top of page

BERITA

26 Ogos 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan sedang mengusahakan untuk mengambil langkah alternatif bagi membolehkannya mengendali akaun sendiri. Difahamkan terdapat pagawai-pegawai yang memegang jawatan adat tidak menyerahkan yuran yang terkumpul kerana khuatir penggunaannya tidak untuk tujuan pembangunan dan kekemasan bidang adat.


Tuan Haji Mohd Said Haji Mohd Nordin, Penolong Bendahari Lembaga Beradat Kebangsaan telahpun diminta untuk mengambil inisiatif mengenai perkara ini. Sebaik urusan berkaitan berjaya dilaksanakan maka, makluman akan dibuat kepada semua yang berkepentingan seperti Pegawai Perlimau, gurulatih dan lain-lain pihak mengenai nombor akaun bank dan nama bank yang dilantik.

24 Ogos 2019


Semua Lembaga Beradat Negeri diingatkan supaya menghantar secara rasmi akan lantikan pegawai-pegawai berjawatan utama adat kepada Lembaga Beradat Kebangsaan (Dr. Mior Badrulhisham Kamaruzaman, Setiausaha) supaya surat lantikan rasmi dapat dikeluarkan pada peringkat pusat kerana jawatan-jawatan tersebut adalah jawatan yang ditunjuk oleh Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman, Waris Mutlak. Jawatan-jawatan ini termasuklah Imam Khalifah, Timbalan Imam Khalifah, Kipas Emas dan Khalifah-Khalifah Besar. Bagi jawatan-jawatan lain, surat lantikan hendaklah dikeluarkan oleh Lembaga Beradat Negeri. Jawatan yang berkaitan ialah, Khalifah Kanan, Khalifah dan Khalifah Muda

14 Ogos 2019


Tuan Sheikh Shamsudian SM Salim, telah berkunjung ke Seremban bertemu Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman untuk memohon restu meneruskan pengajaran Silat Seni Gayong di Amerika Syarikat. P ertemuan telah diadakan pada 14 Ogos 2019 jam 1100 di Taman Temiang Jaya, Seremban. Majlis turut dihadiri oleh Cikgu Ishak Hassan, Cikgu Mufti Ansari dan Tuan Haji Mohd Anuar, (Ahli Lembaga Waris Amanah).


Hajah Siti Fadzilah meminta Tuan Sheikh Shamsuddin untuk terus menyebarkan pengajaran Silat Seni Gayong seperti yang telah dihasratkan oleh Allayarham Dato’ Meor Rahman dan jagalah adab dan adatnya seperti yang telah diajar.

Headline 1
bottom of page