top of page

PENENTUAN ALWA, PENGERUSI LBK DAN PENGERUSI MGK ADALAH HAK WARIS MUTLAK (AMANAH)

13 Mac 2020

Ilmu Silat Seni Gayong adalah ciptaan dan susunan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman Daeng Uda Md Hashim. Ukuran pemegang ilmu ini di lambangkan dengan tali pinggang Harimau Pelangi Cula Sakti Cula VII. Tali pinggang ini hanya dimiliki oleh Dato’ Meor. Sebagai pemilik kepada ilmu ini, dia juga menentukan cara mana dan siapa yang ditunjuk untuk menguruskan perkembangan dan perluasan Silat Seni Gayong. Apabila Dato’ Meor menginggal dunia, diwasiatkan Tali Pinggang Harimau Pelangi Cula Sakti Cula VII hanya boleh diwarisi oleh darah keturunannya. Pada hari ini, Hajah Siti Fadzilah anakanda Dato’ Meor Abdul Rahman adalah pewaris dan pemilik Silat Seni Gayong. Justeru anakandanya, mewarisi kuasa kuasa tunjuk bagi menentukan siapa kah yang mengurus dan mentadbir silat ini.



YBhg Datuk Haji Mohd Haniff Haji Koslan, Timbalan Imam Khalifah Agong mengingatkan kepada hadirin dalam ucapannya di majlis Penyampaian Sandang Berjawatan Badan Adat Perak pada 8 Mac 2020 di Batu Gajah, Perak, bahawa sesiapa sahaja yang ditunjuk oleh YBhg Hajah Siti Fadzilah untuk mengisi jawatan-jawatan utama adat hendaklah berlapang dada menerima pilihan yang dinamakan. Itu adalah hak mutlaknya. Cadangan boleh dikemukakan, namun menentukan pilihan adalah haknya. Murid-murid Silat Gayong harus kembali kepada bai’ah berguru ketika bersetuju untuk menjadi murid. Jangan khianat setelah lafaz taat setia dan perakuan akad berguru dibuat


Aku mewakili Mahaguru Meor Abdul Rahman pada saat ini dan ketika ini menerima kamu sebagai murid Silat Seni Gayong dunia dan akhirat. Terimalah amanah kami


Aku terima dengan berkat dan syufaat Baginda Rasulallah SAW


bottom of page