top of page

BERITA

23 Mei 2022


ASSALAMUALAIKUM WBT


  1. TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGUCAPKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SBT KERANA ATAS KURNIA DAN IKHSANNYA KITA DAPAT BERTERMU PADA HARI INI. LEBIH DARI ITU PERTEMUAN INI PULA BERLANDASKAN KEPADA SEMANGAT KELUARGA BESAR SILAT SENI GAYONG.

  2. KEBELAKANGAN INI SAYA RASA AMAT TERHARU KERANA RAMAI YANG MENYUARAKAN SUPAYA GERAKAN SILAT SENI GAYONG YANG PADA HARI INI BERPISAH-PISAH SEBAGAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YANG BERASINGAN SUPAYA BERSATU.

  3. SAYA LIHAT DAN DENGAR RAMAI YANG SUDAH MENGAMBIL LANGKAH KE ARAH INI. MALAH KE ARAH INI, SAYA DAN ANAK-ANAK TELAH MENUBUHKAN SEBUAH PERTUBUHAN YANG DIDAFTAR ATAS NAMA PERTUBUHAN WARIS KERABAT ADMAR. TUJUAN UTAMA PENUBUHAN PERTUBUHAN INI IALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN WARIS KETURUNAN ALLAHYARHAM DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN, AYAHANDA SAYA. DALAM MASA YANG SAMA BERHASRAT UNTUK MENJAGA HARTA INTELEK CIPTAAN ALLAHYARHAM DARI DISALAHGUNAKAN.

  4. PADA HARI INI, SAYA INGIN MENYATAKAN BAHAWA TIDAK TERLINTAS DI HATI SAYA UNTUK MENYATUKAN SEMUA PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG, TETAPI LEBIH BERHASRAT HENDAK MENYATAKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERUSAHA MENERUSKAN PENGAJARAN SILAT YANG DICIPTA OLEH ALLAHYARHAM. GERAKLAH ATAS NAMA PERTUBUHAN MASING-MASING.

  5. SAYA DOAKAN SUPAYA TUAN-TUAN BERJAYA. SAYA HARAP AGAR APA JUGA PERANCANGAN DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL, HENDAKLAH BERDASARKAN ATAS MATLAMAT YANG SAMA DAN AKHIRNYA MENJURUS KE ARAH MENCAPAI MISI DAN VISI YANG DIIMPIKAN OLEH ALLAHYARHAM.

  6. KEHADIRAN TUAN-TUAN PADA HARI INI AMAT DIHARGAI, DAN SAYA HARAP KITA DAPAT BERJUMPA SELALU SUPAYA SEMANGAT KEKELUARGAAN AKAN MENJADI LEBIH SUBUR. TADBIRLAH PERTUBUHAN TUAN-TUAN DENGAN TERATUR. DIDIKLAH ANAK-ANAK MURID TUAN-TUAN DENGAN BAIK SEHINGGA BERUPAYA MENERUSKAN PERJUANGAN KITA.

  7. SEBELUM SAYA MENGUNDUR DIRI, SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YANG BERBAHAGIAN TAN SRI MUHAMMAD TAIB DAN TAN SRI DATUK ZAINAL DAHALAN KERANA SUDI MENYEDIAKAN TEMPAT DAN MENGGUNA KEMUDAHAN-KEMUDAHANNYANYA BAGI MENJAYAKAN PERJUMPAAN INI.

SEKALI LAGI, KEPADA YANG HADIR, SAYA UCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN


SEKIAN.


WABILLAH HITAUFIK WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARUKATUH


TERIMA KASIH.


22 Mei 2022



Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR telah mengadakan Majlis Minum Petang Bersama Waris Zuriat pada 21 Mei 2022 di Kelab Shah Alam, Shah Alam, Selangor. YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman dan anakandanya Pn Siti Zubaidah Hussin telah meraikan 25 orang tetamu yang terdiri di antaranya dari pimpinan dan wakil pertubuhan-pertubuhan Gayong Malaysia, Gayong Pusaka, Gayong Nusantara dan Gayong Malaysia Kebangsaan.


