top of page

BENGKUNG PELANGI HARIMAU CULA SAKTI CULA VII

17 Dis 2021


Dalam usaha untuk memastikan pengajaran Silat Seni Gayong dapat dikembangkan secara meluas secara sah dan rasmi, Dato’ Meor Abdul Rahmaqn dengan dibantu oleh Dato’ Onn Jaafar telah mendaftarkan silat ciptaanya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia cawangan Johor Baharu. Bagi memenuhi keperluan permohonan ini, maka Dato’ Onn dan Dato’ Meor telah merangka Perlembagaan yang bersesuaian untuk melaksanakan pertubuhan yang akan ditubuhkan. Permohonan pendaftaran telah diluluskan pada 22 Okt. 1963.


Perlembagaan digunapakai dari tahun 1963 sehingga ke 1991 bukan sahaja mengandungi perkara-perkara pentadbiran pertubuhan tetapi juga perkara adat-istiadat dan pelajaran (gurulatih). Dato’ Meor turut memuatkan perkara bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh. Kenyataan ini disebut dalam peraturan berikutt:


PERATURAN 35

TINGKATAN TALI PINGGANG GURU-GURU DAN JURU-JURULATIH


Perkara 3 g) Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh tujuh garisan di hujung.


(Tali pinggang ini dipakai oleh Mahaguru, Tali pinggang Harimau Pelangi Agong Mahkota Sakti, tali pinggang peribadi Mahaguru, tali pinggang ini juga dipakai oleh Mahaguru dan tidak boleh diturunkan kepada murid-murid, tali pinggang ini hanya diturunkan kepada zuriat Mahaguru sendiri - Amanah Mahaguru) .


Bermula dari tahun 1991, banyak perkara mengenai adat-istiadat dan pelajaran (gurulatih) telah dikeluarkan dari Perlembagaan bagi tujuan untuk mengurangkan komplikasi konflik dan pertindihan pengurusan antara pentadbiran pertubuhan, adat-istiadat dan pelajaran (gurulatih). Usaha ini juga diambil untuk menjelaskan pengagihan bidangkuasa antara bidang yang dinyatakan.


Perlembagaan PSSGM menyebut perkara adat-istiadat dan pelajaran (gurulatih) hanya pada kadar mengiktiraf kewujudan bidang tersebut oleh pihaknya, dan bahawa menyatakan pelaksaan bidang-bidang ini hendaklah dirujuk kepada Peraturan Kecil Lembaga Adat-Istiadat (Perlembagaan 2013 fasa 27:4 ) dan Peraturan Kecil Majlis Gurulatih (Perlembagaan 2013 fasa 28:4).


Justeru dengan merujuk kepada penyataan Dato’ Meor dalam dokumen Perlembagaan (1963-1991) Perkara 35:3(g), Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai Waris Zuriat tunggal, adalah pewaris bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota Sakti (Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh)


Comments


bottom of page