top of page

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH SANAD ILMU GAYONG

4 Nov 2019


Lembaga Beradat Selangor telah mengadakan majlis kunjung hormat ke rumah Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman pada 5 Nov 2019 bagi memohon restu mengadakan Acara Penyampaian Watikah Sanad Ilmu Gayong, Sijil Akademi Persilatan Sedunia dan Sandang Adat Selangor pada 24 Nov. 2019. Rombong Adat Selangor telah lebih dahulu berkunjung berjumpa Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, dirumahnya pada 26 Okt. 2019 bagi menjelaskan acara berkaitan. Acara ini akan diadakan di Hotel Tun Fatimah. Dato’ mengambil maklum dan menyokong acara yang akan diadakan, malahan bersedia untuk menanda tangan Sijil Sanad Ilmu Gayong yang akan diterbitkan oleh pihak penganjur. Dalam masa yang sama, Dato’ Hajah turut menimbangkan untuk mewujudkan sandang Tun Fatimah sebagai penggalakkan kepada murid-murid Gayong wanita untuk bergerak aktif.


Diperjelaskan kepada Dato’ bahawa Sijil ini adalah merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Lembaga Beradat Selangor kepada pemegang-pemegang bengkung Pelangi Merah, Pelangi Kuning dan Harimau Pelangi Cula Sakti berhubung dengan ilmu silat yang dipelajari. Ilmu yang diperolehi disahkan akan ketulinannya oleh Waris Zuriat (Waris Mutlak) setelah disahkan oleh gurulatih masing-masing. Dalam senario pada hari ini dan berlandaskan kepada wasit Allahyarham Dato’ Meor yang mengisytiharkan bahawa bengkung pelajaran yang tertingi ialah bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Cula (HPCS) VII. Bengkung ini milik Aku, dan hanya keturunan Aku yang akan mewarisinya. Dengan autoriti ini, Dato Mahaguru telah mengiktiraf pemegang-pemegang bengkung HPCS VI pada zamannya. Pada hari ini di Selangor terdapat ramai pesilat (gurulatih) sudah mencapai bengkung HPCS dan tidak berkesempatan pula diiktiraf oleh Allahyarham Dato’ Meor. Justeru Lembaga Beradat Selangor merujuk kepada Dato’ Paduka Hajah Fadzilah yang merupakan pemegang autoriti yang diwariskan. Dengan bermurah hati dan ingin menyaksikan Silat Seni Gayong berkembang Dato’ Hajah bersetuju dan menyokong pelaksanaan acar yang dibentang kepadanya.


Dalam melaksanakan acara ini, pengiktirafan yang diberi adalah atas bengkung yang dipegang oleh murid-murid Silat Seni Gayong. Ia bukan acara menaikan bengkung mana-mana murid yang menyertai acara yang akan diadakan nanti. Penyertaannya diperluaskan kepada murid-murid di luar Selangor dan juga kepada mana-mana murid yang berguru dengan pelajaran yang bersumberkan dari Dato’ Meor. Dengan semangat berlapang dada dan berbaik sangka, persoalan murid yang datang tidak dibataskan dari aliran Gayong mana. Dari rekod penyertaan yang terkumpul kini, kelihatan bibit-bibit penyatuan atas nama adat Gayong sedang berlaku. Semoga bibit ini bercambah dan mekar.

bottom of page