13 Feb 2020
Menanda tangan Sijil Aku Janji membawa maksud bahawa seseorang murid Silat Seni Gayong yang ditunjuk atau dilantik memegang sesuatu jawatan adat bersetuju menerima jawatan tersebut atas syarat-syarat (14) yang ditetapkan. Jika tidak menda tangan sijil ini, maka ini bermakna seseorang itu tidak setuju atau tidak menerima jawatan yang ditawarkan dan dengan demikian tawaran itu akan dikemukakan kepada orang lain yang ditimbangkan mempunyai kelayakan. Sekiranya jawatan itu melibatkan sandang khas, maka sandang tersebut akan digugurkan kuasanya walaupun sandang tersebut boleh dimiliki oleh penyandang. Dalam keadaan sedemikian pengguguran tersebut akan dimasyhurkan.
Dengan dasar ini, maka pegawai-pegawai adat hendaklah mengambil maklum implikasi yang dinyatakan dan pengurus-pengurus adat perlu memastikan semua pegawai yang terbabit menanda tangan Sijil Aku Janji masing-masing bagi setiap jawatan yang dilantik. Dalam waktu yang sama mereka yang dilantik hendaklah mengambil tanggungjawab mengingatkan pengurus adat masing-masing untuk mendapatkan sijil tersebut sekiranya tidak memiliki dokumen berkenaan. Setiap sijil akan dipamirkan:
Nama pegawai penyandang
Syarat-syarat (14) memegang jawatan
Tanda tangan pegawai penyandang
Jawatan yang disandang
Tanda tangan dan nama Ketua Organisasi (saksi)
Tarikh
Comments