top of page

BERITA

12 Sept 2023



Perundangan keatas Hak Cipta:


Akta Hakcipta 1987 memperuntukkan perlindungan yang komprehensif untuk karya yang mendapat hak cipta.

Akta tersebut menggariskan jenis karya yang layak untuk mendapat Hak cipta (termasuk perisian komputer), skop

perlindungan, dan cara bagaimana perlindungan diberikan.


Hak cipta wujud dalam setiap karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta yang penciptanya merupakan orang yang berkelayakan.


Perlindungan hak cipta untuk karya sastera, muzik atau seni adalah untuk jangka masa hayat pencipta asal dan tempoh 50 tahun selepas kematiannya.

Berkenaan dengan rakaman bunyi, siaran dan filem, perlindungan hak cipta adalah selama 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan atau dibuat.

Akta ini juga menyediakan perlindungan kepada hak pelaku /pemilik dalam "persembahan langsung" yang akan terus wujud selama 50 tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun persembahan langsung itu diadakan atau ditetapkan dalam suatu rakaman bunyi.


Penguat kuasaan;

Akta ini merupakan peruntukan bagi penguatkuasaannya pada Pindaan Akta Hak Cipta 1987, yang dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2003, memberikan kuasa menangkap (termasuk menangkap tanpa waran) kepada pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Pasukan pegawai khas KPDNHEP ini dilantik untuk menguatkuasakan Akta tersebut dan diberi kuasa untuk

memasuki premis yang disyaki mempunyai salinan langgaran dan mencari serta menyita salinan langgaran

dan perekaan.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Akta ini telah dipinda agar selaras dengan

perkembangan teknologi dan untuk mematuhi konvensyen/triti harta intelek antarabangsa berhubung dengan hak cipta dan hak-hak yang berkaitan. Antara pindaan utama ialah pengenalan sistem pemberitahuan sukarela hak cipta, pengawal seliaan badan pengurusan kolektif (CMO) dan pengembangan fungsi Tribunal Hak Cipta. Bermula dari 1 Jun 2012.


Pemilik / Pemunya Karya Hak cipta boleh bertindak membuat aduan & laporan keatas pelanggaran Hak Cipta seperti:

(a). Tribunal Hak Cipta - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo)

(b). KPDN HEP (Hal Ehwal Penguna) - Unit Khas Hak Cipta

(c). Laporan Polis - Jenayah Komersial

(d). Lantikan Peguam - Legal Advisor

9 Sept 2023



Waris Mutlak menerima pakai buku Sukatan Dan Silibus Pelajaran, buku Adat Silat Seni Gayong. Buku-buku ini dijadikan rujukan pendaftaran hak cipta ADMAR kepada MyIPO di samping buku Perlembagaan PSSGM 361 (1963-1991). Kedua-dua buku yang dinyatakan sekarang sedia untuk dimiliki oleh sesiapa yang berminat, khususnya dalam kalangan gurulatih dan pengurusan Silat Seni Gayong.


Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak menyeru supaya buku-buku yang berkaitan menjadi rujukan utama oleh semua pihak yang berkaitan supaya adat-istiadat dan pelajaran yang diwariskan oleh ADMAR dapat dikekalkan. Waris Mutlak mengharapkan supaya banyak lagi penulisani dihasilkan untuk dijadikan rujukan kepada generasi Silat Seni Gayong pada hari dan di masa hadapan. Buku Sukatan dan Silibus Pelajaran dan Adat ini telah diusahan oleh anak-anak Gayong negeri Selangor.




9 Sept 2023


2 SEP 2023 JAM 2.30 PETANG


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kehadiran para jemputan bagi meraikan perhimpunan khalifah besar dan harimau pelangi cula sakti yang dianjurkan oleh pertubuhan waris kerabat admar malaysia.Majlis pada hari ini adalah merupakan acara julungkali diadakan.


Kejayaan menganjurkan persidangan ini sudah tentunya mendapat keizinan dan keredhaan allah sbt. Marilah kita bersama berdoa supaya setiap langkah yang kita ambil akan sentiasa di bawah rahmat dan bimbingannya.


Saya percaya ramai di antara tuan-tuan dan puan-puan tidak maklum akan kewujudan dan penubuhan sebuah entiti baru dalam pengurusan pergerakan silat seni gayong yang bernama pertubuhan waris kerabat admar malaysia.


usaha penubuhan entiti ini telah bermula pada 8 februari 2020, apabila waris kerabat admar telah mengadakan perbincangan dan memutuskan supaya hendaklah diadakan sebuah badan rasmi dan berdaftar untuk menjaga kebajikan waris kerabat dan harta intelek dato’ meor abdul rahman. Walaupun isu ini telah ramai yang bercakap, tetapi tidak tindakan dari mana-mana pihak..


