top of page

BERITA

3 Nov 2019


Badan Adat 6 buah negeri telah menghantar pegawai adat masing-masing untuk berkhursus pada 2 Nov 2019 di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Negeri-negeri yang terlibat ialah WP Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Selangor, Kelantan dan Pahang. Peseerta kursus telah dimaklumkan bahawa mereka akan memegang tanggungjawab untuk dirujuk sebagai pegawai yang berpengetahuan dan kemahiran mengenai hal pengurusan adat mahupun hal acara adat istiadat di negeri masing-masing.


Mereka juga maklum bahawa kursus yang disertai pada hari tersebut (Sesi 1) hanya menyentuh perkara-perkara mengenari Sturktur dan Fungsi Adat, Kod Pakaian dan Struktur dan Fungsi Sandang. Manakala 2 topik lagi (Acara Adat-istiadat, dan Adab dan Adat di Gelanggang dan di Majlis), akan dibengkelkan pada kursus Sesi 2 yang akan diadakan pada 25 Januari 2020. Di sesi tersebut akan diadakan juga upacara penyampaian sijil penyertaan dan menadatangan Sijil Aku Janji bagi mengiktiraf para peserta layak memegang jawatan Pegawai Penerangan Negeri. Peserta yang hadir ialah:


  1. Mohamed Suhaimi Yusof (Kelantan)

  2. Mohd Zamir Mohd Sharif (Melaka)

  3. Mohd Awaludin Marsuk (WP Kuala Lumpur)

  4. Rosman Ismail (Selangor)

  5. Saiful Amin Kamarudin (Perak)

  6. Saiful Hakim Mohamad Noor (Pahang)

28 Okt 2019


31 Disember 2019 merupakan tarikh tamat tempoh perkhidmatan Ahli Lembaga Waris Amanah sedia ada. Keanggotaannya dirombak dengan penggantian ahli baru atau menyambung perkhidmatan pegawai sedia ada bagi penggal (2020-2025) seterusnya. Ini adalah bergantung kepada pemilihan yang ditentukan oleh Waris Mutlak. Walaupun surat wasiat Allahyarham Dato Meor Rahman Hashim bertarikh 8 Sept 1989 tidak menyatakan tempoh 5 tahun perkhidmatan, namun bagi tujuan menentukan institusi ini bergerak diatas landasannya, maka kriteria kawalan ini diperkenalkan dan dirakamkan dalam Perlembagaan PSSGM yang sedang berkuatkuasa.


Dalam masa terdekat Waris Mutlak dijangka akan membentuk panel penasihat untuk menamakan calon-calon ahli Lembaga Waris Amanah sebelum membuat keputusan. Mereka akan ditunjuk dan dilantik dalam sebuah majlis pemasyhuran Lembaga Waris Amanah Gayong Malaysia oleh Waris Mutlak sendiri.

27 Okt 2019


Badan Adat Selangor memaklumkan akan mengadakan rombakan pimpinannya pada 24 Nov 2019. Majlis menama dan menyampaikan sandang akan diadakan pada Tarikh tersebut di Hotel Tun Fatimah, Melaka.. Disamping majlis itu, pihak pengurusan akan mengadakan acara penerimaan watikah sanat bagi pemegang bengekong Pelangi Kuning dan Harimau Cula Sakti. Watikah ini akan ditandatangan oleh Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Dato Meor Rahman selaku waris langsung pemegang bengkung Harimau Culak Sakti Cula 7. Penyertaan acara ini dibuka juga kepada pesilat dari lain-lain negeri.


Dalam masa yang sama. Akademi Persilatan Sedunia (APS) Malaysia turut mengadakan majlis penyampaian sijil kepada pemegang-pemeang bengkung kanan Silat Gayong Malaysia negeri Selangor bagi pengiktirafan kepakaran dan pengetahuan mereka dalam dunia seni bela diri atas platform World Acadeny Martial Arts Philosophy and Science (WAMAPS)

Headline 1
bottom of page