top of page

BERITA

6 Sept 2023


Pada 2 Sep 2023, buat ju lungkalinya Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia telah menganjurkan perhimpunan. Pertubuhan yang telah diluluskan penubuhannya oleh ROS pada 6 Okt 2020 berhasrat untuk mengenal dan mendekat Hjh Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak Silat Seni Gayong dengan Khalifah Besar dan pemegang Bengkung Hitam (HPCS) Silat Seni Gayong Malaysia melalui acara yang dianjurkan. Jemputan turut diperluaskan kepada Pertubuhan dan Akademi aliran ADMAR yang lain.


Para jemputan dan peserta telah didedahkan dengan maklumat berhubung dengan sejarah keterlibatan Hjh Siti Fadzilah dalam kegiatan Silat Seni Gayong dari awal umur bersama Dato’ Meor sehingga ke hari ini. Sebagai pewaris bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti VII (Harimau Pelangi Agong Mahkota Sakti), Hjh Siti Fadzilah adalah Waris Mutlak (pemilik ilmu dan adat-istiadat) Silat Seni Gayong.


Acara ini juga turut menjelaskan struktur menyeluruh (big picture) pengurusan Silat Seni Gayong. Sesi penerangan juga melibatkan maklumat berhubung dengan jaringan dan kekanan pengurusan badan-badan yang telah diwujudkan dalam landskap Silat Seni Gayong.

4 Sept 2023



Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia telah mendaftarkan ciptaan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman kepada MyIpo pada 26 Julai 2023 (Nama dan gelaran ADMAR) dan 10 Ogos 2023 (Sejarah, Adat-Istiadat dan Silibus Pelajaran).


Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Pemberitahuan Sukarela) 2012, memaklumkan bahawa karya hak cipta bagi pemohon PERTUBUHAN WARIS KERABAT ADMAR, SITI FADZILAH BINTI MEOR RAHMAN sebagai PEMUNYA dan DATUK MEOR RAHMAN BIN HASHIM sebagai PENCIPTA. Pendaftaran adalah mengikut Akta Hak Cipta menurut seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).

Dengan kelulusan pendaftaran ini, maka tiada mana-mana pihak boleh mengguna karya ciptaan ADMAR tanpa izin. Tindakan undang-undang boleh diambil oleh pemunya

Headline 1
bottom of page