10 Sept 2019
Penerbitan Buku Peraturan Adat-Istiadat pada tahun 2017 adalah bertujuan untuk mewujudkan dokumen rujukan yang boleh dicapai oleh semua pengamal dan pelaksanaan peraturan bidang berkaitan. Inisiatif ini diambil bermula dari tahun 2016 dan dirujuk kepada Lembaga Waris Amanah. Perkara dasar telah dirujuk sebanyak dua kali kepada ahli dan proses penulisan diperkayakan dengan mendapat sumber maklumat dari dokumen-dokumen yang diperolehi dalam simpanan guru-guru lama serta pengesahan penceritaan dari mereka.
Isu buku ini tidak dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah tidak timbul sepertimana yang dimaklumkan dalam Mesyuarat AMJA pada 24 Ogos 2019. Kata Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid di persidangan khas Lembaga Waris Amanah pada 8 Sept. 2019, inisiatif itu harus dilihat dari sudut positifnya, dari tiada kepada ada, dari ada ditambahbaik. Malahan penambahbaikannya (deraf) sudahpun siap dan menunggu ruang untuk dibentangkan sahaja. Haji Anuar menghararap dan mendoakan inisiatif menerbitkan dokumen turut diambil oleh Pentadbiran dan Majlis Gurulatih.
Comments