top of page

KENDALIAN JAWATANKUASA SEBUAH BADAN PENGURUSAN DENGAN SEBUAH JAWATANKUASA PENGELOLA AKTIVITI BERBEZA

2 Jan 2020


Sebelum membentuk sebuah jawatankuasa, seseorang itu perlu mengetahui dan menentukan tujuannya. Persoalannya adakah untuk mengurus sebuah organisasi atau tujuannya untuk mengendali sebuah program atau aktiviti. Perlu diketahui bahawa ia akan menentukan agenda dan semangat melaksanakan mesyuarat-mesyuarat yang dianjurkan nanti.


Jawatankuasa sebuah badan (organisasi) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia atau Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Gombak dan sebagainya, mesyuaratnya adalah atas semangat pengurusan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawabnya. Jawatankuasa ini sering dirujuk sebagai Jawatankuasa Induk atau Pusat (Main Committee) jika pada peringkat kebangsaan. Jika jawatankuasa itu pada peringkat negeri atau daerah, makai a dirujuk sebangan Jawatankuasa Negeri atau Jawatankuasa Daerah.


Jawatankuasa yang dibentuk melaksanakan tugasnya adalah mengikut tempuh yang ditetapkan dalam Perlembagaan, iatu di antara satu mesyuarat agong perwakilan ke satu mesyuarat agong perwakilan. Bilangan mesyuarat setahun bergantung kepada bilangan yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan dengan merujuk kepada dasar yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Agenda mesyuarat-mesyuarat pengurusannya ialah:


  1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

  2. Membentang dan meluluskan minit mesyuarat yang lalu

  3. Perkara berbangkit dari minit

  4. Laporan Setiausaha

  5. Laporan Bendahari

  6. Laporan Biro-biro

  7. Hal-hal Lain

Manakala Jawatankuasa Pengelola (Organizing Committee), ialah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengendali (mengelola) sebuah program atau aktiviti. Penubuhan jawatankuasa ini perlu dirujuk dan mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk atau setidak-tidaknya dilaporkan. Struktur dan keahlianya, dan kekerapan bermesyuarat adalah bergantung kepada kesesuaian dan persetujuan ahli-ahli yang dilantik dengan menimbangkan jaminan mencapai matlamat aktiviti yang dianjurkan. Kebiasaannya kekerapan mesyuarat jawatankuasa ini ialah 2-3 kali. Mesyuarat kali pertama ialah untuk tujuan meletak kerja, manakala mesyuarat atau mesyuarat-mesyuarat seterusnya ialah untuk memantau status tindakan dan menyelesaikan isu jika berbangkit. Jawatankuasa ini bubar sebaik sahaja aktiviti selesai dilaksanakan. Walaupun begitu sebaiknya Jawatankuasa berkenaan menamatkan perkhidmatannya dengan mengadakan mesyuarat post mortem sebelum dibubarkan. Agenda mesyuarat Jawatankuasa Pengelola ialah:


  1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

  2. Membentang dan meluluskan minit mesyuarat yang lalu

  3. Perkara berbangkit dari minit

  4. Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja

  5. Hal-hal Lain

Comentarios


bottom of page