top of page

KELAZIMAN PROTOKOL PENGELUARAN SIJIL

3 Feb 2022


Pada kebiasaannya sijil yang dikeluarkan oleh mana-mana organisasi mempunyai sekurang-kurangnya dua penanda tangan. Walaupun begitu tiada salah sekiranya terdapat lebih dari bilangan itu. Yang perlu diperhatikan sesuatu sijil itu mesti mempunyai tanda tangan PENDAFTAR dan tanda tangan PENGESAH BIDANG.


PENDAFTAR sesuatu sijil ialah orang yang memegang autoriti sesuatu organisasi pentadbiran. Iaitu orang yang bertanggungjawab menyimpan rekod pengeluaran sijil (no. siri). Sijil itu akan lebih bermakna jika organisasi itu adalah sebuah entiti yang diiktiraf oleh masyarakat seperti badan kerajaan atau NGO yang berdaftar kepada ROS atau ROC.


Sebaiknya sijil yang dikeluarkan hendaklah juga ditandatangan oleh PENGESAH BIDANG, iaitu orang yang mempunyai autoriti kepakaran (professional/teknikal). Orang ini diiktiraf mempunyai penguasaan luas dan tinggi dalam bidang yang diperaku pada sijil. Dalam masa yang sama, tiada larangan jika diberi ruang kepada badan yang memberi kerjasama atau penaja sesuatu program atau acara turut menurunkan tanda tangan di atas sijil.


Bagi pengurusan pengeluaran sijil-sijil Silat Seni Gayong, sijil yang dikeluarkan disarankan ditandatangani seperti berikut:


Kebangsaan

  1. Sijil Gurulatih dan Bengkung i. SUA ii. Pengerusi MGK

  2. Sijil Adat i. SUA ii. Pengerusi LAIK

  3. Sijil Penghargaan/Penyertaan i. SUA ii. Pengerusi JK Pengelola

Negeri

  1. Sijil Gurulatih dan Bengkung i. SU negeri ii. Pengerusi MGN

  2. Sijil Adat i. SU negeri ii. Pengerusi LAIN

  3. Sijil Penghargaan/Penyertaan i. SU negeri ii. Pengerusi JK Pengelola


Diingatkan bahawa perakuan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh organisasi bergantung kepada ruang kawasan pentadbirannya. Jika dikeluarkan oleh organisasi kebangsaan, maka perakuannya merentasi daerah dan negeri. Manakala jika sijil dikeluarkan oleh negeri, maka perakuannya hanya oleh negeri yang mengeluar kanya sahaja. Pegawai yang menandatangan PENGESAH BIDANG hendaklah menyatakan bengkung atau sandang berjawatannya masing-masing pada sijil yang ditandatangani. Adalah tidak sesuai pemegang bengkung atau sandang berjawatan menandatangan sijil yang setara atau lebih tinggi darinya.


Bagi penandatangan PENGESAHAN BIDANG sijil penghargaan atau penyertaan, bengkung atau sandang berjawatan yang dimiliki tidak perlu dinyatakan. Memadai mereakamkan sebagai Pengerusi AJK Pengelola.


Susunan penadatangan di atas sijil:


bottom of page