top of page

SESUNGGUHNYA SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI

7 Feb 2021



"Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan".

Surah Ali Imran 185


Ayat ini telah menyebabkan ada ahli dalam kalangan masyarakat tergerak di hati dan yang mengambil langkah untuk persediaan meletakkan simpanan peruntukan sedikit dan kain kafan di almari rumah masing-masing dan meninggalkan pesan kepada isteri atau keluarganya bahawa jika Allah SBT menjemputnya, maka gunalah bekalan yang telah disediakan untuk mengurus jenazahnya.


Mereka ini berharap supaya langkah yang diambil dapat mengurangkan sedikit beban kepada ahli keluarga yang tinggal dan mengelak kepayahan yang timbul akibat dari malapetaka yang terjadi. Untuk ini pihak Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia terpanggil untuk membantu murid, gurulatih dan keluarga dengan menyertai Skim Khairat yang diwujudkan.


Sesungguhnya ajal pasti akan datang tanpa mengira waktu, keadaan dan usia. Oleh itu berusahalah untuk menjadi umat Islam yang beriman dan bertaqwa dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, melaksanakan suruhanNya dengan sempurna. Sama-samalah kita berdoa semoga kesudahan kita dalam golongan khusnul khotimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan beriman, diberi kesempatan bertaubat sebelum kematian, mendapat rahmat ketika menghadapi kematian, keampunan selepas kematian, mendapat kebahagian pada hari perhitungan (hari akhirat) dan terlepas daripada siksaan azab api neraka. Semoga kita sentiasa mendapat keampunan, keredhaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Ya Rabbal Alamin.


"Di mana sahaja kamu berada, maut akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng tinggi yang kukuh. Dan jika mereka (orang-orang munafik) beroleh kebaikan mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah, dan jika mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini dari sisi engkau wahai Nabi Muhammad. Katakanlah: "semuanya itu datangnya dari sisi Allah". Maka mengapa kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran

Surah An-Nisaa' ayat 78

Recent Posts

See All
bottom of page