top of page

AKAUN TABUNG ADAT AKAN BEROPERASI DALAM MASA TERDEKAT

Updated: Dec 22, 2019

26 Ogos 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan sedang mengusahakan untuk mengambil langkah alternatif bagi membolehkannya mengendali akaun sendiri. Difahamkan terdapat pagawai-pegawai yang memegang jawatan adat tidak menyerahkan yuran yang terkumpul kerana khuatir penggunaannya tidak untuk tujuan pembangunan dan kekemasan bidang adat.


Tuan Haji Mohd Said Haji Mohd Nordin, Penolong Bendahari Lembaga Beradat Kebangsaan telahpun diminta untuk mengambil inisiatif mengenai perkara ini. Sebaik urusan berkaitan berjaya dilaksanakan maka, makluman akan dibuat kepada semua yang berkepentingan seperti Pegawai Perlimau, gurulatih dan lain-lain pihak mengenai nombor akaun bank dan nama bank yang dilantik.

Recent Posts

See All
KURSUS PEGAWAI ADAT NEGERI

29 Ogos 2019 Bagi melicinkan penyebaran maklumat berhubung dengan adat di negeri-negeri, pihak Lembga Beradat Kebangsaan akan...

 
 
SURAT PERLANTIKAN JAWATAN ADAT

24 Ogos 2019 Semua Lembaga Beradat Negeri diingatkan supaya menghantar secara rasmi akan lantikan pegawai-pegawai berjawatan utama adat...

 
 
bottom of page