top of page

BERITA

30 Ogos 2023


PERTUBUHAN WARIS KERABAT ADMAR

(PPM-021-05-06102020)


Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia berasa amat berbesar hati dan bangga dengan kehadiran semua Khalifah Besar dan Harimau Pelangi Cula Sakti dari seluruh negara ke perhimpunan yang akan diadakan pada 2 Sep 2023 jam 2.30 petang di Pusat Sains Negara, Kuala Kumpur.


Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, selaku pewaris Silat Seni Gayong (Waris Mutlak) menaruh harapan perhimpunan buat julung kali ini dapat membina keserasian dan ukhwah dalam kalangan pemimpin ilmu dan adat-istiadat silat ini. YBhg Tan Sri Datuk Hj Zainal Dahalan, Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR akan merasmikan perhimpunan.


Susur galur ilmu yang benar, adalah susur galur yang bersanad. Justeru kenalilah pewaris dan penerima akad ilmu yang hak.


SELAMAT DATANG

SEGAYONG, SEKENDI, SEPERIGI, SEPERMINUM, SEJALAN, SEJADI, SEDARAH SEDAGING SEPADU

27 Ogos 2023


Ahli Lembaga Waris Amanah djadualkan akan bersidang pada 2 Sep 2023 jam 10.00 pagi di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Persidang ini yang dijadualkan pada tahun lalu telah tertangguh kerana isu-isu pengurusan. Namun begitu tindakan-tindakan yang diputuskan pada Sidang Ke 9 yang dilaksanakan secara online telah diambil sewajarnya. Beberapa perkara yang diuruskan oleh pihak ALWA(T) selaku urus setia berada pada status over taken by event.


Agenda utama kali ini ialah untuk mengemaskan dasar pengurusan disamping mengesyorkan usul-usul bagi meningkatkan pengurusan Lembaga Adat-Isitiadat dan Majlis Gurulatih.

27 Ogos 2023



Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia buat pertama kali menganjurkan acara perhimpunan Khalifah Besar dan Harimau Pelangi Cula Sakti pada 2 Sep 2023 jam 2.30 ptg di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Tujuan perhimpunan ini ialah untuk menjelaskan peranan Pertubuhan Waris Kerabat dalam lanskap perjalanan Silat Seni Gayong, melalui penerangan berhubung dengan pewaris Silat Seni Gayong dan perlunya jaringan kerja badan-badan pengurusan Silat Seni Gayong yang jelas.


Perhimpunan ini akan dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Datuk Zainal Dahalan, Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR, merangkapTimbalan Imam Khalifah PSSGM Selangor. YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak Silat Seni Gayong, merangkap Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia akan turut hadir.


Selain dari para peserta, turut dijemput hadir ialah pimpinan Pertubuhan, kelab dan akademiSilat Seni Gayong sebagai jemputan khas. Lain-lain yang ingin beserta sebagai pemerhati juga amat dialu-alukan.

Headline 1
bottom of page