top of page

MINUM PETANG BERSAMA WARIS ZURIAT SILAT SENI GAYONG

22 Mei 2022



Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR telah mengadakan Majlis Minum Petang Bersama Waris Zuriat pada 21 Mei 2022 di Kelab Shah Alam, Shah Alam, Selangor. YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman dan anakandanya Pn Siti Zubaidah Hussin telah meraikan 25 orang tetamu yang terdiri di antaranya dari pimpinan dan wakil pertubuhan-pertubuhan Gayong Malaysia, Gayong Pusaka, Gayong Nusantara dan Gayong Malaysia Kebangsaan.


Pimpinan Seni Gayong Bersatu, Tuan Sheikh Shamsul SM Salim kerana menemani dan menguruskan ibunya yang tidak sihat. Walaupun telah menyatakan akan hadir, Datuk Hj Mohd Haniff Hj Koslan juga tidak dapat hadir kerana berlakunya kelewatan penerbangan balik ke Kuala Lumpur akibat dari penjadualan semula penerbangan dari Kota Kinabalu.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Zainal Dahalan, Timbalan Imam Khalifah PSSGM Selangor. YBhg Tan Sri juga turut menyampaikan ucapannya. Penghargaannya disampaikan kepada Waris Zuriat atas usaha yang untuk menyemai dan menyemarakkan rasa kekeluargaan dalam kalangan pelbagai pertubuhan Silat Seni Gayong. Tan Sri memaklumkan, secara peribadi, atas rasa cinta dan sayangnya kepada silat yang diwariskan oleh Allahyarham Dato’ Meor, telah turut mengambil langkah yang sama.


Sebuah sekretariat telah ditubuhkan di negeri Selangor untuk tujuan tersebut. Sehingga ke hari ini, Tan Sri telah antara lainya berjumpa dengan YBhg (Dato’) Cgu Majid dan YBhg Cgu Awang Daud dan Cgu Sazali Salleh @ Dato’ Meor Abdul Rahman. Dalam perancangannya YBhg Tan Sri akan menjelajah ke negeri-negeri lain untuk berjumpa dengan guru-guru lama.


Majlis tamat pada jam 5.00 petang dengan suasana penuh kemesraan dan harapan supaya usaha untuk menyuburkan semangat kekeluargaan ini akan berterusan.


bottom of page