Pimpinan Seni Gayong Bersatu, Tuan Sheikh Shamsul SM Salim kerana menemani dan menguruskan ibunya yang tidak sihat. Walaupun telah menyatakan akan hadir, Datuk Hj Mohd Haniff Hj Koslan juga tidak dapat hadir kerana berlakunya kelewatan penerbangan balik ke Kuala Lumpur akibat dari penjadualan semula penerbangan dari Kota Kinabalu.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Zainal Dahalan, Timbalan Imam Khalifah PSSGM Selangor. YBhg Tan Sri juga turut menyampaikan ucapannya. Penghargaannya disampaikan kepada Waris Zuriat atas usaha yang untuk menyemai dan menyemarakkan rasa kekeluargaan dalam kalangan pelbagai pertubuhan Silat Seni Gayong. Tan Sri memaklumkan, secara peribadi, atas rasa cinta dan sayangnya kepada silat yang diwariskan oleh Allahyarham Dato’ Meor, telah turut mengambil langkah yang sama.


Sebuah sekretariat telah ditubuhkan di negeri Selangor untuk tujuan tersebut. Sehingga ke hari ini, Tan Sri telah antara lainya berjumpa dengan YBhg (Dato’) Cgu Majid dan YBhg Cgu Awang Daud dan Cgu Sazali Salleh @ Dato’ Meor Abdul Rahman. Dalam perancangannya YBhg Tan Sri akan menjelajah ke negeri-negeri lain untuk berjumpa dengan guru-guru lama.


Majlis tamat pada jam 5.00 petang dengan suasana penuh kemesraan dan harapan supaya usaha untuk menyuburkan semangat kekeluargaan ini akan berterusan.


29 April 2022


Setelah menilai dan memerhati pelaksanaan Silat Seni Gayong yang rata-rata anggota yang dilantik sebagai ahli pengurusan badan-badan Lembaga Adat-Istiadat, Majlis Gurulatih pada peringkat negeri, dan tidak kurang juga pada peringkat gelanggang (gurulatih gelanggang), tidak mempunyai pengetahuan tentang bagaimana badan tadbir pusat, negeri, daerah dan gelanggang berfungsi sebagai sebuah entiti organisasi.

Dengan maklumat dan dasar-dasar yang dirumuskan dan dipersetujui pada peringkat pusat, khususnya melalui sidang-sidang ALWA, maka pihak pentadbiran, iaitu ALWA (T) mengambil inisiatif untuk mengadakan penerangan melalui atas talian, Webinar semenjak bulan April 2022. Di samping itu, tujuan mengadakan aktiviti ini juga adalah untuk menyemai semangat kesatuan dan kebersamaan, serta melicinkan jentera pentadbiran dalam dan antara badan-badan pada semua peringkat dalam kadar yang lebih segera.

Diingatkan bahawa Silat Seni Gayong bermula pada 1942 dan kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan pada tahun 1963, namun pada tahun 2022 kemajuan pemahaman pelaksanaan tidak berubah. Ahli dan murid masih mempersoalkan isu-isu asas.


ALWA (T) telah membangunkan modul-modul atas pelbagai tajuk yang bermotifkan untuk merungkai isu dan menjelaskan dasar-dasar pengurusan asas. Modul-modul yang telah disediakan ialah seperti berikut. Modul lain-lain tajuk sedang dibangunkan:

  • Adat dan Adab Silat Seni Gayong

  • Struktur Organisasi Pusat dan Negeri

  • Sandang dan peranannya

  • Struktur Badan Adat

  • Pengendalian mesyuarat

  • Penyediaan kertas kerja


Pengurusan negeri di ditawarkan untuk memilih tajuk dan menjadi hos kepada sesi masing-masing negeri. Pihak ALWA (T) menyediakan pemudahcara (penceramah) dan nota-nota rujukan. Urus setia memberi pilihan untuk hos memilih hari Sabtu atau Ahad. Setiap sesi bermula pada jam 2.30-4.30 petang. Pengurusan negeri diminta untuk menghubungi urus setia sekiranya berhasrat untuk menganjurkan sesi.


Headline 1
bottom of page