top of page

AHLI LEMBAGA WARIS AMANAH BERSIDANG

22 Sep 2020



Persidangan telah diadakan pada 19 Sep 2020 di Pusat Sains Negara seperti yang dijadualkan. Tujuan persidangan ialah untuk mendapat maklum kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan, Majlis Gurulatih Kebangsaan dan Pentadbiran Pertubuhan yang dilaksanakan dari tempuh persidangan (8 Sep 2020) yang lalu sehingga ke persidangan ini.


Dimaklumkan persidangan yang diadakan ini adalah merupakan tindakan follow up dari persidangan yang tertangguh pada 11 Januari 2020 (koram tidak mencukupi), dan kemudiannya juga tertangguh persidangan ganti yang dijadual pada 28 Mac 2020 (kerana PKP pada 18 Mac). Bersekali dengan dengan persidangan hari diadakan Majlis Penyampaian Sandang. Majlis ini telah melibatkan penyampaian sandang kepada YAM Dato’ Sri Tengku Kamarul Zaman Al Haj ibni Almarhum Ibni Sir Sultan Abu Bakar Al Haj sebagai Imam Khalifah Negeri Pahang.


Mesyuarat menerima maklum 6 buah kertas kerja mengenai perkara-perkara yang sedang dilaksanakan oleh Badan Adat Kebangsaan. Perkara-perkara yang dilaporkan ialah:

  1. Persidangan Pertama ALWA 2020-2024

  2. Laporan Pengurusan Bahagian Adat-Istiadat

  3. Adat Silat Seni Gayong – Pandangan Mesyuarat JK Fatwa Jab Mufti Negeri Kedah

  4. Pengingkatan Kecekapan Pengurusan Badan Adat

  5. Tatacara Lantikan Jawatan Adat

  6. Tatacara Kewangan Adat


Manakala 8 buah kertas kerja yang selebihnya adalah merupakan cadangan yang dikemukakan untuk mendapat sokongan dan pandangan bagi mempertimbangkan pelaksanaan. Kertas-kertas yang berkaitan ialah:

  1. Autonomi Pengurusan Bidang Adat-Istiadat

  2. Penguatkuasaan Bidang Adat

  3. Dokumen Adat Istiadat PSSGM

  4. Jawatan-jawatan utama dalam pentadbiran

  5. Pemakaian gelaran pangkat pada awal nama

  6. Fungsi Waris

  7. Pelantikan Badan Penyiasat Bebas

  8. Memorandum persefahaman kajian ilmiah Silat Seni Gayong di antara PSSGM dengan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia


Ketetapan yang diambil ke atas kertas-kertas ini adalah seperti di lampiran. Ahli mesyuarat diminta untuk memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh persidangan. Sekiranya urus setia tidak menerima sebarang maklumbalas, maka dianggap cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam kertas diterima. Walaupun begitu jika sekiranya terdapat sebarang bantahan, maka hendaklah dinyatakan sebabnya dan mencadangkan pindaan yang harus dibuat.


Persidangan berpandangan supaya pemegang-pemegang jawatan Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan (LBK) dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan (MGK) boleh dalam kalangan Ahli Lembaga Waris Amanah. Persidangan dengan ini bersetuju melantik ahli-ahli berikut sebagai pemegang jawatan berkaitan:

  • Pengerusi LBK - Datuk Paduka (DR) Ishak Hassan

  • Pengerusi MGK - Dato’ Ismail Jantan

Pengerusi-Pengerusi yang dilantik ini diminta untuk melantik ahli jawatankuasa masing-masing bagi memulakan operasi menyambung dan menambah baik tugas-tugas yang kendalikan oleh jawatankuasa yang terdahulu.


コメント


bottom of page