top of page

MAJLIS PERHIMPUNAN KHALIFAH BESAR DAN HARIMAU PELANGI CULA SAKTI SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

27 Ogos 2023



Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia buat pertama kali menganjurkan acara perhimpunan Khalifah Besar dan Harimau Pelangi Cula Sakti pada 2 Sep 2023 jam 2.30 ptg di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Tujuan perhimpunan ini ialah untuk menjelaskan peranan Pertubuhan Waris Kerabat dalam lanskap perjalanan Silat Seni Gayong, melalui penerangan berhubung dengan pewaris Silat Seni Gayong dan perlunya jaringan kerja badan-badan pengurusan Silat Seni Gayong yang jelas.


Perhimpunan ini akan dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Datuk Zainal Dahalan, Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR, merangkapTimbalan Imam Khalifah PSSGM Selangor. YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak Silat Seni Gayong, merangkap Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia akan turut hadir.


Selain dari para peserta, turut dijemput hadir ialah pimpinan Pertubuhan, kelab dan akademiSilat Seni Gayong sebagai jemputan khas. Lain-lain yang ingin beserta sebagai pemerhati juga amat dialu-alukan.

Comments


bottom of page