top of page

BERITA

13 Okt 2020



Mengambil pertimbangan arahan terbaru MKN melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKPB) kepada negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada 14 Okt 2020, Dato’ Ismail Jantan, Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan (MGK) telah mengarahkan supaya bengkel Modul Pasukan Pakaian Keselamatan yang dirancang pada 17 Okt 2020 ditangguhkan. Langkah ini perlu atas dasar mematuhi arahan kerajaan (MKN), lebih-lebih lagi atas rasa tanggujawab untuk bersama menangani penularan wabak Covid 19.


Namun MGK akan menentukan pilihan bagi meneruskan pembinaan modul yang terbabit dalam masa terdekat. Mengadakan sidang video menjadi antara pilihan yang akan difikirkan. Pendekatan ini walaupun tidak sebaik dengan mengadakan pertemuan meja bulat, tetapi ia memberi ruang kepada perkembangan (progress) usaha yang sedang dilakukan. MGK tidak mahu PKPB mejadi alasan kerja-kerja memantapkan hal-hal urusannya terhenti. Perkembangan terbaru akan dimaklumkan kepada mereka yang terlibat dalam masa terdekat.

13 Okt 2020


Sebanyak 15 kertas kerja yang dibentang di Sidang ALWA ke 6 telah diberi maklum balas. Urus setia ALWA (Tadbir) telah mengambil beberapa ketetapan dan memanjangkan pandangan tersebut berpandukan kepada maklumbalas di sidang kepada badan-badan yang berkaitan untuk makluman sertakan tindakan.


Pada 11 Okt 2020, Urus Setia ALWA (Tadbir) telah mengadakan perbincangan dengan penyedia-penyedia kertas bagi meninjau status tindakan atas pandangan yang telah diberi semenjak 4 Okt 2020 yang lalu. Diperbincangan tersebut telah dimaklumkan bahawa pihak urus setia akan mengadakan perbincangan pada setiap bulan sebagai tindakan susulan ke atas cadangan-cadangan yang dikemukakan. Langkah ini adalah bertujuan untuk membawa impak kepada perubahan pengurusan Sidang ALWA yang akan datang. ALWA adalah sebuah badan pemutus dasar yang bersedia untuk mendengar dan menimbangkan cadangan dari pengurusan pada peringkat bawah. Pengurusan bottom up memberi kesan lebih mesra (friendly) kepada keseluruhan organisasi.


Perbincangan yang diadakan telah mengingatkan kepada penulis cadangan supaya setiap cadangan yang dikemukakan hendaklah bercirikan komitmen dan bertanggungjawab. Dalam erti kata lain, sesuatu cadangan itu hendaklah dilengkapi menjawab soalan sekurang-kurangnya bagaimana, apakah cadangan tindakan, bila tamatnya (time frame) dan siapkah yang akan menjalankanya. Persoalan yang kritikal ialah ACTIONPLAN untuk mencapai kehendak cadangan. Jika tidak ia berstatus rhetoric di setiap persidangan atau forum. Letih bersidang dan bermesyuarat tetapi tiada tindakan selepas itu.

12 Okt 2020

Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia (YKGM) telah mewujudkan Skim Khairat dengan sokongan PRUBSN dengan hasrat untuk meluaskan dan membawa kelainan dalam peranan antara badan-badan Silat Seni Gayong. Untuk itu, sebuah Skim Khairat telah diwujudkan. Walaupun skim ini kelihatan seperti kegiatan kebiasaan yang dianjurkan oleh badan-badan kebajikan masyarakat lain, namun pihak YKGM merasakan wajar skim yang seumpama diadakan untuk anak-anak Gayong dan keluarga mereka yang bergiat dalam kegiatan Silat Seni Gayong bagi membawa maksud bahawa Gayong menjaga kebajikan ahli-ahlinya.


Skim Khairat YKGM menawarkan kepada waris pesertanya bantuan RM 8,000 jika berlaku kematian. Bagi memudahkan pengurusan dan penyertaan, skim ini menawarkan penyertaan dua kategori sahaja (berumur 9-40 tahun dan 41-70 tahun pada kadar yuran RM 20.00 dan RM 100.00). Pengurusan kali ini merubah sedikit dasar pengendalian skim ini supaya ia lebih cekap dan mesra. Antaranya ialah:

  1. Perakuan terima bayaran secara digital

  2. Penyertaan menggunakan pendekatan emel dan whataspp

  3. Maklumat boleh dicapai melalui laman web (gayongadat.com)

"KITA JAGA KITA"

Headline 1
bottom of page