top of page

PENUBUHAN JAWATANKUASA GAYONG PATUH SYARIAH

20 Ogos 2020



Muzakarah atas tajuk Acara Adat Silat Seni Gayong yang telah diadakan pada 16 Ogos 2020 di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah menyarankan beberapa langkah untuk mengatasi salah faham berkaitan dengan pengajaran Silat Seni Gayong. Majlis memperakui supaya langkah-langkah berikut diambil bagi meredakan salah faham yang timbul disamping mengelakkan ia berulang di masa akan datang:

  1. Merungkai semula amalan adat-istiadat supaya ianya patuh syariah Islam

  2. Mendefinisi dan menyebar luas pemahanan dan pengajaran adat-istiadat yang dapat mengukuhkan iman kepada semua murid

Dipersetujui supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan (Task Force) untuk mengendalinya. YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa ini. YBhg Dato’ DR Ishak Hassan dan Tuan Haji Mohd Anuar Hj Abdul Hamid, Ahli Lembaga Waris Amanah akan bersama membimbing (Penasihat) jawatankuasa ini untuk melaksanakan tugasnya dari aspek teknikal (content focus) dan pengurusan (management challenges).


Majlis mengingatkan supaya mana-mana pihak yang mengendali isu-isu adat-istiadat tidak cepat dan mudah menilai keraguan sesuatu amalan yang diwarisi, kerana Allahyarham Dato’ Meor dalam mengilhamkan amalan-amalannya adalah berlandas kan dari sumber Al Quran. Justeru hendaklah berhati-hati supaya murid Silat Seni Gayong tidak berada dalam kalangan orang-orang yang kerugian.


Perlu disedari bahawa sebagai seorang yang berketurunan Bugis, maka Allahyarham Dato’ Meor turut mengekalkan adat dan budaya bangsa Bugis dalam amalan persilatan ajarannya. Adalah baik jika perkara ini dapat dikenalpasti dan dipertimbangkan untuk diteruskan sekiranya tidak menimbulkan isu-isu keraguan dan kerosakan aqidah. Unsur-unsur adat mempunyai pengaruh yang signifikan kepada pembinaan jatidiri bangsa.


Majlis menerima pandangan supaya perkara yang berbangkit dalam agenda akan dikendalikan oleh Badan Adat Kebangsaan manakala pihak Pertubuhan diminta untuk membantu dan menyokong tindakan-tindakan pentadbiran apabila diperlukan terutamanya dalam perkara hubungan rasmi dengan pihak-pihak luar dari pertubuhan.


bottom of page