top of page

MENGANGKAT MARTABAT BANGSA MELAYU

27 Jan 2021


Dua matlamat tersirat apabila Dato’ Meor Abdul Rahman mula mengajar Silat Seni Gayong kepada masyarakat umum. Matlamatnya ialah memartabatkan bangsa Melayu dan menyebarkan syiar Islam (menyambung urusan Rasulallah SAW). Perkara ini dapat dilihat dalam logo Silat Seni Gayong, yang selama hari ini tidak diinterpretasikan sedemikian. Bengkung Pelangi Cula Sakti VII) Hitam Pelangi Mahkota Agong, melambangkan ilmu Silat Seni Gayong dengan mengguna kemahiran perhubungan tercanggih pada zamannya untuk tersebar ke seluruh dunia (melalui hubungan laut – Naga). Dengan keperibadian seorang panglima Islam dan sifat harimau (lembut tetapi garang dan tangkas), membawa Silat Seni Gayong ke seluruh dunia untuk dimanfaat dalam usaha membawa rahmat kepada alam dengan penyempurnaan akhlak manusia.


Dalam urusan ini ramai tidak mengetahui bahawa Dato’ Meor telah memajukan dan membugarkan cita-cita yang telah dirakamkan dalam perlambangan (logo) silatnya, menyambut baik inisiatif beberapa orang gurulatih yang berhasrat untuk memperluas pengajaran Silat Seni Gayong di negara luar.


Lebih awal dari itu Dato’ Meor juga pernah mengajar orang asing (luar negara) di gelanggangnya . Pada penghujung tahun 1980an, Cikgu Sheikh Shamsuddin SM Salim (Cikgu Sam), Sulaiman Shariff dan DR Abdul Mufti Ansari telah mendapatg kebenaran dari Dato’ Meor untuk tujuan ini.


Dengan inisiatif yang diambil ini, maka bergurulah orang Putih kepada bangsa Melayu di US dan Perancis sehingga ke hari ini. Malah kini orang asing di UK, Sepanyol, Asutralia, Kuwait dan Morocco mengambil tapak untuk berguru juga kepada anak Melayu. Dari perspektif ini, adakah langkah yang diambil dikategorikan sebagai khianat kepada bangsa, atau mengangkat martabat bangsa.

bottom of page