagai gurulatih tidak kurang dari 30 tahun

ii.            Penyandang bengkung HPCS VI

iii.           Sanad ilmu jalur ADMAR

iv.           Kemahiran dan penguasaan ilmu diiktiraf oleh Guru-guru Kanan lain

 

Proses lantikan seperti rajah berikut:



8 Nov 2024



Mesyuarat telah diadakan pada 2 Nov 2024 di Pusat Sains Negara.  Seramai 8 orang Ahli Kehormat dan 3 orang Waris Zuriat. Tujuan mesyuarat adalah untuk memantau tindakan ke atas keputusan mesyuarat yang lalu disamping untuk mengemukakan usul-usul baru bagi memantapkan pelaksanaan Pertubuhan Waris Kerabat (PWK).  Antara ketetapan yang diambil ialah:

 

  • Perlu ada strategi yang lebih mantap untuk meningkatkan jumlah pertubuhan Gayong menjadi Ahli Bersekutu kepada PWK

  • Hendaklah diingatkan kepada PSSGM supaya mengambil usaha supaya mengembalikan pertubuhan itu sebagai badan pendiri  PESAKA

  • Perlu diadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan untuk melihat semula dasar aktiviti silat di sekolah

  • Waris Mutlak dikekalkan sebagai Waris Amanah PSSGM

  • Pencalonan ALWA baru PSSGM hendaklah diusahaikan sebelum tamat tahun 2024

  • Sesi penerangan hendaklah diadakan kepada pertubuhan-pertubuhan Silat Seni Gayong akan peranan PWK dengan segera

 

Ahli-ahli yang berkesempatan hadir ialah:

 

1.    Prof DR Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sarkom

2.    DR Hjh Datin Hartini Osman

3.    Prof DR Rosman Ismail

4.    DR Hj Ramli Teh Naman

5.    Tn Aminuddin Ahmad

6.    Prof DR Mufti Hj Ansari

7.    Datuk Seri Diraja Prof DR Hj Mohammad Fairuz Hj Khairudin

8.    Prof DR Hj Mohd Anuar Hj Abdul Hamid

 

Turut hadir

 

1.    Siti Zubaiodah Hussin

2.    Siti Aluyah Hussin

3.    Hal;imahtun Hussin

28 Sep 2024


Bismillah.


Pertubuhan Waris Kerabat (PWK) ditubuhkan pada 6 Oktober 2020 dengan no pendaftaran PPM-021-05-06102020. Objektif utama PWK ialah menjaga dan memelihara segala peninggalan dan pusaka Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman (ADMAR). Gayong adalah salah satu peninggalan besar ADMAR yang menjadi tanggungjawab PWK untuk memastikan kelestariannya. Selain itu, PWK juga bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan keturunan serta susur galur ADMAR.


Sejak kebelakangan ini, pelbagai suara dan tohmahan telah dilontarkan terhadap PWK. Namun, perlu dijelaskan bahawa PWK bukan hanya terdiri daripada ahli keluarga dan anak-anak yang dipelihara oleh ADMAR, tetapi juga mempunyai barisan Penasihat dan Ahli Kehormat yang bersama-sama menerajui pertubuhan ini.


Ada pihak yang mempersoalkan keperluan penubuhan PWK. Sebagai langkah jangka panjang, PWK bertanggungjawab atas nama waris untuk memelihara peninggalan ADMAR. Terdapat banyak pertubuhan yang bergerak atas nama ADMAR, dan dalam ilmu persilatan yang ditinggalkan, terdapat syarat, peraturan, dan adat yang perlu diamalkan. Sekiranya anda berada di tempat waris, mungkin anda juga akan mengambil langkah yang sama demi meneruskan legasi keluarga.


PWK tidak bertujuan untuk mengawal hal-hal pengurusan dan pentadbiran dalam semua pertubuhan Gayong yang beraliran ADMAR. Sebaliknya, PWK hanya bertujuan untuk memastikan bahawa semua pertubuhan ini bergerak mengikut garis panduan yang telah ditinggalkan oleh ADMAR, baik dalam hal pembelajaran, silibus, mahupun adat, untuk meneruskan warisan ADMAR ini.


Sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat, kita harus melihat setiap usaha dengan pandangan yang positif. Percayalah, kami di barisan PWK tidak berhasrat untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran mana-mana pertubuhan Gayong ADMAR. PWK hanyalah satu pertubuhan yang bertanggungjawab untuk memelihara warisan peninggalan Gayong ADMAR agar terus kekal hingga ke generasi akan datang.


Tuduhan yang mengatakan bahawa PWK ini ‘menangguk di air keruh’ adalah tuduhan yang tidak berasas. PWK merupakan pemegang harta intelek berdaftar peninggalan ADMAR dengan badan sah kerajaan, MyIPO. Di sini, saya tegaskan bahawa PWK tidak berniat selain memastikan warisan ADMAR terus terpelihara dengan sebaik mungkin.


Penambahbaikan ini diharapkan dapat memberikan impak yang lebih kuat dan jelas dalam menjelaskan kedudukan serta tujuan sebenar PWK.


Dengan penjelasan ini saya harap semua dapat lebih memahami tujuan PWK ditubuhkan dan dapat menerima dengan minda dan hati yang terbuka.Marilah sama sama menjaga warisan ini agar tidak hilang ditelan zaman.InshaAllah.


“Gayong Bercantum Bersatu Padu “


Siti Zubaidah Hussin

Timbalan Pengerusi

Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia (PWK)

Headline 1
bottom of page