18 Feb 2026
Alhamdulillah, hasrat PSSGM KLP untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Waris Amanah/Waris Zuriat, Hajjah Fadzilah di Seremban telah tercapai. Kunjungan ini diketuai oleh saya sendiri bersama YDP Raja Zafrie, Timbalan, saudara Suhaimi, saudara Iskandar (SU MGL), SU Negeri saudara Rashid serta beberapa AJK dan MGL, seramai 10 orang keseluruhannya.
Pada kesempatan ini juga, PSSGM KLP telah menyerahkan duit perlimau bagi tahun 2025. Alhamdulillah, kami disambut oleh anak-anak bonda. Hajjah turut berpesan agar kami sentiasa bersatu dan mengekalkan perjuangan PSSGM yang diasaskan oleh ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, hingga ke akhir hayat.
Sempena sambutan Ramadan ini, kami meneruskan kunjungan ke rumah Cikgu Haji Sani di Beranang dan seterusnya ke rumah arwah Cikgu Haji Razali Salleh untuk bertemu Hajjah Habsah Mohd Nor di Kampung Pandan bagi menyerahkan sumbangan duit adat/perlimau. Kini beliau ditemani oleh cucunya, anak Atan.
Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.







