top of page

PERLANTIKAN PEGAWAI ADAT MAJLIS

26 Mac 2020

Penerbitan Buku Panduan Adat Istiadat pada tahun 2017, amalan pakaian Silat Seni Gayong semakin jelas dari segi jenis dan padanan acara yang dikendalikan. Bagi memantapkan pelaksanaan aturan pakaian maka Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengeluarkan panduannya dalam SPA Bil 3/17 – Pemakaian Sandang, sebagai penerangan asas.


Pengwujudan panduan ini ialah bertujuan untuk membina keseragaman disamping menyerlahkan identiti Silat Seni Gayong melalui pakaian dan kelengkapannya. Di dalam buku panduan tersebut Lembaga Beradat Kebangsaan Silat Seni Gayong telah menetapkan 4 jenis kod pakaian (dress code), iatu:


i. Kod 1 - pakaian di majlis adat dan istana

II. Kod 2 - pakaian di majlis rasmi

iii. Kod 3 - pakaian kerja

iv. Kod 4 - pakaian di gelanggang


Setiap jenis kod pakaian ini mempunyai tatacara dn syarat pemakaiannya. Butiran tatacara dan syarat pemakaian ini terdapat dalam web www.gayongadat.com (halaman- Pakaian). Justeru disamping menentukan jenis pakaian di majlis-majlis yang dianjurkan, pihak Lembaga Beradat Kebangsaan ingin memastikan supaya bukan sahaja jenis pakaian yang ditentukan bertepatan dengan majlis tetapi juga setiap ahli Gayong yang hadir hendaklah kelihatan kemas dan mengenakan pakaian dan aksesori bertepatan pada tempat dan pemasangannya.


Dalam hubungan ini, penganjur sesebuah acara hendaklah memastikan supaya seorang Pegawai Adat Majlis dilantik pada setiap acara atau majlis yang hendak dianjurkan bagi menyemak dan memastikan pakaian dan aksesori yang dipakai oleh setiap jemputan ahli Gayong adalah kemas dan betul. Langkah ini akan dapat menonjolkan watak dan jati diri komuniti Gayong. Pegawai yang dilantik hendaklah dalam kalangan pemegang sekurang-kurangnya sandang Khalifah yang mahir dan berpengetahuan dalam perkara yang berkaitan, dan hendaklah diawasi dan diselia oleh Pegawai Adat Negeri.

bottom of page