Isu ini timbul kerana perluasan dan perkembangan pengajaran silat seni gayong kelihatan tidak terkawal, dan terdapatnya unsur-unsur tidak patuh kepada bentuk dan prinsip asal ilmu serta perjuangannya. Yang menyedihkan lagi pihak waris kerabat ialah, apabila terhakisnya penghargaan jasa dato’ meor sebagai pengasas dan pencipta silat seni gayong dalam kalangan sejak akhir-akhir ini, dan ada pula yang menidakkan hak waris kerabat ke atas ilmu dan adat-istiadat silat ini.


Tidak kurang juga aduan diterima, ada pihak menggunakan nama dan hak intelek admar untuk tujuan agenda peribadi seperti mengumpul dana atas nama silat gayong dengan membuka gelanggang, kelab, akademi mahupun pertubuhan. Tidak kurang juga ada yang menghasilkan barangan jualan mengguna jenama admar atau silat gayong.


Jika kita perhati pada hari ini, bukan sahaja pelbagai pertubuhan atas nama gayong bercambah, malahan terdapat kelab dan akademi juga turut bercambah. Waris kerabat dalam hal ini tidaklah melihat perkara ini sebagai isu, bahkan ia menggambarkan masyarakat menerima silat gayong dengan baik, dan ramai yang bersedia untuk menyebarkan ajaran silat ini.


Tetapi yang merisaukan ialah terdapatnya episod-episod menokok-tambah ilmu dan adat-istiadat yang kononnya bersumber dari dato’ meor, dan tidak kurang juga kejadian dimana kandungan pelajaran dan amalan adat-istiadat tidak diturunkan sepenuhnya kepada murid-murid silat. Akibat dari peristiwa-peristiwa ini, waris kerabat khuatir ketulinan pelajaran dan adat-istiadat lambat laun akan terhakis beransur-ansur.


Pada 6 oktober 2020 jabatan pendaftaran pertubuhan malaysia (ros) telah meluluskan pendaftaran pertubuhan waris kerabat admar malaysia. Dengan kelulusan ini, maka pertubuhan tersebut menjadi sandaran rasmi untuk rujukan sanad ilmu dato’ meor, dan langsung juga menjadi sandaran kepada organisasi yang menganjur pengajaran gayong baik pada peringkat gelanggang, kelab, akademi mahupun pertubuhan.


Pendaftaran ini juga dapat memberi kekebalan undang-undang jika berlaku pertikaian terhadapat penggunaan mana-mana harta intelek admar oleh mana-mana organisasi silat.


Pada hari ini, pertubuhan waris kerabat mengambil langkah untuk menjelaskan akan signifikan dan relevan peranannya yang dirujuk sebagai waris mutlak, waris zuriat, dan waris amanah dalam organisasi gayong secara lebih inklusif. Melalui pemerhatian dan laporan, didapati ramai orang-orang gayong terperangkap dengan pemahaman bahawa pelaksanaan silat seni gayong hanya dari sudut pentadbiran pertubuhan sahaja. Ini telah banyak menimbulkan konflik pengurusan dan pengaruh.


Untuk itu waris kerabat ingin mengajak para hadirin supaya melangkah ke belakang dan keluar dari perangkap yang dinyatakan tadi. Setelah itu kenalpasti entiti-entiti pengurusan yang ada. Letak dan aturkan entiti-entiti ini pada tempatnya mengikut logika pentadbiran dan logika moral. Diingatkan bahawa meletak sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim. Tindakan ini akan berakhir dengan kecelaruan berpanjangan.


Kami waris kerabat yakin, dengan kejujuran dan keikhlasan tuan-tuan, puan-puan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin pada peringkat masing-masing akan dapat membawa perubahan pemahaman pengurusan yang bersesuaian dan bertepatan dengan senario yang ada pada hari ini.


Jelaskan kepada murid-murid masing-masing perkara yang dibentangkan sekejap lagi. Diingatlah sesuatu perkara yang salah, tidak akan menjadi betul walaupun dilakukan berulangkali. Kejahilan tidak akan mengatasi kebenaran.


Sebelum saya mengundur diri, bagi pihak pertubuhan waris kerabat, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kehadiran semua jemputan pada hari ini. Penghargaan kami juga kepada kerjasama dari pssgm wpkl dan pusat sains negara atas penyediaan kemudahan menjayakan perhimpunan ini.


Dengan kata-kata ini, saya akhiri dengan lafaz dan doa, assalamualaikum wbt.


Sekian, terima kasih.

Headline 1
bottom of page