top of page

BERITA

23 Julai 2020


Setelah tertangguh persidangan pertama kali ALWA 2020-2025 yang dijadualkan pada bulan Mac 2020 akibat dari pelaksanaan arahan penularan wabak Covid 19, PKP, tarikh terbaru yang dirancang ialah pada 19 Sept. 2020. Persidangan kali ini akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan KL, Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Walaupun begitu Badan Adat WP Putrajaya sebagai Jawatankuasa Pengelola sedang berusaha untuk mendapat tempat pilihan. Urus setia penyelaras pada peringkat pusat akan membuat pengumuman butiran majlis apabila ketentuan akhir diputuskan 2 minggu sebelum tarikh pelaksanaan.


Bersempena dengan persidangan ini, turut diadakan juga ialah Majlis Penyampaian Sandang dan Watikah. Di majlis ini akan disampaikan watikah kepada 2 orang lagi ALWA bagi melengkapkan anggota Lembaga Waris Amanah kepada 7 orang. Pegawai jawatan utama adat KL Putrajaya akan juga menerima sandang dan watikah di majlis tersebut. Badan Adat negeri-negeri lain turut dijemput sekiranya terdapat pegawai jawatan utama adat yang masih belum menerima sandang dan watikah masing-masing.


28 Mei 2020


Walaupun penularan wabak Novid 19 kelihatan terkawal, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengengalkan SOPnya sehinggalah vaksin yang dapat membunuh virus berkaitan ditemui dan dapat menjaminkan penularan wabak terhenti sepenuhnya. Justeru fasa pemulihan ini akan memakan masa, dan pastinya kegiatan silat juga akan terganggu sekiranya usaha-usaha tidak dilakukan untuk mencari pilihan pelaksanaannya.


Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) dengan ini menetapkan supaya kegiatan Silat Seni Gayong hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi SOP PKP dan SOP KKM yang sedang berkuatkuasa. Oleh kerana kegiatan silat di kelasifikasikan sebagai kegiatan kumpulan, kerajaan telah menetapkan bilangan peserta, kepatuhan penjarakan sosial, penjagaan kebersihan (mencuci tangan dengan mengguna hand sanitizer atau sabun) dan penggunaan face mask untuk dipatuhi tanpa gagal. Untuk itu LBK menetapkan perkara berikut dilaksanakan sebagai kebiasaan baru (new normal) apabila menjalankan aktiviti (adat):


Acara (majlis Perlimau, Penyamapaian Bengkung dan Penyampaian Sandang)


  1. Bilangan yang menyertai kegiatan berdasarkan jumlah yang dibenarkan

  2. Sediakan hand sanitizer (atau sabun)

  3. Mengamalkan kebersihan (tangan)

  4. Awasi penjarakan 1 meter peserta dan petugas

  5. Pemakaian face mask sepanjang acara oleh peserta dan petugas

  6. Menyambut dan menyapa hanya secara angkat hormat

  7. Acara akad disempurnakan hanya dengan kaedah lafaz

  8. Tiada sentuhan badan (body contact) bagi acara ikrar dan akad


Amalan adat ketika latihan silat


  1. Bilangan yang menyertai latihan berdasarkan jumlah yang dibenarkan

  2. Membasuh tangan sebelum dan selepas latihan

  3. Murid memakai face mask sebelum dan selepas sesi latihan (buka face mask ketika menjalani latihan)

  4. Awasi jarak 1 meter antara murid dengan murid , dan antara murid dengan gurulatih

  5. Acara tamat latihan dikuti dengan hanya angkat hormat secara beramai antara murid dengan murid, dan murid dengan gurulatih

  6. Bersurai serta merta selepas sesi Latihan

  7. Pakaian Latihan hendaklah dibasuh pada setiap kali selepas latihan

Headline 1
bottom of page