top of page

BERITA

15 Jan 2021


Mesyuarat urus setia Muzakarah GPS pada 15 Jan 2021 mengesyorkan supaya pelaksanaannya ditangguhkan berikutan dari arahan terbaru pelaksanaan PKPP. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, urus setia mendapati agak sukar untuk mengatur dan meyakinkan kehadiran ahli panel dan seterusnya kepastian tempahan logistik, sajian dan perkara-perkara yang berkaitan.


Mesyuarat bersedia untuk menangguhkan tarikh sehingga ke bulan Jun 2021 dengan menimbangkan terdapat aktiviti peringkat pusat pada bulan Februari dan Mac 2021, dan dalam masa yang sama sambutan bulan Ramadhan (15 April) dan Hari Raya Puasa, puasa sunat Syawal (tamat tempuh pilihan hari puasa 15 Jun). Dicadangkan tarikh tangguh ialah 19 Jun 2021.


Mesyuarat juga berpendapat supaya langkah dan tindakan sementara akan terus diambil bagi menjayakan dasar GPS. Antaranya termasuklah mengemaskan persembahan teks penulisan supaya bersifat buku bacaan, mendapat maklumat dan pandangan tambahan draf buku yang disediakan, dan melengkapkan panduan Tatacara Khatam Keris dan Tatacara Khatam Lembing. Dengan langkah yang diambil dijangka dapat menyelesaikan urusan penyediaan buku Panduan GPS melalui satu sesi Muzakarah sahaja.


Dalam masa terdekat, inisiatif akan diambil untuk mengumpul maklumat cadangan yang diperolehi bagi mengemaskan kandungan penulisan supaya lebih sesuai dengan kehendak syariat Islam. Inisiatif akan diambil oleh Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Yatim. Maklumat yang diatur semula akan diserahkan kepada Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid dan Ibrahim Rejab melalui emel, dan dikuti dengan perbincangan melalui sidang video bagi meminda dan mengemaskan draf buku GPS.


Saranan-saranan yang dikemukakan ini akan dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa GPS, YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom dan SU LAIK, Muhammad Akramin Zikri Ali untuk mendapat pandangan dan tindakan yang bersesuaian.


14 Jan 2021


Walaupun usaha telah diambil untuk mempercepatkan mengendalikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR dan penyamapain watikah Pengerusi Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan dan Majlis Gurulatih Kebangsaan telah cuba diadakan pada bulan Nov 2020, namun perlanjutan PKPP telah menyebabkan pengendalian majlis ini ditangguhkan ke 6-7 Feb 2021.


Pada majlis yang akan diadakan, Pertubuhan Waris Kerabat selaku pengelola turut akan mengelola majlis penyampaian watikah Ahli Lembaga Waris Amanah (DR Abdul Mufti Ansari), penyerahan Nota Tugas LAIK sesi 2016-2020 kepada LAIK sesi 2020-2022. Majlis tambahan ini akan diadakan seperti dimaklumkan terdahulu, iaitu pada pada 7 Feb 0930 di Hotel Riverside Tun Fatimah, Melaka, dan Mesyuarat Agung pada 6 Feb 2021 jam 2030 di tempat yang sama.


Dalam masa yang sama juga, JK Projek Taiping (pembangunan gelanggang pusat) dibawah seliaan Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia turut akan mengadakan mesyuarat penyelarasannya pada 6 Feb 2021 jam 1530 di hotel tersebut. Mesyuarat ini akan melibatkan

  • Dato’ Haji Mohd Haniff Hj Koslan

  • Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid

  • DR Abdul Mufti Ansari

  • Sheikh Syamsul SM Salim

  • Dr Mior Badrulhisyam Kamaruzaman

  • Zubaidah Hussin

Headline 1
bottom of page