top of page

BERITA

29 Nov 2019

Diingatkan kepada para peserta kursus bahawa, Kursus Fasa 2 adalah peringkat penilaian. Pada peringkat ini peserta akan dinilai dari aspek pengendalian acara memotong limau dan mengendali isu-isu yang dikemukakan oleh panel penilai. Sepertimana yang dimaklumkan bahawa semua peserta dikehendaki mengikuti sesi latihan medan (4 kali) selain mengikuti fasa penilaian. Namun begitu bagi mana-mana peserta yang masih belum dapat memenuhi keperluan latihan medan, masih boleh menyertai sesi penilaian pada 15 Dis 2019 (1430) yang akan diadakan di Taman Melawati, KL. Sijil tamat latihan bagi peserta-peserta ini hanya akan disampaikan setelah memenuhi keperluan mengikuti latihan medan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Bagi peserta yang telah melengkapi sesi latihan medan dan lulus sesi penilaian, sijil tamat latihan akan disampaikan pada tarikh tersebut di atas.


Semua peserta diminta untuk membawa 2 biji limau nipis dan sebilah pisau. Peserta dikehendaki bersedia dengan maklumat-maklumat yang telah disampaikan pada kursus Fasa 1 yang lalu. Penilaian akan berkonsepkan open book exam disamping kecekapan mengendali acara memotong limau. Maklumat boleh dirujuk di laman web gayongadat.com

28 Nov 2019


Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang,

bahawa saya sebagai Zuriat Mahaguru dan Zuriat Murlatk Meor Abdul Rahman,

pemegang tali pinggang peribadi Mahaguru


HARIMAU PELANGI AGONG MAHKOTA

Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh (VII).


Adalah dengan ini mengiktiraf dan mengesahkan kamu,

telah mempelajari ilmu Silat Seni Gayong melalui akad guru-guru yang

diturunkan ilmu dari sumber yang benar dan asli mengikut jalur sanad,

Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim

sehingga mencapai peringkat.


HARIMAU PELANGI CULA SAKTI


Semoga ilmu yang diwarisi dijaga akan keasliannya sebagaimana diperolehi

dan diamalkan serta terus dikembangkan kepada masyarakat di masa hadapan.

27 Nov 2019


PEMASYHURAN

IMAM KHALIFAH NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


24 Nov 2019,

Balai Adat Tun Fatimah Riverside Hotel,

Melaka Bandaraya Bersejarah


BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

BAHAWA SAYA HAJJAH SITI FADZILAH BT MEOR ABDUL RAHMAN WARIS ZURIAT MAHAGURU


Dengan ini, saya menzahirkan pengisytiharan semula penyandang Imam Khalifah Silat Seni Gayong Negeri Selangor ialah Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dan Timbalan Imam Khalifah Silat Seni Gayong Negeri Selangor ialah Tan Sri Dato Haji Zainal bin Dahlan bagi menjunjung amanah almarhum Ayahanda saya, yang telah menabalkan kedua-dua pemimpin ini pada Disember 1989 dahulu.....


SEMOGA DENGAN PENGISTIHARAN DAN PEMASYURAN INI, DAPATLAH MEREKA MELAKSANAKAN AMANAH DENGAN ISTIQOMAH, PENUH KESUNGGUHAN, KETAATAN DAN SENTIASA DALAM LINDUNGAN RAHMAT ALLAH TAALA... INSYAALLAH

Headline 1
bottom of page