top of page

HANYA MAHAGURU SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BERHAK KE ATAS ANUGERAH GELARAN KHAS KEPADA MURID TERPILIH

24 Sept 2023


Sandang "Kegurulatihan" Silat Seni Gayong secara tradisi nya akan membawa gelaran tertentu, oleh yang demikian, sandangsSandang ini boleh ditauliahkan kepada mereka yang mencapai tahap pengalaman mengajar dalam Pelajaran Silat Seni Gayong mengikut tahap tertentu. Beberapa gelaran yang mempunyai kesamaan atau diwujudkan bersempena dengan "Sandang Khas" dan Sandang Kegurulatihan diantaranya :


Panglima Hitam Chula Sakti - pemegang sandang ini adalah perjawatan Ketua Pengarah atau Guru-Guru Utama.

Selepas Ketiadaan Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, tiada sesiapa dikalangan murid Gayong yang boleh memakai "gelaran Khas"ini atau diberikan gelaran oleh mana-mana organisasi Pertubuhan Gayong aliran ADMAR. Hanya pewaris "Tali Pinggang peribadi Mahaguru" (Zuriat Mahaguru sendiri) sahaja yang layak dan boleh menyambung kuasa melantik, memberi penarafan dan menarik pengiktirafan berkaitan Ilmu serta Adat Istiadat Silat Seni Gayong ciptaan ADMAR.


Lembaga Waris Amanah Pertubuhan bukanlah pentadbir "kuasa Mahaguru" tetapi mentadbir urusan adat di peringkat pertubuhan masing- masing.


Tiada Gelaran MAHAGURU GAYONG selepas ADMAR .... namun kesambungan dan fungsi "Kuasa" Mutlak Mahaguru kekal di turunkan kepada Zuriat Mahaguru sendiri iaitu pewaris Tali Pinggang Peribadi Mahaguru Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh. Amanah Mahaguru - rujukan perlembagaan 36, Peraturan 35:3(g), ..... Kepada penerima dan pemegang gelaran Panglima Hitam Chula Sakti yang layak hendaklah datang dari cadangan Majlis Guru- guru sebelum dianugerahkan oleh MG dan LA kepada Gurulatih yang paling layak.


KEPAHLAWANAN ANAK-ANAK GAYONG


Panglima-panglima Gayong dan sejarah gelaran :


Gelaran khas untuk Anak-anak Gayong yang mempunyai bakat dan kebolehan yang tertentu. Gelaran khas merupakan satu tiupan semangat positif kepada anak-anak Gayong daripada Mahaguru Gayong.


Gelaran-gelaran pernah diberi kan oleh Mahaguru Meor Abd Rahman kepada murid yang dipilih adalah:


Panglima Hitam Chula Sakti

Gelaran Singa Malaya dan Singa Berantai diberikan kepada Cikgu Abdul Majid Mat Isa pada 1975 di Taiping, Perak.


Harimau Singa Berantai diberikan kepada Cikgu Hj Awang Daud pada 1975 Kota Sarang Semut, Kedah.


Gelaran "Kuda Gila" kepada Cikgu Buang Bahar pada 1965 di Woodland Singapura.



Gelaran "Naga Bora" kepada Haji Hussein Kaslan pada 1967, woodland Singapura.


Gelaran "Kumbang Hitam" kepada cikgu Kamari Melan pada tahun 1969, Singapura.


Gelaran "Harimau Berantai" kepada Cikgu Mat Khiyar tahun 1978, Selangor.


Gelaran "Lipan Bara" kepada Cikgu Mustapa Kamal Shariff pada 1978, Selangor.


Gelaran "Lang Hitam" kepada Cikgu Fadlan pada 1978 Selangor


Pada tahun 1964, pasukan "KOMANDO GAYONG" diwujudkan oleh Mahaguru Meor Rahman, ianya adalah Skuad Khas dipersiapkan semasa negara berdepan peristiwa Konfrantasi dengan negara Indonesia dimana kempen keras media indonesia dengan tema "Ganyang Malaysia" .... beberapa murid kanan Mahaguru seramai 7 orang telah dipilih, antara nya:


1. Cikgu Abd Majid Mat Isa

2. Cikgu Awang Daud

3. Cikgu Shuib Husin

4. Cikgu Bakar Said

5. Cikgu Ismail Chik

6. Cikgu Mohd Khir

7. Cikgu Mohd Desa


Sumber: dari laman maya internet selepas saringan Lembaga Penasihat PWK ADMAR Malaysia.

bottom of page