top of page

PROJEK TAIPING

9 Feb 2021


Berikutan dari usaha yang telah dimulakan pada 8 Feb 2020 melalui mesyuarat penubuhan Majlis Waris Kerabat ADMAR, cadangan untuk membangunkan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong telah dipersetujui. Inisiatif ini telah dinamakan sebaqgai Projek Taiping. Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia diberikan tanggung jawab untuk mengendali dan menyelaraskan inisiatif tersebut. Mesyuarat kali ke 2 dan ke 3 telah diadakan pada 21 Feb 2020 dan 7 Feb 2021.


Walaupun melalui mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan merancang program dan aktiviti untuk memulakan usaha mengumpul dana telah diatur, namun kesemuanya tertangguh apabila kerajaan mengistiharkan PKP pada 18 Mac 2020 bagi memutuskan rangkaian merebak wabak Covid 19.


Sehingga ke hari ini tindakan-tindakan yang telah diambil ialah:


  • Menubuhkan jawatankuasa (Task Force)

  • Mendapatkan pelan dan geran tanah

  • Pengeluaran dan penyerahan surat kuasa pemilik tanah kepada Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia

  • Melantik juru ukur (surveyor) persempadanan tanah

  • Ketetapan mengguna akaun bank Yayasan (YKGM) sebagai tabung pengurusan dana terkumpul


Mesyuara urus setia Yayasan pada 7 Feb 2021 yang turut menyentuh pelaksanaan Projek Taiping, telah mencadangkan supaya sebuah laman (page) didedikasikan di dalam laman web gayongadat.com diwujudkan bagi memudahkan semua pihak mendapat maklumat terkini mengenai usaha yang sedang diambil.


Mesyuarat juga meminta sekiranya terdapat pihak-pihak yang mengambil inisiatif yang sama, terutamanya mengutip dana, maka pihak-pihak berkenaan hendaklah mengambil langkah memaklum dan menyerahkan dana yang berjaya (jika ada) kepada Yayasan. Langkah ini dapat mengelak dari kekeliruan yang dijangka akan membawa kepada tuduhan-tuduhan (fitnah). Apa tah lagi sekiranya pihak-pihak berkaitan tidak mempunyai autoriti untuk mengumpul dana mengikut tafsiran undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Comments


bottom of page