top of page

KHALIFAH BESAR PENERAJU GERAKAN ADAT DI NEGERI

6 Nov 2019


Walaupun dalam struktur Badan Adat Negeri, jawatan Khalifah Besar berada dalam kedudukan ke empat selepas Imam Khalifah, Timbalan Imam Khalifah dan Kipas Emas, namun fungsi dan bidang kuasanya mencakupi keseluruhan pembangunan dan pengembangan Silat Seni Gayong di sesebuah negeri. Bidang pengurusannya melibatkan hal-hal yang berkaitan pengurusan (pentadbiran), kewangan, pengajaran (pelajaran) dan adat-istiadat. Mereka bertangungjawab untuk menyelia dan mengawasi bidang-bidang yang dinyatakan. Urusan-urusan ini dikendalikan oleh Khalifah Kanan, Khalifah dan Khalifah Muda pada peringkatnya. Khalifah Kanan mengawasi daerah-daerah dibawahnya, Khalifah mengawasi gelanggang-gelanggang di bawah daerahnya dan Khalifah Muda mengawasi gelanggangnya masing-masing.


Atas sebab inilah maka Khalifah Besar perlu aktif menjalankan mesyuarat-mesyuarat koordinasi yang disebut sebagai mesyuarat Badan Adat Negeri. Pada hirarki pengurusan mesyuarat ini hendaklah di pengerusikan oleh Imam Khalifah atau Timbalan Imam Khalifah. Namun jika kedua-dua Imam dan Timbalan Imam tidak dapat mengendalikan mesyuarat, maka Khalifah Besar (Pentadbiran) boleh mempengerusikan mesyuarat berkenaan supaya urusan menyelia dan mengawasi perkara-perkara yang dinyatakan tidak tertangguh atau tidak dilakukan sama sekali. Khalifah Besar yang mengawasi bidang-bidang lain (kewangan, pelajaran dan adat-istiadat) juga boleh mempengerusikan mesyuarat ini jika perlu. Adalah mustahil dengan 1+1+1 (4) lapisan jawatan iaitu Imam Khalifah, Timbalan Imam Khalifah dan Khalifah Besar (4 orang), mesyuarat Badan Adat Negeri tidak dapat dilaksanakan setidak-tidak 2 kali dalam setahun.


Sekiranya isu yang dibawa melibatkan keputusan dasar, maka isu berkenaan hendaklah dimaklumkan dan dirujuk kepada Imam Khalifah.untuk mendapat pandangan dan keputusan, manakala lain-lain isu pengurusan masih boleh dibincangkan dan dilaporkan supaya momentum penyeliaan dan pengawasan dapat diteruskan, justeru mengangkat moral gurulatih dan personel yang terlibat.

bottom of page