17 Okt 2019
Bagi tujuan meningkatkan pefahaman gurulatih kaitan Silat Seni Gayong dengan peristiwa dan iktibar Al Quran, disarankan supaya satu sesi khas diadakan dalam kalangan gurulatih kanan bagi menerima penerangan khusus berkaitan dengan perkara tersebut. Gurulatih-gurulatih ini kemudiannya diberi tanggungjawab supaya menjelaskannya kepada masyarakat (murid) Silat Seni Gayong dan juga masyarakat umum akan hal yang dinyatakan. Ramai yang tidak menyedari bahawa pelajaran Silat Seni Gayong adalah terjemahan dari pengajaran yang terdapat dalam Al Quran. Justeru anak-anak yang terlibat dalam kegiatan anjuran silat ini disasarkan untuk terbangun menjadi insan yang bersifat mulia dengan berpegang kuat kepada asas-asas syariat Islam.
Sekiranya berkesempatan adalah diminta supaya dikendalikan sebuah forum atas tajuk yang sama bersama dengan wakil JAKIM bagi mendapat perakuan dan penerangan kepada masyarakat umum akan sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh Silat Seni Gayong dalam membantu mendidik generasi muda dalam bagi meningkatkan aqidah dan memantapkan pemahaman agama Islam.